Memaparkan catatan dengan label Pengalaman kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman kerja. Papar semua catatan

Khamis, 5 Februari 2015

Bengkel B. Teks PMS 100%

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks P. Kesihatan Th. 5 untuk Pembetulan PMS 100% kedua di Sri Petaling Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Nampaknya kali ini ahli panel dan editor lebih berhati-hati apabila menyemak dan menilai PMS buku ini. Maklumlah, jika buku ini menjadi viral di laman sosial, mereka ini juga lah tidak akan nyeyak tidur malam kerana terpaksa menjawab dengan pak menteri pula.

Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan:
Hotel Sri Petaling.
Bilik bengkel.
Suasana bengkel.
Ilustrator Bajak sedang melukis.
Perbincangan pengerusi dengan editor.
Suasana bengkel.
Macam banyak pembetulan jer.
Ada sesuatu yang menarik yang diperkatakan oleh penulis tu.
Wahhhh... serius perbincangan ni.
Selamat tinggal Hotel Seri Petaling.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk di hantar ke Kementerian Pelajaran pula.....

Isnin, 26 Januari 2015

Alhamdulilah, Sudah Berada di Pasaran Sekarang!

Entah kenapa awal tahun 2015 ini penulis agak malas hendak menulis blogs.  Ini mungkin disebabkan rakan-rakan blogger yang seangkatan penulis telah pun bersara dari menulis blogs. Nampaknya, mereka lebih gemar menulis di facebook ataupun di twetter sahaja sekarang. Walaubagaimanapun jika ada masa-masa terluang, penulis akan cuba juga rajinkan diri untuk menulis blogs ini.... 

Pagi tadi penulis singgah di sebuah kedai buku untuk membeli surat khabar. Sedang penulis membelek surat khabar, penulis ternampak sebuah buku teks sekolah yang berjudul B. Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5. Buku teks ini merupakan buku teks yang ke 13 yang penulis design.
Buku Teks Baharu KSSR Tahun 5.
Pada awal tahun lalu, kali kedua penulis ditugaskan mereka bentuk B. Teks yang berjudul Pendidikan Kesihatan. Kali ini Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5 pula. Penulis agak gembira apabila menerima tugas ini. Ini adalah kerana penulis sudah ada pengalaman mereka bentuk konseps buku teks seperti ini. Lagipun penulis sudah mengenali editor dan ahli panel jawatankuasanya,

Lagi sekali penulis ditugaskan bersama ilustrator tersohor iaitu En. Rosli Hamid sementara editornya yang cukup berpengalaman iaitu puan Nor Azita Umar dari Bahagian Buku Sekolah DBP. Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan kesihatan iaitu puan. Nurulasriah dan Puan Low Shiek Li yang merupakan guru pendidikan kesihatan yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah.
B. Teks Pendidikan Kesihatan Th. 5
Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain.

Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks Pendidikan Kesihatan ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku teks ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian. 

Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. walaupun ada sedikit kontroversi dan menjadi viral sekejap oleh orang ramai di facebook apabila buku ini digunakan disekolah dan telah berada dipasaran terbuka. Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini. 

Jumpa lagi....

Selasa, 9 September 2014

Oh!.... Gaji

Penulis terpanggil untuk menulis entry ini bukan hendak kata semua bos berbangsa Melayu tidak berguna, tetapi itu lah hakikatnya. Ramai rakan-rakan yang mengeluh, mengadu hal yang sama iaitu gaji lambat. Maklumlah, kita ini pun hendak hidup juga. Bukan dia seorang sahaja. 

Sungguh tidak patut apabila seseorang majikan membayar gaji pekerjanya lambat. Lagi dasyat lagi apabila lambatnya itu bukan sehari dua, tetapi tiga empat hari. Alahai boss, kerja kena buat, tak kan gaji tidak boleh bayar. Lepas itu, bos buat muka selamba sahaja! Seperti tidak rasa bersalah pula. Dia tidak tahu duit di dalam dompet kita hanya tinggal beberapa ringgit sahaja. Hendak makan tengahari pun terpaksa berkira-kira.
Hanya ini sahaja yang ada dalam dompet ketika ini...
Penulis bukan hendak anti perkauman. Tetapi kenapa bos kaum lain boleh bayar gaji on time? Kenapa majikan Melayu memang bab payment mesti ada masalah! Mesti ada pekerja akan mengadu. Susah sangat ke untuk bayar on time

Begini rahsianya!!! 

Penulis pernah berborak dengan seorang tauke kedai runcit berdekatan rumah penulis mengenai keuntungan syarikatnya. 

Aku: Apek, cuti-cuti sekolah ni takde jalan-jalan makan angin ke? 
Apek: Sudah! Bawak anak-anak pergi Tioman saje. 3-4 hari cuti ok lah tu. Asal mereka happy ma!
Aku: Pergi lah jauh sikit pek, kedai banyak untung! 
Apek : Takde boleh macam itu. Kita haaa orang cina, kalau meniaga... kena bijak ma. Cuti lama-lama macam mana mau laku itu barang. 
Aku: Ini sudah cukup laku lah apek! Kedai apek maju dah. 
Apek : Orang cina haaa, satu hari kena dapat 5 mangkuk tau kalau berniaga. 
Aku: 5 mangkuk? Apa? 
Apek : Ye lah, itu target lah. 5 mangkuk tu kena bagi-bagi. 3 mangkuk untuk modal syarikat, 1 mangkuk untuk pekerja dan 1 mangkuk untuk keluarga. Baru boleh berjaya. 
Aku: Haaa betul tu apek. Oh gitu ek orang cina meniaga. 
Apek: Ye loh! Kalau semua 5 mangkuk itu kasi enjoy, kasi judi, kasi mabuk, mana ada untung! 

Cuba lihat, nampak tak rahsia dia? 

5 mangkuk. 3 untuk syarikat. 1 untuk PEKERJA dan 1 untuk keluarga. Kau nampak tidak macam mana pekerja tu memang menjadi prioriti dalam syarikatnya. Kiranya, setiap bulan gaji pekerja untuk bulan depan sudah disediakan. Bukan bulan itu untuk bulan itu. Enjoy pun berpada-pada! Bukan boleh semua dihabiskan untuk shopping bini, anak pakai ipad, bos tukar kereta bini baharu dan sebagainya. Sedangkan kebajikan pekerja terabai! 

Kau rasa kalau pekerja dibayar gaji lambat apa dorang buat? Mendoakan bos dirahmati? Mendoakan bos panjang umur? Never! Bukan kata kita ini jahat, tetapi gaji kita itu hak kita. Jika sudah hak kita tidak dijaga perlukah kita jaga hak dia? Bagi saya! mesti sumpah seranah yang keluar. Jika sudah setiap bulan kena sumpah, agak-agak bisnes maju ke? Fikir lah sendiri wahai bos-bos sekalian. 

Mungkin apabila sudah menjadi bos, kita terlupa orang-orang di bawah yang menyokong kita. Ingat tidak peribahasa, “Kuat pokok kerana akarnya”. Cuba terapkan peribahasa tu dalam diri. Jadikan pekerja bukan sebagai pekerja tetapi sebagai orang yang menjayakan syarikat. Kebajikan pekerja jangan sekali diabaikan. Gaji mereka tu bayarlah on time. Kita tidak tahu kesusahan yang mereka alami. Majikan yang baik adalah majikan yang bijak bertoleransi dan menghargai pekerjanya!

Khamis, 21 Ogos 2014

Oh! Internet

Talian internet merupakan suatu benda yang sangat penting apabila melibatkan kerja pejabat. Tetapi yang sedihnya, apabila setelah beberapa lama harus kami menunggu, masih juga tiada talian internet. Bukan kata hendak buat kerja, hendak menghubungi editor dan penulis pun sudah terbantut.
Masih mampu tersenyum walaupun tiada internet!!.
Disebabkan ini jugalah beberapa beberapa bahan-bahan PMS seperti lay out buku teks, reka bentuk kulit buku dan ilustrasi tidak dapat dihantar melalui email kepada editor kerana kami masih menanti talian internet di pejabat ini dapat dipulihkan semula. Tetapi, bila? Kami sendiri pun tidak tahu.... huhuhu...
Rakan-rakan whatsApp sudah mengamuk sebab tiada  internet.
Apabila tiada talian internet, kerja semakin bertambah dan banyak kerja yang tertangguh. Apabila bahan PMS ini tidak dihantar, sudah tentulah para editor berkali-kali menalipon kami, bertanyakan bila bahan PMS tersebut akan dihantar kepada mereka. Oleh kerana masa dateline semakin hampir, sudah tentulah suasana akan menjadi cemas dan kalut. Jadi, kamilah sebagai designer yang menjadi mangsa sasaran kemarahan mereka huhuhu...
Sememangnya designer memerlukan internet untuk mencari bahan dan gambar sebagai rujukan.
Ohhh tidakk.. sampai bilakah harus kami menantikan talian internet ini dapat dipulihkan semula? Banyak reka bentuk buku yang tidak dapat di siapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan yang disebabkan oleh kekangan masa dan internet yang bermasalah.

Rabu, 25 Jun 2014

Bengkel B.Teks - NSK

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks untuk NSK bersama pihak kementerian di Ancasa Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.
Hotel Ancasa Kuala Lumpur.
Suasana bengkel.
Antara buku yang dibengkelkan.
Kumpulan Buku Kadazan Dusun.
Perbincangan dengan pegawai teknikal.
Serapan pagi. 
Serapan....
Suasana bengkel.
Makan tengahari.
Makan tengahari
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk di hantar kembali ke Kementerian Pelajaran pula.


Jumaat, 24 Januari 2014

Bengkel B. Teks Pembetulan PMS - 100%

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks untuk Pembetulan PMS 100% kedua di Best Western Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan melalui kamera handphone.
Best Western Hotel.
Check in.
Bilik hotel.
Suasana bengkel.
Serapan pagi.
Banyak pembetulan.
Sasana bengkel.
Makan Tengahari.
Suasana Bengkel.
Minum petang.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk di hantar ke Kementerian Pelajaran pula.

Khamis, 9 Januari 2014

Alhamdulilah Siap Juga Akhirnya

Semalam penulis singgah di sebuah kedai buku. Sedang penulis asyik membelek belek beberapa buah buku, penulis ternampak sebuah buku teks sekolah yang berjudul B. Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Buku teks ini merupakan buku teks yang ke 12 yang penulis design. Walaupun ia merupakan sebuah buku kesihatan, tetapi semasa penulis design buku ini, kesihatan penulis terganggu. Alhamdulillah, akhirnya buku berjaya disiapkan juga,
B. Teks Kesihatan Tahun 04.
Pada awal tahun lalu, penulis ditugaskan mereka bentuk B. Teks yang berjudul Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Pada mulanya penulis agak gementar juga menerima tugas yang mencabar ini. Ini adalah kerana buku ini merupakan sebuah buku baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Sebelum ini B. Teks Kesihatan bergabung dengan B. Teks Pendidikan Jasmani.
Ilustrator sedang melakar ilustrasi.
Sangkaan penulis, apabila mereka bentuk buku yang baharu di terbitkan ini sudah tentulah banyak masalah dan karenahnya. Maklumlah, penulis belum dapat gambaran yang jelas konsep dan reka letak grafik yang dikehendaki. Jangkaan penulis ternyata meleset sama sekali. Rupa-rupanya mereka bentuk Buku Pendidikan Kesihatan ini agak mudah. Pengurus projek dan Pengawai Teknikal BBT mahukan konsep, grafik dan warna yang simple sahaja.
Suasana Bengkel.
Kali ini penulis ditugaskan bersama ilustrator baharu yang kurang pengalaman tetapi cukup berbakat iaitu puan Fazlina Khairul Wafa sementara editornya yang cukup berpengalaman iaitu puan Nor Azita Umar dari Bahagian B. Teks, DBP. Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan kesihatan iaitu puan. Dolorine dan Puan Low Shiek Li yang merupakan guru pendidikan kesihatan yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah.
Suasana Bengkel.
Sepanjang penulis design B. Teks Pendidikan Kesihatan ini, tiada masalah besar yang berlaku dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini adalah kerana ada kesefahaman antara ilustrator, editor, penulis, pengurus projek, pegawai teknikal dan ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu. Kami bersatu dan telah mencapai kata sepakat demi kebaikan b. teks ini.
Perbincangan penulis dan ilustrator.
Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain
Suasana Bengkel.
Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks Pendidikan Kesihatan ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku teks ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian. 

Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini. 

Jumpa lagi!

Rabu, 8 Januari 2014

Memori yang Mengerikan...

Pagi tadi penulis perhatikan anak sedang memilih buku teks untuk di bawa ke sekolah. Sedang dia memilih buku yang hendak dibawa ke sekolah, penulis ternampak sebuah buku teks. Buku tersebut ialah Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Apabila penulis terpandangkan sahaja buku tersebut, mengingatkan kembali memori yang mengerikan pada 12 tahun yang lalu.
Akhirnya anak aku menggunakan B. Teks BM yang kali pertama aku design buku teks kira-kira 12 tahun dahulu. Banyak memori semasa design buku teks ini. Bak kata editor Sabah.... Memori yang mengerikan!!..
Ketika itu penulis ditugaskan pembantu kepada en. Zainal mereka bentuk buku teks Bahasa Melayu pada tahun 2003. Oleh kerana pada masa itu syarikat kekurangan designer, en. Zainal ditugaskan pula mereka bentuk buku teks Bahasa Arab. Disebabkan itu penulis dipertanggungjawabkan sepenuhnya mereka bentuk buku teks tersebut.

Sebenarnya penulis tidak percaya kenapa diberi tanggungjawab mereka bentuk buku teks tersebut. Lagipun penulis tiada pengalaman dalam bidang ini terutama sebagai designer buku teks. Sebelum ini penulis hanya seorang ilustrator yang melukis ilustrasi dan gambarajah sahaja. Oleh kerana sudah diarahkan, penulis terpaksa melaksanakan tanggungjawab yang amat berat itu.

Pada peringkat awal penulis agak kekok membuat kerja-kerja design ini kerana tiada pengalaman dan tidak mahir menggunakan kumputer terutama untuk perisian Pagemaker, Ilustrator dan Photoshop. Oleh itu penulis terpaksa merujuk daripada buku-buku dan bertanya pada rakan-rakan yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah rakan-rakan tidak kedekut ilmu dan sedia membantu.

Pada peringkat awal, proses kerja ini berjalan dengan lancar, tetapi hanya seketika sahaja. Walaupun penulis berjaya menyiapkan reka letak buku tersebut tetapi masih banyak kekurangan gambar fotonya. Ketika itu syarikat masih lagi tiada juru foto dan penulis dan editor pula tidak menyediakan foto-foto yang diperlukan. Oleh kerana tiada foto, penulis biarkan sahaja kosong pada kotak-kotak foto tersebut. Apabila bengkel 100% hampir tiba, penulis pun hantar bahan PMS buku teks tersebut kepada editor.

Apabila editor membuat penyemakkan, didapati masih banyak gambar foto yang tiada. Ini menyebabkan editor tersebut menitiskan air mata. Suasana yang tegang ini menyebabkan penulis dan penyelia menjadi kalang-kabut. Tanpa membuang masa penulis terpaksa mencari foto-foto yang bersesuaian di beberapa buah majalah dan mengimbas (scan) foto tersebut satu-persatu. Pada masa itu kemudahan google internet belum ada lagi. Alhamdulilah dalam beberapa hari sahaja buku ini berjaya disiapkan untuk di bengkelkan.

Apabila tiba masa buku ini di bengkelkan di Hotel Primula, Kuala Terengganu, kami di kritik hebat oleh Jawatakuasa Kawalan Mutu(JKM) dan pegawai teknikal kerana design, foto dan ilustrasi yang kurang menarik. Penulis masih boleh terima hakikat bahawa design buku ini kurang menarik dan penulis berjanji akan memperbaikinya. Sejak hari itu penulis perasan editor telah menarik muka terhadap penulis dan tidak lagi mesra seperti sebelumnya.

Apabila penulis kembali semula bertugas di pejabat, penulis mendapat berita bahawa majikan telah menerima surat yang mengatakan penulis tidak layak sebagai designer buku teks ini dengan alasan penulis tiada kemahiran dan pengalaman serta hanya seorang mantan pengawal keselamatan sahaja. Mereka beranggapan tugas ini hanya layak untuk mereka yang ada kelulusan universiti sahaja.

Penulis amat kecewa mendengar berita itu dan terus menemui pengurus kanan memohon menarik diri dari terus mereka bentuk buku tersebut. Oleh kerana ketika itu syarikat kekurangan designer, penulis diminta meneruskan juga tugas terebut. Mahu tidak mahu dengan berat hatinya penulis meneruskan juga tugas terebut. Alhamdulillah, akhirnya buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kini telahpun diguna pakai di semua sekolah kerajaan.

Apabila penulis mendapat tahu bahawa anak penulis menggunakan buku teks ini, penulis tersenyum sendiri apabila mengenangkan kembali memori yang sangat mengerikan itu. Kini dengan tidak disangka-sangka sudah hampir 12 buah buku teks yang telah penulis design setakat ini...

Isnin, 2 Disember 2013

Bengkel B. Teks PMS 100%

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks untuk PMS 100% pertama di Seri Petaling Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan melalui kamera handphone sahaja.
Hotel Seri Petaling.
Bilik Bengkel.
Bengkelpun bermula.
Suasana bengkel.
Minum pagi.
Hari-hari terakhir berbengkel.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan dan permurnian untuk bengkel pembetulan PMS 100% pula.

Khamis, 11 Julai 2013

Sesi Apresiasi Kulit Buku Teks

Kemarin sehari sebelum bulan Ramadhan, penulis ke Puterajaya. Ada sesi apresiasi kulit buku teks yang dianjurkan oleh Kementerian. Sebagai designer, penulis kena pergi. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan:
Sesi Apresiasi.
Ruang pameran,
Sedang melihat dan menilai kulit yang pamerkan. 
Antara kulit buku terbaik yang dipameran.
Pengurus projek sedang menilai mana satu kulit buku yang akan dipilih.
Penulis sedang membentangkan kulit buku. 
Panel juri penilai.
Majlis yang ditunggu-tunggu.
Berakhirnya sesi ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan dan seterusnya dihantar ke pihak kementerian untuk tindakan seterusnya.