Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2015

Nasi Lemak Sri Petaling

Kadang kala penulis berbengkel buku teks di Hotel Sri Petaling. Apabila sudah jemu berserapan di hotel, walaupun berserapan free, penulis akan singgah ke satu gerai di tepi jalan untuk pekena nasi lemak dan teh tarik. Sebut sahaja gerai nasi lemak di hadapan bangunan Hotel Sri Petaling, pastinya penduduk 1 Malaysia di sekitar Sri Petaling sudah mengatahui kewujudan gerai nasi lemak popular ini.
Gerai Nasi Lemak Tawaf Sri Petaling.
Tuan punya gerai hanya berkerja dengan beberapa orang pembantunya sahaja. Sejak tahun 90an lagi, Nasi Lemak Tawaf ini memang tidak asing lagi bagi wargakota kerana telah menarik minat ramai pelanggan. Pelanggannya pula dari pelbagai bangsa, ada Melayu, Cina dan India. Kemuanya bersabar berbaris panjang menunggu giliran membeli nasi lemak ini. Begitulah hebatnya penangan nasi lemak Sri Petaling ini.
Antara lauk pauk yang terhidang.
Apa yang istimewa nasi lemak Sri Petaling ini? Sudah tentulah mengenai nasi lemak dengan haruman aromanya yang dikatakan boleh membangkitkan selera para pelanggannya. Lauk pauknya memang banyak pilihan dan pilihan yang ada sangat menyelerakan. Selain nasi lemaknya terdapat juga makanan lain seperti Meehoon goreng, kueh mueh dan minuman yang menyelerakan di gerai ini.
Para pelanggan mengelilingi lauk-pauk seolah-olah tawaf.
Konsep order di sini agak unik, biasanya di tempat lain pelanggan yang akan memilih lauk apa yang mereka hendak dan penjual akan bungkuskan. Tetapi di sini, penjual akan bugkuskan nasi, pelanggan sendiri akan mengambik lauk-pauk yang mereka suka. Penulis dapati ada banyak pilihan lauk pauk dan kesemuanya menyelerakan.
Rakan-rakan sedang menikmati nasi lemak Sri Petaling.
Apa yang yang special penulis tengok ialah lauk rendang kambing yang biasanya akan habis dahulu.. Jika hendak ikutkan kesemua lauk pauknya pun best-best belaka. Tetapi, pilihan favourite penulis ialah daging ataupun ayam. Sambalnya pula tidak terlalu pedas, memang selera satu Malaysia.. Patutlah, customernya ramai berbangsa Cina sebab kebanyakkan orang Cina memang yang tidak tahan pedas.
Hari ini selera penulis hanya ayam masak merah campur sambal ikan bilis.
Lokasi gerai ini, jika anda semua hendak tahu, di  bandar Sri Petaling berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Penulis tidak pasti jalan apa pula tetapi lokasi dia betul-betul di tepi jalan bersebelahan dengan restoran cina, Happy Vally. Dia situ terdapat banyak lot kedai dan restoran cina, jadi kepada sesiapa yang hendak mencuba, mungkin restoran Secret Resipi atau Hotel Sri Petaling boleh menjadi sebagai landmark dia
Para pelanggan sedang menikmati Nasi Lemak Sri Petaling
Anyway, gerai nasi lemak ini sudah well established berbanding semasa kakak ini baharu membuka gerainya dahulu. Penulis masih ingat, apabila nasi lemak sudah kehabisan, kakak ini akan mengangkut bakul nasi lemak yang baharu dengan menggunakan kereta tuanya sahaja. Tetapi itu dahulu, kini penulis ternampak ada sebuah kenderaan mewah baharu yang berwarna hitam di sebelah gerainya. Katanya, dia membeli kereta tersebut dari hasil jualan nasi lemak ini sahaja... perghhhh

Tentang harga nasi lemak di sini penulis tidak tahu sebab setiap kali penulis berserapan di gerai ini, pastinya ada rakan-rakan penulis yang sudi jadi penajanya. Itulah yang dikatakan jika sudah rezeki. Tetapi penulis rasalah, harga makanan di gerai ini boleh tahan juga. Tidak murah dan tidak mahal....


Isnin, 22 Disember 2014

Pekena Sate Station Ampang Waterfront..

Semalam, penulis sekeluarga pekena sate di Restoran Satay Station. Dikatakan restoran mereka yang ketiga selepas Kampung Pandan dan Setiawangsa. Lokasinya ialah berhadapan dengan lampu isyarat simpang 3, Jalan Bukit Belacan ke Hulu Langat/Kajang. Restoran ini mengambil keseluruhan ruang bawah kompleks perniagaan di situ.
Pintu masuk Restoran Satay Station Ampang Waterfront.
Oleh kerana rumah penulis sudah berhampiran dengan Restoran Satay Station ini, kami tiba awal, iaitu sebelum masuknya waktu Maghrib lagi. Pada masa itu, restoran baharu dibuka dan masih belum ramai pelanggan tegar sate yang datang.
Bagunan Restoran Satay Station.
Sudah tiga tahun restoran sate ini beroperasi di Ampang Waterfront ini. Restoran sate ini semakin popular dan semakin ramai pengunjungnya. Di sebelah malam pula, pengunjung dihiburkan oleh nyanyian tradisional. Persembahan ini adalah sebahagian dari aktiviti promosi restoran sate ini. Persembahan yang ditunjukkan adalah menghiburkan serta bertepatan dengan tema restoran ini.
Kawasan drive thru.
Selepas waktu Mahgrib, semakin ramai pengemar sate tegar yang datang. Ramai diantara mereka datang dalam berkumpulan atau datang dengan seisi keluarga mereka.
Harga boleh tahn. Sesekali kalau teringin bolehlah hehehe.....
Didapati masih banyak lagi gerai yang belum dibuka. Buat masa ini, selain dari gerai sate, hanya gerai mi rebus dan mi bandung sahaja yang sedang beroperasi. Gerai-gerai selain dari sate adalah gerai “sub-tenant” yang mana ianya disewakan kepada peniaga-peniaga lain tetapi beroperasi dibawah logo restoran sate ini.
Sate Station...
Lebih kurang 15 ke 20 minit kami menunggu, hidangan sate kami pun tiba. Tidak lama menunggu seperti di restoran-restoran sate yang lain. Didapati, ada seorang kakitangan restoran ini yang akan berlegar-legar untuk mendapatkan maklum balas dari pelanggan, berkenaan masa menunggu serta ketepatan pesanan seperti, adakah jumlah sate yang dapat adalah seperti yang dipesan, kesilapan kakitangan mereka serta maklum balas yang lain.
Pekerja sedang membakar sate
Bagi penulis, so far, they have the best beef sate in Ampang. Cumanya, kuah kacangnya agak kurang sedikit, tetapi masih ok dan ada kemungkinan untuk membangkitkan lebih rasa kepada satenya juga. Namun, inilah diantara sate yang sedap yang pernah penulis rasa di Ampang setakat ini.
Restoran Satay Station di sebelah malam.
Memang tidak jemu makan sate di sini kerana dagingnya yang lembut, lemak, berempah dan besar. Tetapi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate Daging RM1.80, Sate Ayam RM1.40, Sate Hati Ayam RM2.50 dan Sate Kambing RM2.50. Sesekali bolehlah makan sate di sini. Jika selalu boleh bengkok juga jadinya.... hehehe...
Harga yang perlu dibayar...
Secara keseluruhannya, penulis berpendapat kualiti makanan yang disediakan dinilai dari segi kesedapan dan keseluruhanya adalah OK. Jadi, silalah pergi mencuba sate di Restoran Sate Station ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... heh


Isnin, 1 Disember 2014

Rindu dengan Makanan Korea!

