Rabu, 25 Jun 2014

Bengkel B.Teks - NSK

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks untuk NSK bersama pihak kementerian di Ancasa Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.
Hotel Ancasa Kuala Lumpur.
Suasana bengkel.
Antara buku yang dibengkelkan.
Kumpulan Buku Kadazan Dusun.
Perbincangan dengan pegawai teknikal.
Serapan pagi. 
Serapan....
Suasana bengkel.
Makan tengahari.
Makan tengahari
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk di hantar kembali ke Kementerian Pelajaran pula.


Selasa, 24 Jun 2014

Nasi Kukus Ayam Berempah Wafie

Anda pernah terdengar Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah? Makanan ini sangat popular di pantai timur. Hari Sabtu minggu lepas penulis pergi makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Restoran Wafie. Ini lah menu pilihan untuk lunch penulis pada hari tersebut. Entahlah, secara tiba-tiba penulis teringin sangat hendak makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah.....hehe...
Restoran Wafie Batu Caves.
Apabila sekali mencuba, memang tidak puas dan hendak mencuba sekali lagi. Cuma, menurut kata rakan, jika hendak makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang lebih sedap, kenalah pergi ke Pantai Timur!. Alamak! jauh lah pula. Tetapi, tidak mengapa, masih ada banyak restoran yang menyediakan menu Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di sekitar Selangor ini.
Nampaknya restoran ini hanya menyediakan menu nasi kukus sahaja.
Ramai yang bertanya di mana lokasi restoran nasi kukus yang sedap di sekitar Batu Caves atau Gombak ini. Restoran Wafie ini adalah salah satu tempat untuk korang untuk menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang sedap. Restoran Wafie ini terletak di Taman Samudera, Batu Caves, Selangor. Jika tidak silap, ada sebuah lagi cawangannya di Greenwood, Gombak.
Nasi Kukus.
Anyway, penulis sangat berpuas hati apabila menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di sini. Nasinya banyak dan ayamnya pula besar. Harga tidak terlalu mahal cuma hanya RM5.00 sepinggan sahaja. Sangat berbaloi dan... memang puas hati apabila meratah ayam nya kerana terasa rempah ratusnya. Jika anda berasal dari pantai timur pasti akan merindui Nasi Kukus Ayam Goreng berempah, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Wafie ini.
Sama ada anda bungkus atau makan di restoran, nasinya tetap dibungkus seperti gambar diatas.
Nasi kukusnya yang dihidangkan bersama sejenis kuah yang agak pekat-pekat kehitaman berserta dengan sambal ladanya. Perrrgh... memang sedap dinikmati dengan ayam goreng berempah yang amat menyelerakan.
Nasi Kukus Ayam berempah Wafie.
Sebenarnya penulis sudah lama hendak ke Taman Samudera ini untuk mencari Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Restoran Wafie ini. Rakan-rakan di pejabat yang mencadangkannya. Baharu hari Sabtu lepas penulis berkesempatan menikmatinya, Ternyata, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempahnya memang betul-betul sedap dan terbaekkk!.


Isnin, 23 Jun 2014

Pengantin Malam!

Cuaca panas sekarang. Disebabkan itu penulis tidak berapa selesa apabila berada di rumah terutama disebelah petang. Penulis pun bercadang-cadang hendak keluar mencari-cari tempat-tempat yang sejuk. Tiba-tiba penulis terfikir hendak menonton wayang gambar sahaja. Penulis pun ke panggung MBO di Glaxy Ampang untuk menonton wayang.
Poster Pengantin Malam.. Footo google.
Kebetulan pada masa tersebut cerita Pengatin Malam akan ditayangkan. Tanpa membuang masa, penulispun beratur untuk membeli teket untuk menonton filem tersebut. Mata penulis kembali segar apabila menonton filem seram ini. Walaupun sebelum ini mata penulis agak mengantuk kerana berjaga malam akibat menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia.
Poster dan teket.
Cerita ini bermula dengan MAYA, yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya. Dia melanggar seorang gadis bernama LAILA dan menyebabkan kematiannya. Daripada kemalangan, Maya kehilangan separuh dari ingatan beliau dan cuba untuk ingat masa lalu selepas pulih daripada koma.
Teket menonton wayang "Pengantin malam".
Razif, suami Maya cuba untuk melupakan apa yang telah berlaku kepada Maya. Razif cuba membuatkan maya melupai kisah lama dan buat Maya rasa bersalah. Razif akhirnya membawa Maya ke satu villa untuk mencari ketenangan. Dalam masa yang sama, Razif tidak mahu Maya cuba untuk mengingati kembali kes kemalangan yang menyebabkan kematian Suzana.
Wajah Nora Danish apabila disolek menjadi seram.. Foto google.
Dalam perjalanan ke vila, Maya merasakan bahawa dia telah melalui jalan dan dia merasa seperti ada kisah masa lalu yang dahsyat di kawasan tersebut, tetapi masih tidak boleh ingat apa kisahnya. Semasa tinggal di vila, Maya mula merasakan sesuatu yang berlaku kepada beliau.
Hero dan heroin filem " Pengantin Malam". Foto google
Dia melihat bayang seorang wanita dalam pakaian pengantin putih agak kotor, berkaki ayam, tudung dan sering muncul dimana saja Maya pergi. Hampir setiap hari dia diganggu dengan bayangan tersebut yang dia dapat rasakan bahawa Razif tahu tentang semua ini dan yakin bahawa Razif sedang menyembunyikan sesuatu dari Maya. Maya juga merasakan bahawa kelibat perempuan berpakaian pengantin adalah Laila.
Salah satu babak dalam filem pengantin malam. Foto google.
Dia mencari jawapan yang pasti sehingga Razif akhirnya membongkar kebenaran tentang Suzana. Apakah rahsia itu? Apa yang perlu dilakukan dalam hidup Razif Laila dan Maya? Sila tonton Pengantin Malam di pawagam yang berhampiran tempat anda.
Menarik ke tidak jalan ceritanya, tepuk dada tanyalah selera. Semua ini adalah citarasa masing-masing. Citarasa masing-masing adalah berbeza-beza. Jika anda rasa tertarik sila menonton filem ini....

Rabu, 18 Jun 2014

Sindrom Cokelat?

Sudah halal.
Heboh ya heboh, segelintir umat kecoh 
makan cokelat dicampur Khinzir 
takut dan kalut, makan yang haram badan jadi haram 
ada yang nak samak mulut sampai keperut, ada yang nak saman isu tersebut 

 Kenapa risau? kenapa sasau? perkara dah lepas tak usah meracau 
ALLAH dah firman tak sengaja tak berdosa, yang sengaja itulah NERAKA 

Kenapa hal lain tak ambil kira 
umpama tak takut makan riba’, umpama ada harta tak buat umrah 
umpama banyak rezeki tak buat haji, umpama ada harta tak buat zakat fitrah 
umpama ada harta kedekut bersedekah, umpama pakai tudung tangan terdedah 
umpama pakai jubbah ketat nampak lurah 
umpama bermusuh lebih tiga hari, syafaat ISLAM akan lari, nur ISLAM akan pergi menjadi kafir tentu tak nak terjadi 
umpama QURAN berkepuk berdebu, tidak dibuka, tidak dibaca sengaja tak mahu 
umpama solat yang dipersendakan, sekejap buat, sekejap ditinggalkan 
umpama puasa sanggup berlapar, membuka mulut berkata celupar 
umpama mengadu domba suara fitnah, perbuatan mungkar dosa yang amat besar !!! 

Jadi 
bila dah tahu begini, jangan makan cokelat lagi, sehingga sampai waktu, 
pengumuman dari kerajaan dengan cop pengesahan, halal, boleh dimakan...

