Semalam, di Kuala Terengganu telah diadakan penamaan calon. Ini bermakna rakyat Kuala Terengganu akan keluar mengundi lagi pada 17 Januari nanti. Bila sebut tentang pilihan raya, teringat aku semasa pilihan raya umum yang lalu. Aku bersama jurufoto dan wartawan Dewan Masyarakat ke Kuala Terengganu untuk menemui calon Pas , Tuan Guru Haji Hadi Awang dan calon Bebas iaitu Makcik Maimon.
Setibanya kami di Kuala Terengganu, kami terus menunaikan sembahyang Zohor di Masjid Rusilla yang kebetulan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri. Selesaikan menunaikan solat, kami terus ke kampung Kedai Buluh untuk mewawancara Tuan Guru Haji Hadi Awang yang kebetulan membuat lawatan ke Kampung tersebut.
Ikuti wawancara ringkas wartawan Dewan Masyarakat , Adnan Jamil, dengan Datok Seri Haji Hadi Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru, 5 Mac 2008, tiga hari sebelum PRU ke 12 berlangsung.
Untuk pengatahuan pembaca, wawancara ini pernah tersiar di Majalah Dewan Masyarakat Edisi Khas.
Apakah komen Datuk Seri tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?
Menjelang pilihan raya ini, pihak SPR menyatakan bahawa penggunaan dakwat tidak diwajibkan. Hal ini membuktikan SPR tidak telus. Ada orang yang sudah meninggal dunia, tetapi nama si mati masih tidak dikeluarkan daripada senarai. Ada pula pengundi yang berumur lebih dari 100 tahun.
Apakah pandangan Datuk Seri terhadap keupayaan Pas untuk mendapatkan kembali kerusi Terengganu dan mempertahankan Kelantan?
Berdasarkan sokongan sekarang, PAS sudah menang.
Apakah strategi Pas untuk menarik golongan terpelajar yang kritikal terhadap kerajaan supaya menyokong perjuangan PAS?
Mereka ini golongan yang boleh berfikir . Mereka tahu apa-apa yang dilakukan oleh kerajaan dan apa-apa yang dilakukan oleh PAS.
BN banyak mencalonkan calon muda yang profesional. Bagaimana pula dengan PAS?
Kalau hendak dibandingkan antara BN dengan PAS, lebih 50 peratus calon PAS terdiri daripada calon muda dan merekapun daripada golongan profesional.
Apakah komen Datuk Seri tentang peluang calon wanita PAS untuk memenangi kerusi yang ditandingi?
Pas sudah menang satu kerusi tanpa bertanding. Calon-calon lain juga mempunyai peluang yang cerah berdasarkan sokongan sekaran.
Peminpin BN membidas kenyataan Datuk Seri tentang fatwa membenarkan calon PAS mengumpat, membuat tuduhan, serta mendedahkan keburukkan calon lawan. Komen Datuk Seri?
Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak faham antara fatwa dengan hukum. Yang saya sebutkan itu ialah hukum, bukan fatwa.
Manifesto PAS untuk mewujudkan negara berkebajikan dipertikaikan. Selangor umpamanya, telah lama mengamalkan negeri kebajikan. Komen Datuk Seri?
Jadi, bagaimana ada peminpin BN yang mengatakan kami tidak boleh mewujudkan negara berkebajikan, sedangkan peminpin lain pula mengaku bahawa mereka sudah mengamalkannya? Hal ini menunjukkan bahawa antara peminpin BN sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan