Rabu, 30 Jun 2010
Selasa, 22 Jun 2010
Stress
Sama ada kita sedar atau tidak dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Antara kita ada yang memandang remeh dengan stress, menyebabkan perkara ini dibiarkan berlarutan tanpa langkah pencegahan dan rawatan.
Di dalam entry kali ini, penulis ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh saudara Khairunneezam Mohd Noor daripada Utusan Malaysia mengenai menangani stress atau tekanan cara Islam.
Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.
Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.
Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.
Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.
Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT
Selasa, 15 Jun 2010
Majlis Perkhawinan Anak Saudara
Kelmarin, penulis ke Sungai Besar, Selangor kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara. Oleh kerana penulis membawa kamera, maka secara tidak langsung penulis menjadi jurugambar tidak rasmi pada majlis tersebut.
Majlis Pernikahan.
Di sini penulis dapat kongsikan sedikit foto yang tidak seberapa ini, lagipun penulis tidak berpengalaman merakamkan foto untuk majlis perkahwinan seperti ini. Sebelum inipun penulis hanya sekadar ‘back-up’ majlis-majlis tertentu untuk saudara mara sahaja.
Penulis menggunakan WB Kelvin (4800K) bagi mendapatkan skintone yang nampak natural. Penulis telah mencuba AutoWB tetapi hasilnya agak kemerahan dan kurang tepat. Flash di bouncekan ke siling bagi menghindarkan bayang dan ditarik keluar kad putih pada flash untuk bertindak sebagai fill-in lighting.
Sebolehnya penulis akan cuba merakamkan foto yang natural sewaktu mereka sedang senyum atau ketawa. Ini akan menambah nilai pada foto-foto tersebut jika dibandingkan dengan wajah yang serius sudah tentu akan membosankan dan mewujudkan sedikit kurang keselesaan pada yang melihatnya.
Posing menarik dari pasangan pengantin.
Dan jangan lupa juga suasana di sekeliling, mungkin ada sesuatu yang menarik yang ramai jurugambar tidak memberikan tu
Sabtu, 5 Jun 2010
Bengkel Buku 100% Terakhir
Sepanjang minggu ini, penulis telah menghadiri bengkel b. teks untuk PMS 100% terakhir di The Nomad Sucasa Hotel, Jalan Ampang. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.
The Nomad Sucasa Hotel.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan dan seterusnya dihantar ke pihak kementerian untuk tindakan seterusnya.