Rabu, 28 September 2011

Suasana Restoran seperti Stadium

Restoran restoran NZ Curry House di Wangsa Maju "bertukar wajah" umpama stadium, minggu lalu ketika lebih penulis dan lebih 200 penyokong bersorak mengapikan semangat perjuangan Harimau Muda ketika menentang Jepun dalam saingan kelayakan Olimpik di Stadium Tosu.






Hujan renyai-renyai tidak membataskan kami untuk bersorak walaupun ada dikalangan kami berwajah muram sebalik wisel penamat melihat anak didik Ong Kim Swee kecundang 0-2 kepada Samurai Muda.

Isnin, 19 September 2011

Johnny English

Walaupun penulis agak sibuk dengan kerja-kerja freelance sekarang, penulis masih berkesempatan menonton filem aksi komidi lakonan Rowan Atkinson yang bertajuk Johnny English di pawagam MBO Galaxy Ampan, semalam. Seperti filem-felemnya terdahulu, lakonan pelakon komidi Rowan Atkinson ini memang tidak pernah mengecewakan.

Filem ini mengesahkan ajen rahsia yang kembali beraksi susulan keadaan yang memaksa. Pada awalnya, Johnny mahu melupakan tugas lamanya dengan melakukan tugas normal untuk mencari diri sendiri.

Namun atas arahan Perkhidmatan Rahsia Diraja, dia terpaksa keluar daripada tempoh rehatnya untuk menghentikan sekumpulan pembunuh upahan antarabangsa yang mahu membunuh peminpin dunia bagi mengkucar kacirkan negara.

Gelagat dan aksi selamba Rowan Atkinson membuatkan lawak beliau menjadi dan membuatkan penonton ketawa. Ini kerana Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr.Bean, sangat popular dengan lawak bisunya. Filem ini telah berjaya membawa beliau ke satu tahap terbaik dalam kariernya sebagai pelakon..

Dari 5 bintang, penulis bagi 4 bintang kerana filem ini memang berkualiti dan sangat bagus sekali aksi serta sistem audionya. Anda harus menonton filem ini dan ianya pasti tidak akan mengecewakan anda anda.

Isnin, 12 September 2011

Langsung Dari TV AlHijrah

Semalam, penulis dan Tok Mo Mansor) terpilih menjadi wakil dari kelab Famemas untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam program temubual rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah. Format program ini seperti program "Selamat Pagi Malaysia" di RTM atau "Nasi Lemak Kopi O" di TV9. Isu perbincangan kali ini ialah peranan penyokong sukan di Malaysia dengan semangat "Satu Malaysia".







Agak gementar juga kerana ini kali pertama penulis ditemu bual secara langsung di TV. Mujurlah stesen TV Al Hijrah ini masih belum popular. Jika di TV3 atau RTM, pastinya kecoh satu Malaysia he...he... Alhamdulilah segala pertanyaan dari pengacara, dapat penulis jawab dengan lancar.