Penulis dan Cdek ketika sama-sama bertugas di bahagian Keselamatan dulu. |
Kami warga keselamatan,
Tiada dimata dihati insan
Kami warga keselamatan
Ibarat melukut di tepian gantang
Apabila penyakit
Datang tidak diundang
Tiada warga yang sudi bertandang
Baik pagi mahupun petang
Hanya VVIP yang diutamakan
Kami warga keselamatan
Setiap bulan membayar yuran
Kenapa kami dianak tirikan?
Kami juga ada hati dan perasaan
Kami warga keselamatan
Ibarat garam di dalam tempayan
Harganya murah bukan kepalang
Tapi amat diperlukan dalam masakkan
Cuba warga bayangkan?
Setiap masakan tiada garam
Siapa yang sudi menjamah makanan?
Begitulah nasib kami warga keselamatan
Ketika ada tidak dihargai
Sesudah mati
Baru diingati
Kepada semua warga DBP
Coretan ini bukan untuk menyakiti
Hanya melepaskan rasa hati
Yang telah terbuku sejak dulu lagi
Dari zaman Dato Hassan hingga Dato Termuzi
Dan Pengerusi BKDBP bersilih ganti.
Puisi di atas hasil nukilan seorang rakan dari bahagian keselamatan DBP iaitu en. Cdek. En. Cdek sangat kecewa kerana tiada seorang pun wakil dari BKDBP datang melawat rakannya yang mengalami kemalangan. En. Cdek pun meluahkan rasa kekecewaan dengan menulis sebuah puisi di facebook. Sebagai mantan bahagian keselamatan, penulis turut terharu apabila membaca puisi tersebut.....