Selasa, 6 Julai 2010

Jejak 1985/86 SMV Kelang

Setiap individu yang pernah melalui alam persekolahan pasti menyimpan pelbagai kenangan pahit dan manis semasa meniti zaman kanak-kanak dan remaja bersama rakan-rakan.

Perbezaan ketara Syed Hafidz, Jamsari dan Shahrul. Foto oleh Syed Hafidz.

Segala kisah sepanjang tempoh itu yang telah bertahun-tahun ditinggalkan menjadi satu nostalgia indah dan mengasyikkan, malah mengharukan apabila rakan-rakan yang terpisah sekian lama bertemu semula.

Pasukan pengakap SMVK pada tahun 1986. Foto oleh Nor Khaisar.

Itu yang berlaku pada program jejak 85/86, Sekolah Menengah Vokasional Kelang (SMVK) yang diasaskan oleh en. Syed Hafids dan cik Timah melalui laman sosial popular, facebook.

Padang perhimpunan. Foto oleh Nor Khaisar.

Sehingga kini, lebih 20 orang mantan pelajar yang menyertai group ini telah menitiskan air mata kegembiraan kerana dapat berhubung semula setelah 24 tahun berpisah.

Pelajar aliran Trengkas pada tahun 1986. Foto oleh Nor Khaisar.

Penyelaras group jejak ini, Syed Hafidz berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua bulan untuk mengumpul maklumat mengenai mantan pelajar sebelum mereka dapat dihubungi. Menurutnya, dengan kerjasama yang diberikan, akhirnya rakan-rakan yang kini berada di segenap pelosok negara dapat dikumpulkan walaupun tidak semua.

Pasukan bola tampar SMVK pada tahun 1986. Foto oleh Syed Hafidz.

Mereka bercadang untuk mengadakan majlis perjumpaan yang lebih meriah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti yang akan mengumpulkan lebih ramai mantan pelajar.

Penghuni asrama bilik BA1, bergambar kenangan sebelum mencuci bilik.

Penulis dfahamkan, beberapa lokasi menarik akan dipilih sebagai tempat perjumpaan pada Aidilfitri nanti supaya dapat membangkitkan nostalgia selain menjadikan majlis lebih meriah dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing.

Pada rakan-rakan yang belum menyertai group ini, sila add di laman facebook yang berlamat http://www.facebook.com/group.php?gid=136980226314006&ref=ts

Tiada ulasan: