Isnin, 31 Mac 2014

Pasar Malam Bandar Baru Ampang

Jika penulis pulang lewat dari pejabat, pada setiap hari Selasa atau Khamis, penulis akan singgah ke Pasar Malam di Bandar Baru Ampang.
Nasi Padang pun ada...
Barangan kering.
Pasar malam di Bandar Baru Ampang ini adalah di antara pasar malam yang terpanjang di sekitar Ampang. Kebanyakan peniaga terutama yang berniaga makanan adalah peniaga yang sudah lama berniaga di pasar malam ini. Pada setiap menu makanan yang ada di pasar malam tersebut, memang terbaik yang mempunyai citarasa yang klasik.
Pengunjung semakin ramai.
Ikan... tiga pinggan RM10.00.
Sudah namanya pasar malam. jadi, pelbagai barangan yang dijual di situ. Dari pakaian, perhiasan rumah, barangan dapur, barangan kering, barangan basah, dan sehinggalah ke variasi makanan dari segenap rantau Malaysia.
DVD movie terbaru pun ada. 
Sesak dengan pengunjung.
Jika sudah menjadi rakyat Malaysia, tidak sah jika kita tidak singgah ke pasar malam. Pada masa ini pasar malam sudah ada di mena-mana. Tambahan lagi di sekitar Lembah Kelang ini, di setiap taman perumahan pasti ada satu hari untuk pasar malam dalam seminggu.
Kepak ayam maduu yang masih panas!
Ayam segar tetapi di pasar malam agak mahal dari pasaraya.
Antara menu-menu yang membuatkan penulis sanggup datang ke pasar malam di Bandar Baru Ampang ini ialah keaslian masakan dari negeri Kelantan. Jika datang sini memang penulis tidak lepaskan peluang hendak membeli nasi kerabu atau nasi dagang.
Macam-macam warna ada.
Daging segar.
Biasanya kita dapat lihat pecal dijual pada bulan puasa sahaja. Tetapi di pasar malam ini, pecal dijual oleh pasangan suami isteri berbangsa jawa yang berasal dari Banting. Mungkin pecal ini kurang terkenal, tetapi bagi penulis lenguh juga tangan kakak yang membuat pecal ini kerana permintaan daripada pelanggan cukup menggalakkan.
Nasi Kerabu dan Nasi Dagang menjadi tumpuan ramai.
Sayur-sayuran segar.
Jika diperhatikan di setiap gerai, anda akan terjumpa dengan keropok lekor home made. Pelbagai variasi bentuk dan warna keropok lekor ada. Rasa ikan nya memang asli. Jika kita pernah berkunjung ke negeri-negeri pantai timur, pasti kita pernah makan keropok ini sebab ianya sangat terkenal di kalangan masyarakat Terengganu.
Mat Bangla pun mengambil kesepatan berniaga di pasar malam.
Buah-buahan segar.
Bagi penulis, Pasar Malam di Bandar Baru Ampang ini ada kemeriahan tersendiri. Jika tidak, takkanlah penulis sanggup meredah kesesakkan jalan raya semata-mata hendak ke Pasar Malam Bandar Baru Ampang ini.