Sepanjang bulan November ini penulis amat sibuk dengan tugas. Penulis perlu menyiapkan grafik buku teks pada bulan ini juga untuk dibengkelkan pada bulan hadapan. Apabila sibuk, idea untuk menulis blog pun tiada.
Antara menu yang disediakan.
Entah kenapa secara tiba-tiba penulis rindukan makanan Korea. Tidak sangka pula kawasan Ampang ini ada ramai orang korea dan sudah pasti banyak restoran Korea di sekitar Ampang ini. Tetapi yang penulis tahu, hanya restoran Korea di dalam bangunan Ampang Point sahaja yang ditanggung halal.
Menu yang penulis order hari ini.
Rule of Thumb jika anda hendak makan makanan Korea di Malaysia kenalah beli di restoran yang berada dalam shopping kompleks kerana apabila mereka berniaga di dalam shopping kompleks, mereka terpaksa melalui saringan untuk mendapatkan sijil halal.
Kimchi yang nampak menyelerakan.
Awas! jangan anda sesekali makan di restoran luar kerana makanan Korea juga ada menggunakan daging babi dan wine. In fact, daging babi itu menyelerakan mereka. Mereka juga serve alkhohol atau minuman tidak halal di restoran mereka.
Minuman percuna, Teh Jagung.
Harga makanan di restoran ini dikira murah juga. Contohnya menu yang penulis order ini cuma berharga RM15 satu serving dan rasanya lazat sekali sama seperti penulis makan di Seoul dan Incheon tempohari. (memang ye.... lagi murah kalau kita buat sendiri)
Habis, licin kecuali Kimchi hehehe....
Spicy Beef Soup nya datang sekali dengan nasi, kimchi kobis dan sayur kukus dengan harga cuma RM15 sahaja. Portion nya banyak. Manakala supnya pula memang ...sedappppp sekali. Sayurnya juga segar dan manis. Tetapi, malangnya penulis tidak dapat menghabiskan Kimchi kerana Kimchi bukannya selera penulis... penulis cuba makan juga tetapi tidak boleh telan...huhuhu....
Inilah Restorannya.
Foto di atas adalah Restoran Gomonae yang terletak ditingkat 1, lot F32, Ampang Point. Restoran ini agak tersorok. Tetapi tanya saja di mana restoran korea pada pekedai di situ.

Khamis, 28 Ogos 2014

Jamuan "Last" Rayer!

Kini, bulan Syawal sudah pun berlalu. Penuh kenangan, penuh agenda makan-makan. Juga agenda bermaaf-maafan. Syukur kita masih diberi peluang nikmat bergembira dan beriang-ria. Berikut, deretan gambar sekitar majlis raya di tempat kerja yang sempat penulis rakamkan.
Majlis dipenuhi dengan editor wanita.
Suasana yang sangat meriah.
Jika sebelum ini pejabat Bahagian Buku Sekolah di tingkat 8 telah menganjurkan jamuan raya. Pada hari Isnin yang lalu, Bahagian Buku Sekolah di tingkat 9 pula membuat jamuan raya. Pada mulanya penulis dan rakan-rakan designer segan hendak join jamuan raya ini. Tetapi setelah berkali-kali pihak editor menjemput kami, kami tidak mampu menolaknya dan dengan muka selambanya kami bersama-sama mereka memeriahkan majlis ini.
Kata edtor Abang,... hari ini banyak majlis jamuan raya.
Nampaknya tiada nasi impit berkuahkan kacang.
Yang pasti semua orang happy. Semua orang bergembira. Dapat makan. Dapat nyanyi. Dapat gelak-gelak, sorak-sorak dan berselfie. Sesuai dengan konsep, Riang Ria di Aidilfitri, Rapatkan hubungan ceriakan persahabatan.
Menu makanan memang banyak.
Semua menu makanan sedap-sedap belaka.
Mungkin sepanjang minggu lalu, hampir setiap hari penulis menghadiri dan menjamu selera di majlis jamuan raya. Bermacam-macam jenis menu makanan yang telah diisi dalam perut penulis. Ada kambing golek, nasi arab, nasi beriani, rendang daging, rendang ayam, laksa, sate dan bermacam-macam lagi. Ini menyebabkan penulis terkena deman panas sejak tiga hari yang lalu. Sehingga kini demam penulis masih belum kebah lagi.... huhuhu...

Isnin, 25 Ogos 2014

Jamuan Raya di Pejabat

Alhamdulillah, semalam bebas dari sebarang jemputan rumah terbuka, bolehlah penulis berehat-rehat di rumah di hari minggu. Dalam masa hendak berehat tu, kena menghantar isteri dan anak ke majlis kenduri kawin pula. Mahu tidak mahu terpaksa lah penulis makan juga nasi kenduri... hehehe...
Antara menu yang menarik.
Ikan percik yang mengiurkan...
Syawal is over, so masih ada lagi jemputan majlis makan-makan open house. Bukannya penulis ini anti - open house, tetapi sudah lesu juga badan hendak memenuhi semua undangan. Rasanya tahun ini paling banyak penulis memenuhi jemputan ke open house, maklumlah, kali ini pergi bersama isteri dan anak ke rumah jiran-jiran dan saudara mara mereka. Tahun lepas penulis hanya menumpang kenderaan anak buah atau rakan-rakan sahaja. Jika mereka tidak pergi, penulis pun tidak pergi lah.. hehehe..
Para editor sedang menyedikan jamuan raya.
Meriahnya jamuan raya.
Minggu lepas, ada Majlis Jamuan Hari Raya di pejabat penulis. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi sangat meriah. Pejabat Bahagian Buku Sekolah di tingkat 8 ini bukanlah sebesar manapun, cuma ada 15 orang editor sahaja. Penulis dan rakan-rakan designer amat terharu apabila dijemput memeriahkan majlis yang diadakan secara gilang gemilang ini.
Hidangan yang menyelerakan.
Semuanya sedap-sedap belaka.
Majlis ini hanya sekadar menjamu makan untuk kakitangan di bahagian ini sahaja. Kebetulan penulis dan rakan-rakan menumpang bertugas di sini, kami turut dijemput menjamu selera sekali. Menu pada pada hari itu ialah roti jala, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, nasi lemak, lemang ikan bakar, kari ayam dan beberapa makanan ringan. Namun, kuah kacang yang di bawa oleh edtor Jai tetap menjadi tumpuan ramai hehehe... Ahlamdulillah... kenyang sampai ke malam dan siap tapau boleh di bawa balik lagi...
Staff sedang menjamu selera.
Makanlah sehingga kenyang...
Semoga kita bertemu dengan Ramadhan dan Syawal lagi di tahun hadapan.

