Rabu, 20 Ogos 2008

Sehari di Kota Doha, Qatar


Penulis perlu mengisi borang ini dahulu sebelum memasuki negara Qatar.

Kira-kira jam 5 pagi ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar, kami menaiki pesawat Qatar Airways QR621, seorang pramugari mengejutkan aku yang sedang tidur di sebelah tingkap supaya menutup tingkap. Langkah itu diambil kerana ketika itu berlaku perubahan cuaca malam ke siang, yang memungkinkan mata akan mengalami silau melampau akibat pancaran matahari. Sebelum menutup tingkap, aku sempat menjenguk keluar dan menyaksikan perubahan itu yang cukup menarik.

Penulis bergambar kenangan di tepi pelabuhan di Doha

Betapa besarnya kuasa Allah apabila kelihatan tiga lapisan langit iaitu hitam, jingga dan yang paling atas ialah putih. Tidak pernah bermimpi akan melihat keindahan alam seperti itu. Apatah lagi ketika sedang duduk di kerusi yang agak selesa kelas ekonomi disediakan Qatar Airways, sudah tentu perjalanan selama lapan jam tidak terasa. Perjalanan bermula jam 3.30pagi waktu tempatan dan kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha jam 6.30 pagi (11.30 waktu Malaysia). Rombongan kami terpaksa melancung di Qatar kerana pesawat Qatar Airways transit sehari di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha ini. Kami dikenakan bayaran tambahan sebanyak USD 100.00 seorang.


Taman bunga di tengah-tengah bandaraya Doha

Sepanjang perjalanan di bandaraya Doha, kami dapat menyaksikan begitu banyak bangunan mencakar langit sedang dibina. Melancung ke Doha tidak lengkap jika tidak melawat pasar atau bazaar yang digelar Souq al-Waqif yang melambangkan budaya tradisi Qatar. pasar itu menjual pelbagai jenis cenderahati, pakaian, eksesori unta dan makanan arabseperti segala macam rempah dan manisan.


Penulis bergambar kenangan di salah satu tempat menarik di Doha

Pada sebelah malam, pasar itu akan dipenuhi penduduk tempatan dan pelancung yang melepak sambil menonton televisyen di skrin besar dan bersantai menghisap Shisha. Kami jarang bertemu dengan penduduk tempatan Qatar di sebelah siang dan pemandu pelancung kami mengatakan kira-kira 80 peratus daripada sejuta penduduk Qatar ialah orang asing dan kebanyakan penduduk tempatan jarang keluar pada waktu pagi kerana cuaca panas.


Penulis bergambar kenangan di ladang unta

Mereka lebih selesa melepak di rumah dan memilih untuk keluar bersama keluarga pada petang hingga malam. Bahkan, di sepanjang jalan di sekiatar taman bunga di situ, kelihatan penduduk sedang berkumpul, berkelah bersama keluarga dan kanak-kanak berkejaran di taman permainan. Kelihatan begitu menarik menjadi penduduk Qatar. Negara pengeluar minyak dan gas ketiga terbesar di dunia itu mampu memberikan kemudahan mencukupi untuk rakyatnya, telefon, air dan pendidikan percuma, bahkan jika ingin berkahwin, mereka mendapat hadiah sebidang tanah serta kemudahan pinjaman perumahan. Bagaimanapun, keistemewaan itu akan hilang jika mereka berkahwin dengan bangsa asing. Ia bertujuan mengekalkan tradisi Qatar serta mengembangkan warisan mereka di kalangan bangsa sendiri. Belum puas menyaksikan keindahan bandar Doha, kami terpaksa pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha kerna meneruskan perjalanan ke EGYPT.


Doha banyak bangunan mencakar langit yang sedang dibina.

Fakta Doha
  • Mempunyai kepadatan penduduk 415,051 orang.
  • Digelar bandar pendidikan kerana banyak menjalankan kajian dan penyelidikan.
  • Stesen televisyen satelit Al-Jazeera adalah antara kebanggan rakyat Qatar.
  • Mempunyai majoriti penduduk yang kebanyakkan datang daripada negara Afrika selatan dan negara Arab serta Asia Timur, Asia Tenggara yang berkerja di sektor perhotelan, pembinaan dan perniagaan.
  • Doha akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang baru pada 2019.
  • Ruang geleri Al-Jazeera menempatkan sejarah penubuhan serta wartawan mereka yang terkorban ketika perang Iraq dan yang ditahan di penjara Abu Ghaib.
  • Doha sedang mempersiapkan diri untuk melobi sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2016.

2 ulasan:

denanz berkata...

zul,
di sini ko tak di kelilingi awekz2 cun ar? haha.

ZulDeanz berkata...

Hahhahh denanz, bahaya bergambo dengan minah arab kerana Pak Arab kuat cemburu ...