Rabu, 29 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Aku berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada 21 dan 24 April lalu. Di gerai ITNM aku sempat membeli buku Barack Obama dan layak menyertai peraduan. Manalah tahu jika ada rezeki, kalau tidak menang MYVI pun, dapat hadiah saguhatipun sudah cukup bertuah.... hehe... tetapi aku rasalah, memang susahpun nak menang... tetapi tidak salah aku mencubakan?


PWTC tempat berlansungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009


Encik Zulhabri sedang melayan pelanggannya

Ketika singgah di gerai GERAK BUDAYA pula kebetulan bertemu dengan rakan kelab Famemas iaitu En. Zulhabri yang sedang sibuk melayan pelanggan di gerai tersebut. Kami sempat berborak sebentar tentang aktiviti semasa kelab Famemas dan perkembangan sukan negara terutama topik perlawanan akhir piala FA antara Selangor dan Kelantan yang kebetulan yang akan berlangsung pada malam tersebut.


Siapalah yang bertuah pemenang MYVI ini yer?


Suasana di gerai PTS


Macam-macam buku ada

Penulis tetap meluangkan masa membaca buku Barack Obama walaupun tengah sibuk sekarang.

Aku dapati gerai di pesta buku ini sentiasa penuh dengan pengunjung. Semasa berbual dengan En. Zulhari, beliau dengan gembira menyatakan kesyukurannya kerana dalam keadaan ekonomi meleset ini rakyat Malaysia masih tidak lokek untuk membeli buku.

Isnin, 27 April 2009

Hari Keluarga di Rimba Jinbara

Sepanjang dua bulan ini aku sangat sibuk menyiapkan kerja-kerja reka bentuk sebuah buku teks bahasa arab sekolah menengah sehingga hari cutipun aku terpaksa berkerja lebih masa. Tetapi pada hari sabtu dan Ahad yang lepas, aku terpaksa melupakan kerja untuk menghadirkan diri ke majlis hari keluarga Kelab Mantan Keselamatan DBP. Peluang ini memang tidak akan aku lepaskan kerana bukan mudah hendak berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama terpisah. Apabila berjumpa, pasti mengamit kembali kenangan terindah ketika zaman remaja dahulu, tetapi bukan luka lama berdarah kembali huhuhuh....


Penulis di pintu masuk chalet Rimba Jinbara


Landkap chalet Rimba Jinbara

Ini adalah kali kedua aku mengaktifkan diri dengan Kelab Mantan Keselamatan DBP. Jika sebelum ini kelab menganjurkan perkelahan di Sungai Congkak, tetapi kali ini kami beramai-ramai pergi berkelah di kawasan perkelahan Kg Kemensah, Ulu Klang. Memang betul-betul santai, siap ada barbeku lagi..

Ini kali pertama aku sampai di situ. Dan tidak pula aku ketahui di belakang Zoo Negara ada sebuah perkampungan dan tempat perkelahan yang sangat menarik. Ketika hendak memasuki Kampung Kemensah itu, aku rasa seperti tidak percaya ada tempat berkelah di sini, ingatkan aku sudah tersesat apabila sudah melepasi kawasan perkampungan barulah ternampak sungai-sungai yang airnya mengalir tenang. Sungguh syahdu rasanya...


Suasana di dalam chalet Rimba Jinbara


Mantan keselamatan DBP bersama anak masing-masing

Hendak mencari Rimba Jinbara bukannya mudah untuk orang seperti aku yang baru menjejakkan kaki di tempat seperti itu. Manakala talipon pun tiada talian, cuma mengharapkan pelan lokasi yang diberi oleh en. Nazri yang menjadi guide aku. Namun aku masih lagi keliru, mujurlah aku tergerak hendak bertanya kepada salah seorang penduduk kampung, di mana lokasi Rimba Jinbara itu, rupa-rupanya sudah hampir dengan tempat aku berhentikan kenderaan. Semacam tidak percaya sahaja apabila aku melihat tempat itu, ada beberapa buah chalet yang comel yang memudahkan untuk menyimpan barang dan baring-baring. Ruang untuk barbeku pun di sediakan.


Anak-anak mantan keselamatan DBP sedang bermandi manda


Bukan selalu dapat berjumpa seperti ini

Ketika aku sampai, keluarga yang lain-lain sudah sibuk mandi dan berendam. Nazri dan anak-anaknya sedang khusyuk memancing ikan di kolam!. Manakala aku pula sebab sudah kelaparan terus sahaja makan nasi lemak yang puan Eatikah sediakan. Apabila sudah terasa kenyang barulah aku berendam sikit-sikit. Huiiii.. sejuknya air sungai... Tetapi yang paling aku tidak sangka adalah kemunculan keluarga Shahrudin dan Milah yang sangat di nanti-nantikankan oleh ahli-ahli kelab, Ketika kami sudah kekenyangan dan sudah puas berendam, barulah nampak batang hidung mereka.. haha.. glemer la lu beb!


Adik Eatikah sedang khuyuk memancing


Hampir satu jam untuk menyalakan api BBQ ini

Berbalik dengan Chalet Rimba Jinbara, tidak banyak info yang aku perolehi. Cuma aku dapat tahu Chalet ini diusahakan oleh keluarga kumpulan muzik Jinbara. Ada sebelas chalet yang boleh disewa dengan kadar sewaannya rm50 hingga rm100 mengikut saiz. Kepada pengunjung yang kaki pancing, ada tiga kolam disediakan dengan dengan bayaran rm30 sehari. Ada sebuah restoran untuk menjamu selera siap dengan siaran Astro sekali. Pada sebelah malam, pengunjung boleh berhibur dengan berkaraoke sehingga ke awal pagi.


Suasa malam di chalet Rimba Jinbara


Antara pemandangan menarik di perkelahan Kg Kemensah, Ulu Klang

Antara aktiviti lain yang disediakan ialah merentas hutan (Jungle Trecking), sukaneka, program krusus berkumpulan, set karaoke, sesi fotografi & pengambaran dan menyediakan untuk majlis hari jadi, hari keluarga, hari keramaian dan kenduri kahwin.

Pada aku, chalet Jinbara ini boleh dikomersialkan jika pihak pengurusan chalet ini perlu menambah baikkan lagi dari segi kemudahan chalet seperti menyediakan katil, almari dan bilik airyang sempurna manakala landkapnya perlu dihias lebih menarik lagi. Aku rasa pengunjung tidak kisah membayar lebih sedikit jika suasananya sungguh menyelesakan.

Malang sekali Hari Keluarga ini tidak disertai keluarga Sidek dan Raja Rosmawati kerana masalah kesihatan anak masing-masing. Insyaallah, jika tiada sebarang masalah, pada masa akan datang kami akan membuat majlis seperti ini di PD atau Cameron Higland pula...

Selasa, 14 April 2009

Anak Masuk Wad


Nur Atikah setelah beberapa hari menjalani pembedah di Hospital Ampang

Alhamdulillah, dalam satu proses pembedahan yang bemula dari Jam 2.00 petang hingga 6.00 petang, anak perempuan penulis iaitu Nur Atikah 12 tahun, kini berada di dalam keadaan stabil dan kini memerlukan rehat yang agak panjang untuk pulih sepenuhnya.

Pada malam Jumaat yang lalu, anak penulis mengadu sakit perut yang amat sangat. Jam 1.30 pagi penulis membawa beliau ke sebuah klinik yang dibuka 24 jam di Taman Putra, Ampang untuk mendapatkan rawatan. 

Setelah 15 minit menunggu, anak penulis telah dirawat oleh seorang doktor India. Setelah beliau menekan beberapa bahagian diperut, doktor tersebut memberitahu bahawa anak penulis hanya sakit perut akibat tersalah makan

Keesokkan harinya anak penulis masih lagi sakit malah bertambah teruk sehingga muntah-muntah. Melihat keadaan tersebut, isteri penulis cuba mengurut perut anakda dengan menggunakan minyak gamat. Kami agak terperanjat, apabila disentuh, anakda menjerit kesakitan.

Memandangkan keadaan anakda kami semakin serius, penulis membawanya ke klinik lagi sekali. Kali ini penulis membawanya ke Klinik Fauziah di Taman Watan, Ampang pula. Apabila menerima rawatan di klinik tersebut, doktor diklinik tersebut mengesahkan anakda mengidap penyakit Apendix dan terus merujuk ke Hospital Ampang. Tanpa berlenggah lagi, kami menghantarnya terus ke Hospital Ampang yang kebetulan sudah berhampiran dengan kediaman kami.

Hasil pemeriksaan pihak Hospital, anak penulis telah disahkan terkena appendix yang sudah dua hari telah pecah dan memerlukan pembedahan bagi memastikan penderitaan beliau dapat diatasi secepat mungkin. Walaupun pihak hospital mengambil masa agak lama sebelum melakukan pembedahan dan ini menimbulkan kebimbangan kepada kaum keluarga terutama ibunya, namun segalanya kini telah sempurna.

Walaupun anak penulis kini memerlukan rehat yang agak panjang, namun pembelajarannya tetap diteruskan seperti biasa. Beliau tetap meneruskan mengulang kaji pelajaran secara bersendirian sehingga keadaan Nur Atikah kembali sehat dan pulih untuk meneruskan seisi persekolahannya. Tambah-tambah lagi tahun ini anakda akan menghadapi peperiksaan UPSR.

Berkat doa keluarga, guru-guru sekolah, kakitangan hospital dan rakan-rakan sekolah beliau, semoga Allah memelihara kesejahteraan adik Nur Atikah hendaknya. Bagi pihak keluarga penulis, ucapan terima kasih atas kunjungan dan ziarah dari semua yang bersimpati.

Rabu, 8 April 2009

Paya Indah, Wetlands

Landkap Paya Indah menarik yang sempat dirakamkan jurufoto Aie.



Rakan-rakan yang tuut serta mengambil gambar di Paya Indah



Penulis bergambar kenangan di pintu masuk Paya indah Wetlands


Pernah dengar pasal Paya Indah Wetlands? Ia merupakan satu kawasan bencah yang terletak di dalam Daerah Kuala Langat iaitu kira-kira 60 km dari Kuala Lumpur. Sabtu lalu aku dan rakan-rakan jurufoto tidak melepaskan peluang berkunjung ke tempat ini untuk mengambil gambar-gambar yang menarik.

Paya Indah Wetlands mempunyai keluasan 3100 hektar tetapi sehingga kini hanya 450.76 hektar sahaja yang telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Kanun Tanah Negara Sub-Seksyen 62(1)(No. 175 Akta 56 1965). Pada asalnya, Paya Indah Wetlands merupakan bekas lombong bijih timah, tasik air tawar dan hutan paya gambut dan mula dibaik pulih serta dirawat sejak tahun 1991. Ia dibuka secara rasmi oleh YAB Tun Mahathir Mohamad pada 13 Oktober 2001 dan telah diuruskan oleh Malaysian Wetlands Foundation sehingga Mac 2005.

Sehingga itu, Paya Indah Wetlands diambilalih oleh PERHILITAN sehinggalah pembukaan semula kawasan ini pada 20 Oktober 2008.

Pelbagai tanggapan dang gambaran bermain di fikiran aku sebelum memasuki gerbang Paya Indah Wetlands ini. Tempat ini secara jujurnya masih belum pernah aku jejajki dan Sabtu lalu merupakan kali pertama aku memasuki kawasan yang kaya dengan anugerah alam semula jadi itu.

Aku dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang meronda-ronda sambil merakamkan gambar-gambar menarik di kawasan Paya Indah Wetlands ini. Peluang jangan dilepaskan, dah alang-alang datang kat sini, redah je la. Macam-macam daya tarikan boleh didapati di sini, yang paling best bagi aku ialah sekeluarga Badak Air yang terdiri daripada 3 ekor badak air cukup menggamit perhatian pengunjung. Salah seekor yang aku ingat bernama Kundra!

Di samping itu, terdapat juga kolam buaya, kolam itik, Ladang kuda dan berbagai-bagai lagi tarikan yang mampu membuatkan pengunjung begitu menghayati keindahan ciptaan tuhan. Di samping itu pengunjung juga boleh beridah dengan meniki basikal mengelilingi kawasan Paya Indah Wetlands ini.

Ada juga chalet-chalet yang didirikan di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands ini bagi sesiapa yang gemar menikmati keadaan di waktu malam di sini.

Memang best lah pengalaman yang aku lalui hari tu. InsyaAllah aku akan datang lagi ke sini. Jom siapa nak ikut??