Sumber: Along

Khamis, 12 Jun 2014

Kerana Terpaksa Aku Rela

Semenjak kebelakangan ini penulis terpaksa pulang awal kerana teruja hendak menonton drama bersiri slot Akasia di TV3 pada jam 7 petang, hari Isnin hingga Khamis. Nasib baiklah ada lebuhraya baharu, ini memudahkan penulis sampai ke rumah lebih awal.
Poster Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Drama bersiri ini merupakan adaptasi novelis popular iaitu Umie Nadzimah yang diarahkan oleh Azma Aizal Yusof dan nukilan skrip Mufid Shuhaimi.
Hero dan herein drama ini.
Kerana Terpaksa Aku Relakan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Izreen Azminda (Indah Halina) di samping pelakon-pelakon popular tanah air seperti Amar Baharin (Tajul Razin/Zen), Dian P Ramlee (Datuk Safiyah), Syafik Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asraf (Tajul Zahin), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), dan Afzan (Saiful).
Salah satu poster drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Drama baharu 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya, Pak Halim.
Salah satu poster menarik drama ini....
Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Saiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat.
Izreen, pelakon wanita utama drama Kerana Terpaksa Aku Relakan...
Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujur dia dibantu oleh Datuk Safiyah serta anaknya, Tajul Razin yang menemani ibunya walaupun berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.
Dua watak yang dibenci dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah pula dianggap sebagai anak derhaka dan memalukan keluarganya.

Mampukah Indah mengembalikan kebahagiaan selepas maruahnya dipermainkan oleh kakaknya sendiri?. Dan, tegakah dia memilih jejaka lain dalam hidupnya selepas perkahwinannya hancur sehari sebelum dia bernikah?. dan... penulis terpaksa menonton drama ini selanjutnya untuk mengetahui kisah seterusnya. 

Khabarnya semasa tengah shooting drama ini, Izreen bercerai dengan suaminya, moga izreen tabah dengan dugaan ini.

Sumber: Google

Rabu, 11 Jun 2014

X-Men

Hari Sabtu yang lalu penulis ke Times Square, Kuala Lumpur untuk menghantar kemera Nikon 1 penulis ke Nikon Center. Setelah selesai berurusan di sana, penulis pun ronda-ronda di sekitar ruang legar Times Square. Alang-alang sudah berada di Times Square, penulis pun menonton wayang di pawagam GSC. Kebetulan pada masa tersebut cerita X-Men hendak ditayangkan.
Nikon Centre Times Square.
Filem ini best juga ceritanya, cuma penulis hendak beri 3 bintang sahaja kerana aksinya tidak lah seperti yang penulis harapkan.
Teket X-Men.
Sinopsisnya. 

Filem “X-Men: Days Of Future Past ini mengisahkan tentang jalan cerita antara hari ini, di mana X-Men berlawan dengan kuasa jahat Mystique. 

Filem yang berkisahkan masa depan serta kegagalan X-Men untuk melindungi ikatan kukuh daripada pembunuhan Senator Robert Kelly. Pada masa hadapan, masa depan bumi ni, Sentinels telah memerintah Amerika Syarikat dan mutan hidup di dalam kurungan.
Poster X-Men - Foto Google.
X-Men memberi amaran awal masa hadapan yang mungkin oleh dikawal oleh versi muda mereka iaitu rakan sepasukan mereka Kitty Pryde, yang berjaya dalam menggembara kembali ke masa lampau.Dia berjaya dalam misinya kembali ke masa depan, tetapi disebalik kejayaannya itu masa depan masih wujud sebagai altenatif daripada masa depan sekarang ini. 

Skrip cerita ini pun tidak berapa kuat menyebabkan penulis agak sukar untuk memahami jalan ceritanya. Walaubagaimanapun cerita ini masih lagi boleh menghiburkan penulis. Apa pun bolehlah untuk menghiburkan & melupakan masalah sekejap..ha..ha..