Jumaat, 28 Mac 2014

Sesekali Pekena Mihun Sup

Apabila tekak penulis sudah jemu dengan nasi, penulis pun meminta isteri memasakkan Mihun Sup. Mihun Sup dari dahulu sehingga sekarang adalah myfeveret’ dan sehingga bila-bila pun ia tetap menjadi myfeveretfood! Penulis sendiri pun tidak tahu, kenapa penulis sangat gemarkan Mihun Sup.
Ramuan Mihun Sup.
Jika ada tetamu yang bertandang ke rumah, selalunya isteri akan menjamu mereka dengan Mihun Sup. Entah kenapa isteri begitu gemar menghidangkan Mihun Sup. Mungkin, penyediaannya yang mudah dan ringkas kot. Selalunya, apabila isteri akan menghidangkan makanan, tetamu akan berkata “Buat susah-susah sahaja!”. Dengan spontan, isteri menjawab ” Eh tidak lah, saya masak yang senang-senang sahaja” .... hehehe...
Mihun Sup siap untuk dihidangkan.
Minta maaflah kerana gambar yang dirakamkan tidak berapa cantik. Penulis tidak sempat hendak make up kan model tersebut dengan cantik kerana sudah tidak sabar hendak makan Mihun Sup yang sedang berasap... hehehe. Penulis hanya sempat rakamkan gambar ini dengan pinggan yang kami hendak makan!. Disebabkan itu lah ianya kelihatan sangat selekeh. Tetapi tidak mengapalah, … janji ada gambar!
Mihun Sup siap untuk dimakan panas-panas...
Jika anda hendak makan Mihun Sup, jangan lupa disertakan dengan sambal cili kicap sekali. Bagi penulis, jika makan Mihun Sup, tetapi tiada sambal kicap cili, baik tidak payah makan!. Sambal kicap ini suatu yang sangat penting! apabila makan baru berpeluh-peluh!.... pergh... berasap... hehehe...
Mesti letak sambal cili kicap supaya lebih power!...
Resepi Bihun Sup
  • 1 bungkus Mihun 
  • 100-200 g taugeh ( celur ) 
  • Daun sup 
  • Daun Bawang 
  • Bawang goreng 
  • Fish cake/ fish ball 
Cara membuatnya 
  1. Rendam bihun hingga lembut. 
  2. Celur bihun dalam air panas. 
  3. Sementara tu siapkan sup dan sambal kicap. 
Untuk Sup Ayam 
  • 1 ekor ayam ( potong 4 dan di bersihkan) 
  • 5 -6 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1-2 inci halia (ikut saiz) 
  • 1 sudu besar lada putih 
  • 1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 2 kulit kayu manis 
  • 4 biji pelaga 
  • 1 sudu besar rempah sup (serbuk) 
  • 1 sudu makan rempah kurma (jika suka sup lebih berempah) 
  • garam 
  • sedikit perasa/kiub ayam 
Cara penyediaan 
  1. Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih. 
  2. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya. 
  3. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk dan ayam. Masak hingga ayam empuk. 
  4. Sesuaikan rasanya. Tutup api. 
  5. Keluarkan ayam. Siat kecil-kecil isinya kemudian hidangkan dengan bihun celur tadi. 
  6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam sup, reneh dengan api perlahan. 
Untuk Sambal kicap 
  • 10-20 biji cili api 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 2 sudu makan gula 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 4 sudu besar kicap manis 
Cara penyediaan 
  1. Tumbuk lumat cili padi, bawang putih, garam gan gula. 
  2. Masukkan kicap manis dan kacau sebati hingga gula dan garam benar-benar larut. 
  3. Hidang kan bersama bihun celur, kuah sup dan bahan-bahan lain.

Khamis, 27 Mac 2014

Kurang Ajarkah Pembangkang?

Pergi mana-mana page umno anda copy paste ayat di bawah ini, kompem dapat like paling banyak. 

Saya tidak suka pembangkang bukan kerana namanya pembangkang tetapi saya tidak suka pembangkang kerana pembangkang di malaysia mengajar rakyat untuk biadap dengan pemerintah. Jika tidak puas hati, kita punya saluran yang betul bukan dengan cara mengajar rakyat untuk membenci dengan pemimpin sendiri.

Anak-anak muda sekarang mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang dengan mengatakan kerajaan zalim itu sahaja. Apabila kerajaan zalim wajib ditentang dan dijatuhkan kata pembangkanglah. 
Ramai anak muda menyertai Pembangkang sekarang. Foto ehsan dari en. Google...
Kezaliman yang pemerintah tidak boleh didiamkan tetapi Islam punya cara untuk menyelesaikanya. Prinsip ahli sunnah waljamaah adalah mentaati pemerintah Islam yang sah. Jika pemerintah melakukan kejahatan bencilah kejahatan yang dia buat tetapi kita jangan sesekali cabut tangan kita untuk keluar menentang pemerintah.

Sekarang saya sangat sedih di mana ramai anak-anak muda sekarang ini biadab dengan pemerintah. Ada puak kata pemerintah yang tidak mengamalkan akan suruhan Allah perlu ke dihormati? Jawapannya sangat mudah, pemimpin ibarat bapa kita. Jika bapa kita tidak solat adakah kita sebagai anak wajib membenci bapa? 

Tidakkan?. Nasihatkan bapa kita supaya berubah. Jika tidak jalan juga, Islam punya cara yang paling mujarab iaitu berdoa. Doakan untuk ayah bukan maki, hamun abapa kita. Begitu juga dengan pemimpin. Jika pemimpin yang membuat kesilapan, doakan beliau. Kerana mendoakan kebaikan untuk pemimpin dituntut dalam Islam.

Sedangkan ulama ahli sunnah waljamaah iaitu imam Ahmad bin Hanbal mendoakan kebaikan untuk pemimpin. Tidak pernah ianya memberontak ke atas khalifah. Spoill lah. Sedih yang biadap anak muda pula tu jika anak muda pun sudah diajar untuk biadap dengan pemerintah apa lagi yang tinggal? Saya cakap ini bukan hendak salahkan pembangkang semata-mata tetapi dalam kerajaan pun sama. Biar meraka dengan cara mereka. Kita jangan ikut cara pembangkang okey?!...

Isnin, 24 Mac 2014

Secret Recipe...

Anda pernah makan Mee Kari di restoran Secret Recipe? Berhampiran dengan kediaman penulis ada sebuah. Menunya boleh tahan sedap tetapi harganya agak mahal sedikit. Sebenarnya, penulis sudah lama tidak makan di situ. Penulis rasa seperti tidak berbaloi kerana jika hendak makan, mestilah memuaskan nafsu makan kita betul-betul. Disebabkan itu, penulis lebih gemar ke Medan Selera. Di sana, jika kita tunggang terbalik hendak memilih makanan, suka hati kitalah lah!..
Antara ramuan mee kari.
Kenapa penulis berbicara mengenai Secret Recipe? Terpulanglah kepada anda hendak pergi ke tidak ke restoran itu. Ini semua adalah pilihan masing-masing. Yang penulis hendak ceritakan ini memang betul-betul secret recipe. Secret Recipe Mee Kari dari resipi arwah ibu mentuaku. Mee Kari ini memang sedap dan tidak pernah disiarkan di mana-mana buku atau di laman blog kerana ianya resipi rahsia keluarga ibu mertuaku. Kini, resipi tersebut telah diperturunkan kepada isteri penulis yang selalu memasakkan Mee Kari untuk kami sekeluarga. Itulah secret recipe yang dimaksudkan... hehehe.
Kuah penentu kelazatan resepi mee kari.
Mee kari ini adalah salah satu menu masakkan di dalam majlis hari jadi penulis tempohari. Turut dihidangkan pada majlis tersebut ialah Mee Goreng dan juga kueh karipap. Pada hari itu juga, isteri sempat memasakkan kami sekeluarga Nasi Arab Segera!... pergh!. Cakap pun tiada guna... speechless.. memang sedap tau!!
Mee Kari.
Ok, sudah jauh penulis melalut ni. Penulis ingin mempersembahkan kepada anda semua Secret Recipe dari arwah ibu mentuaku dan kini dimasak dengan air tangan isteri penulis…Mee Kari..
Mee Kari siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan untuk menumis:
  • 10 biji bawang merah (dipotong nipis) 
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil) 
  • Santan kelapa 
  • Rempah kari (2 bungkus dibancuh dgn air suam) 
  • Tauhu goreng 
  • 1 jug air 
  • Asam keping 
  • Garam 
  • Ajinomoto 
Bahan-bahan utk hiasan:
  • Mee kuning 
  • Kerang 2 kilo (direbus) 
  • Fishcat (dipotong nipis dan digoreng) 
  • Limau kasturi 
  • Daun sup 
  • Bawang goreng 
  • Lada besar(di potong kecil) 
  • Taugeh (dicelur) 
  • Sawi (dicelur)
Cara-caranya:

Tumis bawang merah sehingga kekuningan kemudian masukkan ayam dan biarkan sedikit masak dan masukkan rempah kari dan gaul bagi sebati. Kemudian apabila ayam sudah empuk dan masak masukkan pula pati santan dan biarkan seketika dan apabila bahan-bahan tersebut dah menggelegak masukkan air dan asam keping. Jika nampak macam pekat, tambahkan air lagi tapi jangan terlalu cair. Apabila kuah sudah hampir masak, masukkan tauhu goreng dan biarkan tauhu masak seketika dan boleh lah ditutup apinya. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mee. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau kasturi. 

Sedia dinikmati.

Rabu, 19 Mac 2014

Mari Pekena Pecal

Di mana-mana pasar malam dan pasar tani terdapat peniaga yang menjual makanan tradisional seperti lempeng pisang, cakoi, nasi dagang, nasi kerabu, pulut kuning, ketupat dan lemang. Bagi Pengemar makanan tradisional seperti penulis sudah tentu tidak sukar mencari makanan kegemaran masing-masing.
Abang yang berniaga pecal di pasar tani.
Tukang masak mahir pun belum tentu dapat mengembalikan kenangan silam tentang keenakan makanan tradisional yang dihasilkan oleh orang kampung walaupun kelihatan nya amat mudah dan ringkas sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah jualan makanan tradisional seperti pecal di pasar malam dan pasar tani masih dicari oleh orang ramai.
Ramuan pecal di pasar Tani Taman Datuk Razali, Ampang.
Pecal yang dibeli di Pasar Tani.
Foto-foto yang dipaparkan dirakamkan di Pasar Tani, Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dan di Pasar Malam Bandar Baru Ampang. Peniaga pecal berkenaan sudah lama berniaga pecal dan makanan tradisional yang lain. Lagipun hanya mereka sahaja yang menjual pecal di pasar tani dan pasar malam ini. Memang sukar mencari peniaga yang menjual pecal di pasar malam dan pasar tani ketika ini kecualilah di Bazar Ramadhan pada bulan puasa.
Ramuan pecal di Pasar Malam Bandar Baru Ampang. 
Pecal diproses secara live.
Hidangan pecal ialah gabungan pucuk paku, kangkung, pucuk ubi, tauge, kacang panjang, tahu serta kuah kacang yang ditumbuk halus. Namun, ada sesetengah peniaga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menambah jantung pisang, kacang bendi, sengkuang, tempe dan sebagainya. Maka, harga pecal yang ditambah ‘aksesori’ ini akan menjadi lebih mahal.
Kakak ni sedang membuat pecal secara live.
Kakak ni tanya.... hendak pedas ke tidak?
Di Pasar Malam Bandar Baru Ampang, pecal yang dijual hanya mengandungi ramuan bahan asas sahaja, di samping diberi pilihan untuk meletakan beberapa banyak sambal cili untuk menambahkan kepedasannya. Namun, pecal asli jawa di Pasar Tani di Taman Datuk Ahmad Razali, memang berbeza dan unik. Mereka lebih banyak meletakkan pelbagai jenis ulam-ulaman dan kuah kacangnya tidak pedas tetapi rasanya tetap sedap sekali.
Pecal kampung kepunyaan orang Jawa yang boleh di beli pasar pagi Sungai Besar.
Pecal kampung seperti ada keistimewaannya tersendiri. Penulis masih merinduinya. Penulis selalu menikmatinya di zaman kanak-kanak.
Biasanya makanan tradisional seperti pecal ini dijual oleh golongan dewasa seperti pakcik dan makcik dan dibeli pula oleh golongan remaja. Golongan remaja ini tidak mengemari makanan tradisional seperti pecal ini. Mungkin mereka orang bandar yang tidak begitu mengenali makanan tradisional ini. Nampaknya, promosi perlu dilakukan agar makanan tradisional ini tidak akan menjadi sejarah suatu hari nanti.

Isnin, 17 Mac 2014

Kini Penggemar Nasi Kerabu...

Enty kali ini penulis ingin menulis berkenaan makanan tradisional yang berasal dari pantai timur. Makanan tradisional tersebut ialah “Nasi Kerabu”. Penulis yakin ramai diantara kita yang mengemari masakan tradisional dari pantai timur ini.
Kakak ni berniaga nasi kerabu sekitar pasar malam Ampang.
Khasiatnya yang lengkap dan dikatakan seimbang. Makanan ini terdiri daripada pelbagai jenis ulam-ulaman, ayam percik, ikan goreng, daging bakar, telur masin, lada hijau, jeruk bawang putih, solok ladanya dan tanpa ketinggalan budu ...hehe..
Nasi kerabunya menjadi tumpuan ramai.
Petang tadi penulis bersama isteri dan anak tidak ketinggalan menikmati makanan ini yang sememangnya sedap. Penulis membelinya di pasar malam yang berhampiran dengan kediaman penulis di Taman Tasek, Ampang. Bagi penulis, makanan yang paling best sekali sudah tentulah masakan isteri  dan makanan yang kedua yang paling best ialah tidak lain tidak bukan sudah semestinya nasi kerabu..
Antara lauk pauknya yang menyelerakan.
Ketika sedang menikmati nasi kerabu, timbul persoalan di benak penulis. Yang manakah lebih sedap, nasi kerabu yang dibuat di negeri Kelantan atau yang dibuat di negeri lain seperti di negeri Perak, Selangor, Kedah dan sebagainya. Tetapi, jika tukang masak nasi kerabu itu berasal dari negeri Kelantan, sudah tentulah rasanya sama bukan? tidak kiralah dimana pun dia berada! ..hihi...
Nasi Kerabu bungkus.
Bagi penulis, daripada segi rasa tiada banyak bezanya, kerana kita pun boleh masak dengan mengikut resipi di buku atau dari laman sesawang di internet. Tetapi, kelebihan bagi orang pantai timur mungkin mereka ada petua rahsia yang mungkin orang luar tidak mengatahui. Mesti ada tips tertentu daripada orang tua mereka yang terdahulu. Seperti contoh, bagaimana cara hendak memanggang ayam atau sebagainya. Kaedah memasak bagi setiap orang mungkin berbeza tetapi daripada segi rasa adalah hampir sama sahaja.
Ada juga nasi kerabu berwarna kuning.
Jika di Lembah Kelang, yang paling jelas adalah dari segi harganya. Di negeri Kelantan, kita boleh mendapat harga yang jauh lebih murah dan di negeri Kelantan juga sudah menjadi kebiasaan jika nasi kerabu disajikan sebagai sarapan pagi berserta nasi lemak dan sebagainya tetapi rata-rata di luar dari pantai timur, kita hanya akan terjumpa makanan ini di pasar tani dan pasar malam sahaja..
Nasi kerabu di cafe DBP.
Dahulu penulis sangat tidak sukakan nasi kerabu kerana terlalu banyak sayur!. Tetapi sekarang penulis diantara penggemar nasi kerabu yang paling setia. Akhir kata, cubalah nasi kerabu.. Ia sangat enak dimakan dimana sahaja..Wasalam!!...

Rabu, 12 Mac 2014

Masak Mee Rebus Segera...

Kelmarin isteri penulis memasak mee rebus untuk makan malam. Kali ini isteri penulis masak mee rebus, tidak menggunakan resepi ramuan sendiri. Isteri menggunakan Pes Mee Rebus Muar segera keluaran Adami yang dibeli oleh penulis di Pasaraya Mydin. Pes mee rebus Muar segera ini memudahkan kerja-kerja suri rumah terutama apabila masa mereka yang agak terhad. Pada pendapat penulis, pes-pes segera seperti ini, walapun ianya nampak mudah, tetapi kenalah kreatif untuk menokok tambah bagi menambahkan lagi “rasa” pada hasilnya.
Pek Perencah Mee Rebus Muar Adami.
Seperti resipi mee rebus Muar ini, isteri penulis mengunakan daging lembu yang telah direbus empuk. Untuk menghasilkan kuah yang lebih sedap serta lazat lagi pekat, isteri penulis menambahkan beberapa biji keledek yang telah direbus. Jika tiada keledek, anda boleh menggunakan beberapa biji kentang. Pada mulanya pes mee rebus segera ini rasanya seolah-olah sama dengan pes mee bandung, tetapi jika diolah sedikit, rasanya lebih sedap dan lazat.
Ada ditulis cara memasak di belakang Pek Perencah Mee Rebus Muar Adami.
Antara bahan sampingan lain yang diperlukan ialah tauhu goreng, hirisan cili hijau, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, taugeh yang dicelur sekejap, telur rebus, belahan limau kasturi dan yang ini agak unik, keropok udang kering. Jika hendak makan kita perlu mematah-matahkan keropok udang ini terlebih dahulu dan dihidangkan bersama mee rebus tadi. Ada juga yang merenjiskan sedikit cuka makan sebelum mee rebus ini dihidangkan kepada keluarga anda.
Antara bahan sampingan Mee Rebus Muar.
BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 paket pes mi rebus keluaran Adami 
  • 200 gram daging yang di hiris nipis 
  • 1 inci halia, dititik 
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus 
  • 3 biji bawang merah, hiris halus 
  • 300 gram keledek, kupas, rebus empuk dan lecek halus 
  • Garam dan gula 
  •  500 gram mi kuning, celur dan toskan 
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
  • Telur rebus 
  • Hirisan daun bawang 
  • Hirisan daun sup, dihiris 
  • Belahan limau kasturi 
  • Tauhu, goreng dan hiris 
  • Taugeh, celur dan toskan 
  • Bawang goreng segera 
  • Cili hijau, hiris
BAHAN KEROPOK UDANG
  • 1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji telur 
  • 3/4 cawan air 
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • garam

Mee Rebus Muar siap untuk dihidangkan.
CARA MEMBUATNYA:

UNTUK KUAH MI REBUS: Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum. Masukkan hirisan daging, masak sekejap dan masukkan air. Apabila air mendidih, masukkan pes mee rebus tadi, kacau hingga rata dan masak sekejap. Tambahkan keledek dan masak sehingga airnya kelihatan agak pekat. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Biarkan airnya mendidih sambil di kacau selalu. Akhir sekali cuba anda rasa dan jika sudah masak boleh dimatikan api. 

UNTUK KEROPOK UDANG: Kisar udang kering, bawang putih dengan 3/4 cawan air hingga halus. Masukkan tepung beras, telur dan sedikit garam, kisar sehingga sebati. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian simbah-simbah sedikit bahagian tepi kuali, kemudian senduk adunan keropok tadi dan lenser kan tepi kuali anda, buat dua bahagian. Curahkan dengan minyak panas hingga tertanggal, goreng keropok udang tadi hingga kelihatan kuning keemasan pada kedua-dua bahagian. Angkat dan toskan. Guna api yang sederhana untuk mengelakkan keropok udang menjadi hangus. 

UNTUK MI REBUS MUAR : Masukkan mee kuning secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah secukupnya. Tabur taugeh, hirisan daun bawang/daun sup, telur rebus, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng, belahan limau kasturi dan akhir sekali keropok udang tadi. Hidangkan segera....

Selasa, 11 Mac 2014

Pekena Burger Bakar Abang Burn...

Semenjak kebelakangan ini, penulis asyik terbayangkan keenakkan burger bakar. Penulis pun men google dan membaca testimoni daripada laman sesawang atau dari blog-blog makanan di internet. Maka, dengan bersungguh-sungguh penulis pergi terjah ke gerai burger bakar di Dagang Avenue Food Court, Ampang...
Dagang Avenue Food Court.
Setelah memandu selama lebih kurang setengah jam, penulis pun sampai ke lokasi yang hendak dituju. Lokasi pilihan penulis untuk minum petang kali ini ialah Burger Bakar Abang Burn di Food Court Dagang Avenue. Gerai Burger Abang Burn terletak di hujung sekali.
Gerai Buger Bakar Abang Burn.
Walaupun hanya sebuah gerai, tetapi kebersihan gerainya tetap jaga. Kesemua pekerjanya menggunakan sarung tangan dan menutup kepala. Jarang sekali kita terjumpa sebuah gerai yang menjual makanan yang mementingkan kebersihan seperti gerai Abang Burn ini.
Pelanggan sedang memilih menu Burger Bakar Abang Burn.
Agak banyak menu pilihan burger bakar yang disediakan. Sehingga agak sukar penulis hendak memiilih yang mana satu menu yang paling sedap. Penulis dapati semua menu nya sedap. Apabila ditanya, mereka kata, ramai pelanggan memilih menu ABANG BURN SUPREMO. Menu ini mempunyai onion ring dan juga cendawan goreng di dalamnya. Anda juga boleh memilih daging bakar ayam, daging atau kambing.
Burger Bakar.
Jika anda hendak tahu, Burger Bakar Abang Burn ini baharu sahaja dibuka di Food Court Dagang Avenue ini. Gerai pertama mereka dibuka kira-kira dua tahun yang lalu. Sehingga kini Gerai Burger Bakar Abang Burn ini mempunyai 13 CAWANGAN! di seluruh Malaysia.
Para pelanggan sedang menikmati Burger Abang Burn.
Cuba anda bayangkan, Burger Abang Burn baharu sahaja di buka kira-kira dua tahun, kini sudah ada 13 cawangan diseluruh negara. Ini mesti atas permintaan orang ramai yang terlalu tinggi. Menurut cerita dari Abang Burn, ada pelanggan yang meminta dihantar secara pos laju Burger Bakar ini hingga ke negeri Sabah!. Rahsia burger bakar Abang Burn ini adalah semakin lama disimpan semakin sedap rasanya. Tetapi tidak bolehlah lama sangat, nanti basi pula hehehe...
Burger Abang Burn.
Keistimewaan Burger Bakar Abang Burn ini ialah dagingnya yang tidak kering seperti daging bakar dari gerai burger yang lain. Sos dan resipi dagingnya begitu istimewa kerana dicipta oleh Abang Burn sendiri. Servis nya yang pantas dan pekerjanya yang berdisiplin serta mengutamakan kebersihan!
Resit Burger Bakar Abang Burn.
Antara 13 cawangan Burger Bakar Abang Burn di seluruh negara adalah seperti di Ampang, Kajang-Bangi, Nilai, Johor Bahru, Kota Damansara, Sunway-Subang Jaya, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Alor Star, Klang, Melaka & Cheras Perdana.
Food Court di Taman Dagang Ampang.
Akhirnya tercapai juga impian tekak penulis yang sudah lama mengidamkan Burger Bakar Abang Burn ini. Selain Gerai Burger Abang Burn, Dagang Avenue Food Court ini mempunyai gerai-gerai lain yang menyediakan menu masakkan lain yang tidak kurang sedapnya seperti, sate, nasi lemak, masakan ala westen, seafood, ala Thailand, nasi goreng, mee goreng dan lain-lain lagi...