Isnin, 26 Julai 2010

Hujan Rahmat

Pemandangan dari bolkoni rumah, semalam.

Semenjak kebelakangan ini cuaca di daerah Ampang tidak menentu. Ada kalanya panas terik dan ada kala hujan turun dengan lebatnya. Apabila musim panas, kami sekeluarga terpaksa tidur di ruang tamu sahaja.

Anak penulis turut kepanasan. Dia kelihatan agak resah. Penulis pula melepek di atas lantai sahaja. Itupun masih tidak dapat melelapkan mata. Kami bagaikan cacing kepanasan.

Dulu, ketika penulis baru menetap di Kampung Melayu Ampang, kepanasannya memang ketara berbanding di tempat-tempat lain. Sehingga rakan-rakan sekampung kata, kulit penulis semakin gelap. Penulis akui, cuaca di sini memang berbeza.

Tetapi, petang semalam hujan turun dengan lebatnya, petir dan kilat sambung menyambung. Sehingga penulis ingin melihat siaran langsung perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Koreapun tidak dapat kerana siaran Astro terganggu. Oleh kerana hujan turun berpanjangan, kami pun tidur awal malam tadi.

Alhamdulillah, semalam tidur berselimut. Nikmat yang sudah lama Tuhan henti kan sementara waktu. Maka semalam, adalah hujan rahmat bagi ku. Terima kasih Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan: