Ahad, 15 Februari 2015

Nasi Lemak Sri Petaling

Kadang kala penulis berbengkel buku teks di Hotel Sri Petaling. Apabila sudah jemu berserapan di hotel, walaupun berserapan free, penulis akan singgah ke satu gerai di tepi jalan untuk pekena nasi lemak dan teh tarik. Sebut sahaja gerai nasi lemak di hadapan bangunan Hotel Sri Petaling, pastinya penduduk 1 Malaysia di sekitar Sri Petaling sudah mengatahui kewujudan gerai nasi lemak popular ini.
Gerai Nasi Lemak Tawaf Sri Petaling.
Tuan punya gerai hanya berkerja dengan beberapa orang pembantunya sahaja. Sejak tahun 90an lagi, Nasi Lemak Tawaf ini memang tidak asing lagi bagi wargakota kerana telah menarik minat ramai pelanggan. Pelanggannya pula dari pelbagai bangsa, ada Melayu, Cina dan India. Kemuanya bersabar berbaris panjang menunggu giliran membeli nasi lemak ini. Begitulah hebatnya penangan nasi lemak Sri Petaling ini.
Antara lauk pauk yang terhidang.
Apa yang istimewa nasi lemak Sri Petaling ini? Sudah tentulah mengenai nasi lemak dengan haruman aromanya yang dikatakan boleh membangkitkan selera para pelanggannya. Lauk pauknya memang banyak pilihan dan pilihan yang ada sangat menyelerakan. Selain nasi lemaknya terdapat juga makanan lain seperti Meehoon goreng, kueh mueh dan minuman yang menyelerakan di gerai ini.
Para pelanggan mengelilingi lauk-pauk seolah-olah tawaf.
Konsep order di sini agak unik, biasanya di tempat lain pelanggan yang akan memilih lauk apa yang mereka hendak dan penjual akan bungkuskan. Tetapi di sini, penjual akan bugkuskan nasi, pelanggan sendiri akan mengambik lauk-pauk yang mereka suka. Penulis dapati ada banyak pilihan lauk pauk dan kesemuanya menyelerakan.
Rakan-rakan sedang menikmati nasi lemak Sri Petaling.
Apa yang yang special penulis tengok ialah lauk rendang kambing yang biasanya akan habis dahulu.. Jika hendak ikutkan kesemua lauk pauknya pun best-best belaka. Tetapi, pilihan favourite penulis ialah daging ataupun ayam. Sambalnya pula tidak terlalu pedas, memang selera satu Malaysia.. Patutlah, customernya ramai berbangsa Cina sebab kebanyakkan orang Cina memang yang tidak tahan pedas.
Hari ini selera penulis hanya ayam masak merah campur sambal ikan bilis.
Lokasi gerai ini, jika anda semua hendak tahu, di  bandar Sri Petaling berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Penulis tidak pasti jalan apa pula tetapi lokasi dia betul-betul di tepi jalan bersebelahan dengan restoran cina, Happy Vally. Dia situ terdapat banyak lot kedai dan restoran cina, jadi kepada sesiapa yang hendak mencuba, mungkin restoran Secret Resipi atau Hotel Sri Petaling boleh menjadi sebagai landmark dia
Para pelanggan sedang menikmati Nasi Lemak Sri Petaling
Anyway, gerai nasi lemak ini sudah well established berbanding semasa kakak ini baharu membuka gerainya dahulu. Penulis masih ingat, apabila nasi lemak sudah kehabisan, kakak ini akan mengangkut bakul nasi lemak yang baharu dengan menggunakan kereta tuanya sahaja. Tetapi itu dahulu, kini penulis ternampak ada sebuah kenderaan mewah baharu yang berwarna hitam di sebelah gerainya. Katanya, dia membeli kereta tersebut dari hasil jualan nasi lemak ini sahaja... perghhhh

Tentang harga nasi lemak di sini penulis tidak tahu sebab setiap kali penulis berserapan di gerai ini, pastinya ada rakan-rakan penulis yang sudi jadi penajanya. Itulah yang dikatakan jika sudah rezeki. Tetapi penulis rasalah, harga makanan di gerai ini boleh tahan juga. Tidak murah dan tidak mahal....


3 ulasan:

Unknown berkata...

Terima ksh penulis kerana menulis tntang nasi lemak tawaf mak sy..nant sy suroh mak sy blanje penulis mkn ye.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Thanks for review!

Watch movie online