Isnin, 9 Jun 2014

Reunion musnahkan rumah tangga kami

Tiba-tiba penulis teringat ada sebuah blogs yang menulis bertajuk “Reunion musnahkan rumah tangga kami”. Izinkan penulis copy paste isi kandungan di blogs tersebut. Semoga ia memberikan kebaikkan dan pengajaran untuk kita semua

Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna. 

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat. 

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.
Foto sekadar hiasan.
Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar). 

Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.
Foto sekadar hiasan.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora. 

“Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun. 

“Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang. 

“Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.

“Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya. 

“Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami. 

 “Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam.
Foto sekadar Hiasan
“Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak. 

“Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar. Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah. 

“Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia. 

“Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya. 

“Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara. 

“Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan. 

“Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang. 

“Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu. Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami.
Foto sekadar hiasan.
“Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih.

“Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar. 

“Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, “saya nak abang bebaskan saya!” 

Berulang kali saya sebut perkara itu. 

“Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya. 

“Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran. 

“Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu. 

Mudahnya lelaki menyusun kata. 

“Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.

“ Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki.
Foto sekadar hiasan.
“Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.

“Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri.

“Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?

“Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.

“Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.

“Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.

“Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.

“Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka.

“Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya.

Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.

Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.

Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari.

Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.

Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup.

Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.


Khamis, 5 Jun 2014

Kameraku Buat Hal Lagi....

Penulis sangat berkecil hati dengan kamera kesayangan penulis ini. Tengah-tengah hendak guna, pada masa itu lah dia buat hal. Sudah dua kali benda yang sama berlaku. Lens! kemera penulis rosak.... Pertama kali semasa kemera penulis terjatuh di pejabat.

Jahanam terus lens. Penulis pun menghantar lens tersebut ke service center untuk menukar lens yang baharu, habis melayang hampir rm400. Pejam mata sahaja penulis membayarnya sebab pada masa itu penulis sangat sayangkan dengan kamera Nikon 1 ini. Lagi pun, penulis hendak updete blogs, of kos lah kena ada kamera... hehehe...
Error?
Tetapi, kali ini kamera kesayangan ini tidak terjatuh tetapi tiba-tiba sahaja dia meragam. Tengah elok-elok penulis zoom untuk mengambil gambar, tetiba lens jem dan keluar memo kat skrin “Lens error. Contact a Nikon-authorized service center”.

Apa lagi, mati kering penulis lah di situ. Penulis pun berlari-lari untuk mencari kedai foto Nikon yang berhampiran. Staff kedai foto itu kata, kadang-kadang dalam lens banyak habuk, sebab itu dia error. Mereka pun buat lah operasi meniup-niup habuk guna alat dia, haram tiada ifek pun. Tetapi tetap kena hantar service center, dan macam biasa lah jika saspek lens rosak penulis kena terbangkan antara rm300-rm500 untuk ganti lens baharu. 

 Puiiii....

 Malas lah.


Rabu, 4 Jun 2014

Abg Long Fadil!...

Hari minggu yang lalu, penulis menghadiri majlis perkahwinan di dewan bankuet DBP. Dalam perjalanan pulang, penulis sempat singgah sebentar ke MBO Ampang untuk menonton wayang. Hari tersebut penulis sempat menonton wayang dan ternyata filem tempatan tidak mengecewakan.
Zizan sebagai hero dalam filem ini.
Abg Long Fadil arahan Shafiq Yusof menampilkan Zizan Razak sebagai tonggak utama. Watak utama ini dikembangkan berdasarkan watak pembantu dalam filem KL Gangster. Apabila disebut saja Zizan pasti elemen komedi tidak dapat dipisahkan.
Babak aksi Yassin juga kelakar.
Jalan cerita yang menarik ditambah dengan aksi-aksi bertenaga. Pasti ada yang mengatakan aksi dalam filem ini mengarut, bohong dan entah apa-apa tetapi tiada yang mustahil. Terutamanya melibatkan kekuatan manusia. Lagipun, kalau filem dari luar yang memaparkan cerita yang fantasi, tidak masuk akal dan tahyul boleh dilayan, kenapa tidak filem tempatan.
Zizan dan Shamsul.
Filem Abg Long Fadil ini mengetengahkan isu realiti yang digarap dengan baik. Sedikit sebanyak saya ternampak-nampak pengaruh filem Hong Kong seperti Kung Fu Hustle. Zizan ala-ala Stephen Chow pula. Namun, masih mengekalkan identiti Malaysia.
Tiga pendekar Kampung Berani.
Mungkin ada yang membandingkan cara pembikinan filem antara Syamsul dengan Shafiq. Ternyata walaupun adik beradik, masing-masing memiliki gaya tersendiri. Kelihatannya Shafiq gemar bermain dengan elemen psikologi. Jika dalam filem Saya Amat Mencintaimu (SAM), watak utamanya mempunyai masalah halusinasi keterlaluan, Abg Long Fadil pula selalu berimaginasi dan terbawa-bawa dengan kelibat kawan baiknya iaitu Malik (Aaron Aziz).
Salah satu babak aksi.
Amat tertarik dengan watak tiga pendekar. Ada gaya dan karakter tersendiri. Tidak lupa watak Adam dan Acai. Kamal Adli tampak tidak kekok beraksi. Tentu sekali hero Bio-Nik ini sudah biasa. Tauke pula mampu menjayakan wataknya dengan baik, keluar dari zon lawak Jambu.
Babak aksi yang menarik.
Terdapat juga babak-babak selingan yang mencuit hati. Kemunculan watak-watak yang mengingatkan kita pada filem Bohsia, KL Drift dan Gerak Khas memang tanpa diduga. Begitu juga Bumble Bee Transformer dan Iron Man versi Malaysia.
Teket menontong filem abg Long Fadil.
Secara keseluruhannya, Abg Long Fadil sebuah filem yang menghiburkan. Jika anda hendak menontonnya, buka fikiran dan jangan membandingkannya dengan filem luar. Sampai bila pun tidak akan sama kerana filem kita wajah kita.

Sumber: Google

Selasa, 3 Jun 2014

Lenovo?

Sudah dua minggu penulis menggunakan smartphone Lenovo S920. Bagi penulis, ianya sangat memuaskan. Ramai yang sedia maklum bahawa smartphone ini memang bagus dan harganya pula murah.

Tetapi, ramai rakan sepejabat yang bertanya ok ke tidak apabila menggunakan smartphone Lenovo ini. Mereka berasa curiga kerana harganya murah dan jenama pula dari negara China. Nanti baharu pakai beberapa hari, tiba-tiba meletup lah pula.... hehehe...
Lenovo...
Bagi penulis, performance smartphone Lenovo ini tidaklah se-advance jenama Samsung, Sony atau HTC. Tetapi sebagai satu smartphone yang bersaing di zaman IT ini, penulis boleh katakan jenama Lenovo ini agak berjaya.

Kini, ramai yang menggunakan smartphone berjenama Samsung yang harganya melebihi rm2000.00, tetapi tidak menggunakan kesemua function nya pun. Setakat membuat panggilan, melayari internet, whatsApp, instagram, facebook, main games, download applications dan mengambil gambar foto, bagi penulis kesemuanya itu ada pada smartphone Lenovo. 

Kesimpulannya, setelah dua minggu penulis menggunakan smartphone Lenovo S920 ini, penulis berasa amat berpuas hati. Bayangkanlah, apabila penulis bermain game, gambarnya amat jelas sekali begitu juga apabila penulis menonton video, gambarnya juga amat jelas.

Apabila penulis mendengar muzik, sound pun boleh tahan meletupnya, ditambah pula jika kita custom made user interface. Reka bentuk body nya juga terkini, cantik dan menarik. Manakala kualiti kameranya juga bagus dan paling penting sekali harganya murah... Haha.