Bulan lepas, penulis ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan. Ketika itu tekanan darah penulis melambung naik. Mungkin stress, terlalu banyak kerja atau terlebih makan nasi arab kot. Selesai menerima rawatan, doktor mengesyorkan penulis mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Ampang. Pada mulanya penulis berasa pelik, kenapa rawatan susulan, dirawat oleh pembantu perubatan di klinik Kesihatan Ampang. Bukan kah lebih baik meneruskan rawatan di Hospital Ampang?
Pintu masuk Klinik Kesihatan Ampang. |
Semalam, penulis ke Klinik Kesihatan Ampang. Klinik kerajaan ini terletak di tengah-tengah pekan Ampang, di negeri Selangor. Pada mulanya tersesat juga mencari klinik ini kerana ia agak tersorok daripada pandangan. Klinik ini dikelilingan oleh rumah pamgsa, teres dan rumah kedai. Klinik ini kira-kira 2 kilometer dari rumah penulis.
Kuanter pendaftaran. |
Klinik yang sekelilingnya kawasan perumahan Orang Melayu, Cina dan India.Klinik ini dikunjungi oleh ramai pesakit. Penulis dapat lihat keharmonian antara kaum. Dilihat seorang warga emas keturunan Cina berbual dengan seorang ibu muda Melayu, mungkin mereka bercerita mengenai keluarga masing-masing. Ada juga warga asing yang berkunjung ke klinik ini seperti pendatang Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
Kuanter temu janji dan mengambil tekanan darah. |
Penulis dapati, kebanyakkan klinik kesihatan kerajaan sekarang semakin maju. Klinik Kesihatan Ampang umpamanya, berupa seperti klinik swasta. Klinik kesihatan pula kini bukan lagi di tempat yang sempit tetapi seperti hospital kecil yang berhawa dingin dengan suasana yang selesa. Cuma di Klinik Kesihatan Ampang, parkir kenderaannya agak terhad. Pesakit digalakkan menaiki motosikal atau kenderaan awam ke klinik ini.
Kuanter farmasi. |
Walaupun penulis menerima rawatan hampir sejam jam. Menunggu mengambil ubat di farmasi juga sejam. Tiada apa yang hendak penulis rungutkan kerana memahami bilangan pesakit yang ramai. Penulis tidak berasa bosan sepanjang tempoh masa menunggu. Pesakit disediakan ruangan menunggu yang selesa, bersih, kipas dan pendingin udara. Nombor giliran dipanggil dengan menggunakan sistem elektronik. Layanan oleh warga klinik ini juga baik. Difahamkan ada 20 bilik iaitu 15 bilik rawatan pesakit luar, 3 bilik untuk rawatan ibu mengandung dan kanak-kanak, 1 bilik farmasi, 1 bilik rawatan kecemasan, 1 bilik suntikan & pengambilan darah dan klinik pergigian. Penulis tidak pasti ada berapa orang pegawai perubatan dan pembantu perubatan di klinik ini. Yang pasti pegawai perubatan di klinik ini agak ramai.
Bilangan pesakit yang agak ramai. |
Pada mulanya penulis agak keberatan ke Klinik Kesihatan Ampang ini. Maklumlah sebelum ini penulis menerima rawatan daripada klinik panel yang disediakan oleh majikan. Lagipun ramai rakan-rakan penulis berasa fobia apabila berurusan dengan klinik-klinik kerajaan suatu ketika dahulu. Mereka masih mengambarkan suasana klinik yang tidak selesa dan terpaksa menunggu terlalu untuk menerima rawatan. Kadang-kala, kakitangan yang merawat pesakit itu bukannya pegawai perubatan tetapi pembantunya sahaja. Paling menakutkan mereka ialah layanan kakitangan klinik kerajaan kebanyakkannya adalah kasar.
Tandas klinik yang ketiadaan air. |
Semasa menunggu mengambil ubat di farmasi, penulis pergi ke tandas klinik untuk membuang air. Hajat penulis terbantut kerana tandasnya berbau, kotor dan menjijikan. Rupa-rupanya tandas tidak dicuci dengan sempurna kerana di kawasan Ampang dan sekitarnya mengalami gangguan air. Penulis membatalkan hajat tersebut dan kembali ke tempat duduk. Bagaimanapun, ‘penulis tidak boleh tahan’ dan terpaksa kembali semula ke tandas untuk melepaskan hajat. Penulis percaya keadaan ini akan bersih seperti biasa sekiranya bekalan air kembali pulih.
Banguanan Klinik Kesihatan Ampang. |
Peristiwa di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ampang. Penulis tidak pasti kemudahan dan layanan di klinik-klinik kesihatan yang lain. Penulis berharap, di klinik-klinik lain mendapat kemudahan yang sama seperti di Kelinik Kesihatan Ampang, terutama klinik kesihatan di luar bandar.
1 ulasan:
bole buat medical check up x kat klinik ni ??
Catat Ulasan