Selasa, 20 Julai 2010

Rakan Persekolahan

Selagi kita normal tentunya pada masa-masa tertentu kita kembali mengingati rakan-rakan lama yang sudah sekian lama terpisah. Sekiranya tiada langsung naluri kerinduan seperti itu dalam diri kita, maka ada sesuatu yang tidak kena pada jiwa kita. Rakan-rakan lama merupakan sebahagian daripada permulaan episod kehidupan kita selepas berada pada fasa pertama iaitu bersama ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

Perbezaan antara tahun 1986 dan 2010

Ada pendapat yang mengatakan bahawa fasa bersama rakan-rakan lebih banyak mempengaruhi halatuju kehidupan seseorang itu selanjutnya berbanding pada fasa permulaan bersama ibu bapa dan keluarga, tetapi ada pula yang berpendapat sebaliknya. Walau apapun pendapat dan pandangan itu, rakan-rakan lama kita tetap penting untuk dikenang dan diingati.

Rakan-rakan satu bilik asrama sebelum masuk ke kelas.

Justeru itu sekarang di manakah agaknya rakan-rakan lama kita? Setelah lebih dua puluh lima tahun berpisah, adakah kita berusaha menjejaki mereka untuk mengembalikan nostalgia lama? Di manakah mereka tinggal sekarang? Berapa orang anak mereka? Apakah perkembangan mereka sekarang, sihat atau tidak? Bagaimanakah wajah mereka sekarang berbanding lebih dua puluh lima tahun yang lalu? Itu adalah antara beberapa soalan utama (FAQ) yang sering muncul di fikiran apabila kita teringatkan zaman yang penuh nostalgik tersebut.

Rakan-rakan sebilik sebelum ke surau.

Untuk itu penulis dan rakan-rakan telah berusaha menjejaki rakan-rakan lama yang lain setelah lebih dari dua puluh tahun kami berpisah. Mereka ialah bekas murid-murid Sekolah Vokasional Kelang. Pelbagai cara saya gunakan untuk menjejaki rakan-rakan lama ini, melalui kawan-kawan dan kenalan hinggalah melalui kaedah maya (internet).

Penulis dan rakan-rakan melawat guru kelas, Cikgu Tuah setelah 25 tahun berpisah.

Alhamdulillah, penulis dapat mengesan sebahagian rakan seangkatan (sesi 1985/86). Senarai ini penulis akan kemaskinikan dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi.

1 ulasan:

mie3425 berkata...

Zul, kenapa begitu besar perubahannya...