Anda pernah terdengar Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah? Makanan ini sangat popular di pantai timur. Hari Sabtu minggu lepas penulis pergi makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Restoran Wafie. Ini lah menu pilihan untuk lunch penulis pada hari tersebut. Entahlah, secara tiba-tiba penulis teringin sangat hendak makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah.....hehe...
Restoran Wafie Batu Caves. |
Apabila sekali mencuba, memang tidak puas dan hendak mencuba sekali lagi. Cuma, menurut kata rakan, jika hendak makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang lebih sedap, kenalah pergi ke Pantai Timur!. Alamak! jauh lah pula. Tetapi, tidak mengapa, masih ada banyak restoran yang menyediakan menu Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di sekitar Selangor ini.
Nampaknya restoran ini hanya menyediakan menu nasi kukus sahaja. |
Ramai yang bertanya di mana lokasi restoran nasi kukus yang sedap di sekitar Batu Caves atau Gombak ini. Restoran Wafie ini adalah salah satu tempat untuk korang untuk menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang sedap. Restoran Wafie ini terletak di Taman Samudera, Batu Caves, Selangor. Jika tidak silap, ada sebuah lagi cawangannya di Greenwood, Gombak.
Nasi Kukus. |
Anyway, penulis sangat berpuas hati apabila menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di sini. Nasinya banyak dan ayamnya pula besar. Harga tidak terlalu mahal cuma hanya RM5.00 sepinggan sahaja. Sangat berbaloi dan... memang puas hati apabila meratah ayam nya kerana terasa rempah ratusnya. Jika anda berasal dari pantai timur pasti akan merindui Nasi Kukus Ayam Goreng berempah, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Wafie ini.
Sama ada anda bungkus atau makan di restoran, nasinya tetap dibungkus seperti gambar diatas. |
Nasi kukusnya yang dihidangkan bersama sejenis kuah yang agak pekat-pekat kehitaman berserta dengan sambal ladanya. Perrrgh... memang sedap dinikmati dengan ayam goreng berempah yang amat menyelerakan.
Nasi Kukus Ayam berempah Wafie. |
Sebenarnya penulis sudah lama hendak ke Taman Samudera ini untuk mencari Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Restoran Wafie ini. Rakan-rakan di pejabat yang mencadangkannya. Baharu hari Sabtu lepas penulis berkesempatan menikmatinya, Ternyata, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempahnya memang betul-betul sedap dan terbaekkk!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan