Rabu, 27 Ogos 2008

Menyaksikan Sendiri Wajah Firaun Ramsis 2


Bandaraya Cairo, Egypt

Program lawatan ke Egypt ini dianjurkan oleh Puan Raja Bee AJK Badan Keluarga DBP. Program ini berlangsung pada bulan Mei 2005 yang lalu merangkumi pakej selama lima hari enam malam dengan mengunakan perkhidmatan agensi pelancungan Wira Saujana yang diketuai oleh Puan Khatijah. Kami bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan mengunakan pesawat Qatar Airways pada jam 11.00 malam. Setelah enam jam perjalanan, kami transit sehari di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada jam 7.00 pagi. Dengan membayar USD 100 kepada agensi pelancungan di sana, kami sempat melawat di sekitar bandar Doha, Qatar. Bandar Doha ketika itu dihias dengan cantik kerana dalam persediaan menjadi tuan rumah Sukan Asia. Setelah seharian melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar ini, kami pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha untuk meneruskan perjalanan ke Egypt pula. Setelah satu jam di dalam pesawat, akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo.


Penulis dan rakan-rakan bergambar kenangan di hadapan hotel di Cairo.

Setibanya di Lapangan Terbang Antrabangsa Cairo, peristiwa yang paling mendebarkan apabila aku dan beberapa rakan yang lain ditahan selama lebih kurang satu jam oleh pihak imigresen Egypt dan passport antarabangsa kami diambil untuk diperiksa secara rambang melalui komputer. Setelah diperiksa, akhirnya mereka berpuas jati dan passpot kami dikembalikan dan dibenarkan memasuki negara Egypt. Setelah segala urusan selesai di airport, kami di bawa oleh agensi pelancungan di sana untuk check-in hotel di kota Cairo.Di hotel, yang paling membosankan apabila pekerja hotel sering meminta tip setiap kali kami memerlukan perkhidmatan mereka. Bayangkanlah, walaupun hanya meminta tolong mengambil gambarpun mereka meminta tip. Oleh kerana kami sampai di Cairo sudah hampis senja, kami makan malam di hotel sahaja. Di sini air tidak semewah di Malaysia, kami hanya di sediakan segelas air meneral setiap seorang. Kalau nak makan roti, bermacam-macam roti disediakan. Selepas makan malam, kami hanya merayau pasar malam di sekitar hotel sahaja.

Inilah teket jika ingin menyaksikan mamia Firaun Ramsis 2

Pada keesokkan harinya kami bangun awal, pagi-pagi lagi kami sudah melawat di bawa Masjid Amru  bin Al-As iaitu masjid tertua di Egypt, Bazar Khan Khalili, Kubu Panglima Salahudin Al-Ayubi, Masjid Imam Syafie dan tempat-tempat bersejarah Islam yang lain. Bazar Khan Kahalili boleh diibaratkan sebuah tempat membeli belah dengan harga yang agak murah. Para peniaga di sini memang sudah mengenali kami berasal dari Malaysia. Kawasan ini memang terkenal di kalangan pelajar Malaysia di sini sememangnya menawarkan harga berpatutan untuk barangan seperti baju kenangan Egypt, cenderahati dan lain-lain lagi.


Penulis berada di hadapan Bazar Khan Khalili

Setelah puas bershoping, kami melawat Muzium Firaun pula. Ini merupakan kali pertama aku melawat Muzium Firaun. Sebelum ini hanya mendengar teman-teman lain bersembang mengenainya. Bangunan berwarna merah yang terletak di tengah kesibukan Medan Tahrir, merupakan kawasan yang paling sibuk di Cairo mengandungi seribu satu khazanah tamadun lama. Ribuan pelancung keluar dan masuk ke dalam bangunan ini menandakan ia adalah antara tempat tumpuan daripada seluruh dunia. Oleh itu aku dapat menyaksikan sendiri wajah Firaun Ramsis 2 yang dikisahkan sebagai firaun yang menentang Nabi Musa dan mendakwa dirinya sebagai tuhan.


Penulis berada di dalam Masjid Amru bin Al-As, Masjid tertua di Egypt.

Di dalam muzium ini terdapat sebuah bilik yang menempatkan pelbagai mayat Raja Firaun terdahulu dalam mumia. Salah seorang daripada mereka ialah Ramsis 2 yang mati lemas ditelan Laut Mati semasa mengejar Nabi Musa. Hampir terdapat 10 mumia dalam bilik tersebut dan kesemuanya sama antara satu sama lain. Rangka yang telah rosak dan warna sudah bertukar kehitam-hitaman kecuali Ramsis 2 yang masih kelihatan seolah-olah tidak terkesan dengan perubahan cuaca dan masa. Mukanya masih jelas menunjukkan wajah seorang yang telah memusuhi Allah dan para nabiNya.


Penulis baru keluar dari Muzium Firaun, Cairo.

Marilah kita semua mengambil iktibar yang amat berharga ini supaya kita terselamat daripada ancaman azab Allah swt. Keluar dari Muzium, haripun sudah senja dan kamipun pulang ke hotel penginapan. Selepas makan malam aku diajak oleh kak Farida dan kak Zainah supaya menemaninya ke Hard Rock Cafe yang terletak di lobi sebuah hotel terkemuka. Apabila sampai, aku dapati kawasan Hard Rock Cafe ini dikawal dengan rapi dan ramai tentera yang bersenjata membuat rondaan sehingga teksi yang kami naiki di scan dan diperiksa dengan rapi. Mereka berbuat demikian mungkin, kerana takut dengan ancaman bom kerana di situ ramai pengunjungnya dari negara barat.

Bersambung...

1 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Bro.,
lu nihhh berjalan ke kerjaaa.
Ke kerja lu jalan2?

Waaaaaaaaaaaaaaa...!
Jeles gua.