Selasa, 19 Ogos 2014

Jamuan Raya

Hari ini DBP telah mengadakan jamuan. Jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai juadah yang terhidang. Jenuh juga penulis hendak pulun makanan ini sehingga kembunglah perut dibuatnya. Dari hujung meja di sini sehingga ke hujung meja di sana penuh dengan pelbagai jenis makanan. DBP memang kaya dengan pelbagai jenis menu makanan hari ini. Semuanya sedap-sedap.
Khabarnya 13 ekor kambing tergolek.
Sate ayam dan daging pun ada.
Daging Kambing Golek.
Menu yang mereka order untuk jamuan hari raya kali ini adalah kambing golek (menu memang feberet lah.) Setiap kali jamuan raya, memang tidak sah jika tiada menu kambing golek. Kambing golek ini lah yang staff DBP serbu terlebih dahulu haha.. Daging kambing ini memang sedap sehingga ada staff yang terlupa bahawa mereka ada penyakit darah tinggi sebenarnya. Tidak sampai sejam 13 ekor kambing golek telah dihabiskan oleh staff DBP sahaja.
Menu kambing golek menjadi tumpuan.
Kue teow goreng ada peminatnya tersendiri.
Rendang daging dan ayam pun ada.
Selain kambing golek, ada sate, laksa, ais kacang, nasi impit, lemang, rendang daging, rendang ayam, kue teow goreng, nasi beriani dan buah-buahan. Nasi berlauk pun ada. Hahh, mahu tidak senak perut di buatnya. Memang tahap melampaui batasan lah, jika ada yang boleh sumbat kesemuanya. Penulis yang makan sejam pertama pun sampai sengap masuk jam kedua. Mana tidaknya, makan terlajak banyak.
Laksa utara juga ada peminatnya.
Staff DBP sedang menikamati kambing golek.
Makan kambing golek sebelum hujan turun.
Jemputan pun ramai juga yang datang. Antaranya Pengerusi Media Prima iaitu Tan Sri Johan Jaafar, pelajar-pelajar dari Universiti Brunei DS, para wartawan-wartawan dari media massa, pesara-pesara DBP, sasterawan-sasterawan negara dan ada beberapa orang tetamu jemputan khas yang sewaktu dengannya.
Mereka yang menghabiskan 13 ekor kambing golek.
Masing-masing sudah bau kambing.
Peminat kambing golek.
Hah.. ramai juga tetamu yang datang. Sehingga tetamu-tetamu yang hendak beli buku pun sama join sekaki makan dengan kami.. Apa hendak dikisahkan, open house katakan.

Selasa, 24 Jun 2014

Nasi Kukus Ayam Berempah Wafie

Anda pernah terdengar Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah? Makanan ini sangat popular di pantai timur. Hari Sabtu minggu lepas penulis pergi makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Restoran Wafie. Ini lah menu pilihan untuk lunch penulis pada hari tersebut. Entahlah, secara tiba-tiba penulis teringin sangat hendak makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah.....hehe...
Restoran Wafie Batu Caves.
Apabila sekali mencuba, memang tidak puas dan hendak mencuba sekali lagi. Cuma, menurut kata rakan, jika hendak makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang lebih sedap, kenalah pergi ke Pantai Timur!. Alamak! jauh lah pula. Tetapi, tidak mengapa, masih ada banyak restoran yang menyediakan menu Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di sekitar Selangor ini.
Nampaknya restoran ini hanya menyediakan menu nasi kukus sahaja.
Ramai yang bertanya di mana lokasi restoran nasi kukus yang sedap di sekitar Batu Caves atau Gombak ini. Restoran Wafie ini adalah salah satu tempat untuk korang untuk menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang sedap. Restoran Wafie ini terletak di Taman Samudera, Batu Caves, Selangor. Jika tidak silap, ada sebuah lagi cawangannya di Greenwood, Gombak.
Nasi Kukus.
Anyway, penulis sangat berpuas hati apabila menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di sini. Nasinya banyak dan ayamnya pula besar. Harga tidak terlalu mahal cuma hanya RM5.00 sepinggan sahaja. Sangat berbaloi dan... memang puas hati apabila meratah ayam nya kerana terasa rempah ratusnya. Jika anda berasal dari pantai timur pasti akan merindui Nasi Kukus Ayam Goreng berempah, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Wafie ini.
Sama ada anda bungkus atau makan di restoran, nasinya tetap dibungkus seperti gambar diatas.
Nasi kukusnya yang dihidangkan bersama sejenis kuah yang agak pekat-pekat kehitaman berserta dengan sambal ladanya. Perrrgh... memang sedap dinikmati dengan ayam goreng berempah yang amat menyelerakan.
Nasi Kukus Ayam berempah Wafie.
Sebenarnya penulis sudah lama hendak ke Taman Samudera ini untuk mencari Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Restoran Wafie ini. Rakan-rakan di pejabat yang mencadangkannya. Baharu hari Sabtu lepas penulis berkesempatan menikmatinya, Ternyata, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempahnya memang betul-betul sedap dan terbaekkk!.