Isnin, 30 Jun 2008

Mencari Ketenangan di Negeri Serambi Mekah


Antara papan iklan yang terdapat di negeri Kelantan.

Pada penghujung tahun 2000, aku sekeluarga mengikuti rombongan Badan Keluarga DBP ke negeri pantai timur iaitu negeri Kelantan dan Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki bas yang disewa khas. Kami dibawa melawat ke negeri Kelantan terlebih dahulu. Walaupun dikatakan negeri ini termundur di Malaysia, tetapi aku merasakan kelainan apabila berada di sini. Aku merasakan ketenangan apabila berada di negeri yang digelar Serambi Mekah ini.


Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, Kelantan

Semasa kami bercuti di negeri Kelantan, rombongan kami di bawa melawat oleh pemandu pelancung dari agensi pelancungan di Kota Bahru. Kami di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Khota Bahru termasuklah kediaman menteri besar iaitu Tuan Guru Nik Abd Aziz di kampung Pulau Melaka. Malangnya tuan guru tidak dapat melayan kami kerana masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan. Harga barang-barangnya juga agak murah dan ini menyebabkan kami merasa geram dan ingin memborong semua barang di Pasar Besar Siti Khadijah. Lagipun lokasi hotel penginapan kami berhampiran dengan pasar tersebut maka mudahlah kami bershopping sakan... huhuhh


Isteri dan anak penulis bergambar di hadapan kediaman Tuan Guru Nik Abd Aziz

Kami bernasib baik kerana telah menempah hotel terlebih dahulu jika tidak terpaksa kami membuat tempahan sehingga menalefon lebih sepuluh buah hotel untuk mendapatkan tempat penginapan. Kebanyakkan hotel di Kota Bahru telah ditempah oleh pengunjung lerlebih dahulu. Cuba bayangkan betapa ramainya pengunjung yang datang melawat Kelantan sepanjang tahun.


Penulis dan keluarga berada di ruang tamu kediaman Tuan Guru Nik Abd Aziz

Apabila melihat ramai orang luar datang ke sini mendorong aku berfikir sendirian. Kenapakah negeri Kelantan ini begitu dikagumi oleh orang luar?. Kesimpulan yang dapat aku lihat ialah, inilah kesannya apabila pemerintahan yang bercorak Islam yang diamalkan oleh Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz di mana ia meletakkan bekas yang cukup mendalam ke dalam hati masyarakat kerana masyarakat nampak kelainan yang ada pada negeri yang mendapat jolokkan Serambi Mekah ini di bawah kepimpinan bercorakkan Islam.

Lalu berfikir panjang dalam lubuk hatiku ini dan meletakkan harapan bahawa suatu hari nanti corak pemerintahan yang betul-betul islamik akan diamalkan dan dilaksanakan oleh negara kita Malaysia yang tercinta ini kerana kesannya dapat diperhatikan oleh masyarakat melalui pemerintahan Islam yang diamalkan di Kelantan.


Isteri dan anak penulis bergambar di hadapan Masjid Terapung Kuala Terengganu

Tengoklah bagaimana hebatnya kesan pemerintahan Islam apabila ia dipraktikkan dalam sesebuah negeri. Kita hanya akan dapat menikmati "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur" hanya melalui corak pemerintahan yang berpaksikan Islam yang mana Islamnya seratus peratus menjadi dasar dalam pemerintahan negara.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke bandar Kuala Terengganu untuk bershopping di Pasar Payang pula.

Tiada ulasan: