Jumaat, 28 Mac 2014

Sesekali Pekena Mihun Sup

Apabila tekak penulis sudah jemu dengan nasi, penulis pun meminta isteri memasakkan Mihun Sup. Mihun Sup dari dahulu sehingga sekarang adalah myfeveret’ dan sehingga bila-bila pun ia tetap menjadi myfeveretfood! Penulis sendiri pun tidak tahu, kenapa penulis sangat gemarkan Mihun Sup.
Ramuan Mihun Sup.
Jika ada tetamu yang bertandang ke rumah, selalunya isteri akan menjamu mereka dengan Mihun Sup. Entah kenapa isteri begitu gemar menghidangkan Mihun Sup. Mungkin, penyediaannya yang mudah dan ringkas kot. Selalunya, apabila isteri akan menghidangkan makanan, tetamu akan berkata “Buat susah-susah sahaja!”. Dengan spontan, isteri menjawab ” Eh tidak lah, saya masak yang senang-senang sahaja” .... hehehe...
Mihun Sup siap untuk dihidangkan.
Minta maaflah kerana gambar yang dirakamkan tidak berapa cantik. Penulis tidak sempat hendak make up kan model tersebut dengan cantik kerana sudah tidak sabar hendak makan Mihun Sup yang sedang berasap... hehehe. Penulis hanya sempat rakamkan gambar ini dengan pinggan yang kami hendak makan!. Disebabkan itu lah ianya kelihatan sangat selekeh. Tetapi tidak mengapalah, … janji ada gambar!
Mihun Sup siap untuk dimakan panas-panas...
Jika anda hendak makan Mihun Sup, jangan lupa disertakan dengan sambal cili kicap sekali. Bagi penulis, jika makan Mihun Sup, tetapi tiada sambal kicap cili, baik tidak payah makan!. Sambal kicap ini suatu yang sangat penting! apabila makan baru berpeluh-peluh!.... pergh... berasap... hehehe...
Mesti letak sambal cili kicap supaya lebih power!...
Resepi Bihun Sup
  • 1 bungkus Mihun 
  • 100-200 g taugeh ( celur ) 
  • Daun sup 
  • Daun Bawang 
  • Bawang goreng 
  • Fish cake/ fish ball 
Cara membuatnya 
  1. Rendam bihun hingga lembut. 
  2. Celur bihun dalam air panas. 
  3. Sementara tu siapkan sup dan sambal kicap. 
Untuk Sup Ayam 
  • 1 ekor ayam ( potong 4 dan di bersihkan) 
  • 5 -6 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1-2 inci halia (ikut saiz) 
  • 1 sudu besar lada putih 
  • 1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 2 kulit kayu manis 
  • 4 biji pelaga 
  • 1 sudu besar rempah sup (serbuk) 
  • 1 sudu makan rempah kurma (jika suka sup lebih berempah) 
  • garam 
  • sedikit perasa/kiub ayam 
Cara penyediaan 
  1. Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih. 
  2. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya. 
  3. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk dan ayam. Masak hingga ayam empuk. 
  4. Sesuaikan rasanya. Tutup api. 
  5. Keluarkan ayam. Siat kecil-kecil isinya kemudian hidangkan dengan bihun celur tadi. 
  6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam sup, reneh dengan api perlahan. 
Untuk Sambal kicap 
  • 10-20 biji cili api 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 2 sudu makan gula 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 4 sudu besar kicap manis 
Cara penyediaan 
  1. Tumbuk lumat cili padi, bawang putih, garam gan gula. 
  2. Masukkan kicap manis dan kacau sebati hingga gula dan garam benar-benar larut. 
  3. Hidang kan bersama bihun celur, kuah sup dan bahan-bahan lain.

Tiada ulasan: