Kehidupan sebagai pesara amat membosankan kerana banyak masa yang terluang. Namun begitu, untuk menulis entry di blog ini begitu malas sekali. Mungkin suasana yang tidak selesa. Berbeza semasa berkerja di pejabat dahulu. Ketika itu menulis dalam suasana selesa, idea pun mencurah-curah datang.
P&H Medical terletak di atas restoran Hafiz.
Selain menonton wayang, setiap hari penulis akan ke Avanue Ampang untuk menjalani rawatan terapi di P&H Medical. Yang seronoknya (meminjam kata-kata pengurus P&H), rawatan terapi selama 40 minit ini adalah percuma sehinggalah pengguna sihat. Jika sudah sihat, pihak P&H Medical tidak memaksa pengguna membeli kerusi terapi ini yang dikatakan berharga lebih dari RM10 ribu. Jika berkemampuan, pengguna boleh membeli apabila pihak P&H Medical sedang membuat promosi dengan potongan harga yang istimewa.
Yang seronoknya, sementara menanti nombor giliran, para peserta berpeluang mendengar ceramah kesihatan dari pengurus dan kakitangan P&H Medical sendiri. Menurut mereka, ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui pengambilan makanan secara sihat dan semulajadi, bagaimana menangani tekanan (stress) secara positif bagi menjaga keseimbangan antara mental, spiritual, emosi dan fizikal insan.
Kerusi Elektronik Dengan Sistem Ergonomik Pintar
‘Miracle+Chair’ buatan Korea ini merupakan sejenis kerusi elektronik dengan sistem kombinasi 4+1 terapi yang telah direka bukan hanya untuk menyembuh tetapi sebuah kerusi yang mempunyai teknologi dan komponen bermutu tinggi.
Kerusi terapi ini juga dikatakan memberi kita kesihatan seperti orang bersukan dalam masa yang sama memberi nikmat rehat yang secukupnya.
Menurut penceramah P&H Medical, sistem saraf merupakan kunci utama dengan potensi luar biasa tubuh untuk merawat penyakit seperti:
- Darah Tinggi
- Kencing Manis
- Strok
- Gout
- Lemah Tenaga Batin Lelaki
- Hilang Kawalan Kencing Wanita
- Senggugut
- Haid Tidak Teratur
- Asma
- Tidak Dapat Tidur Malam
- Tekanan Perasaan
Menurut penceramah itu lagi, Terapi Akupuntur telahpun diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Akupuntur bukan sahaja mampu menyembuhkan penyakit, malah ia juga mampu memulihkan pergerakan tenaga ‘Chi’ lalu menstabilkan sistem otak dan sistem jaringan tubuh.
Kata mereka lagi, kerusi ‘Miracle+’ ini akan membantu kita memulihkan strutur tulang belakang, sistem saraf utama dan kelancaran pembuluh darah melalui rawatan-rawatan dan kesan-kesan daripada berikut dan seperti yang dinyatakan diatas dengan kaedah:
- TERAPI BATU JADE (kisamunsiok)
- TERAPI URUTAN PANAS (dengan air infrared semula jadi)
- ACUPRESSURE + AKUPUNTUR (mengikut bentuk ‘s’ tulang belakang)
- KIROPRAKTIKt
Sesiapa yang ingin mencuba rawatan terapi ini,bolehlah berkunjung ke alamat: P&H Medical Sdn. Bhd. 1-1, Avenue 1, Avenue Ampang, 68000 Ampang, Selangor.
Waktu beroperasi: Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.20 petang dan hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 1.20 petang. Tutup pada hari Ahad dan hari cuti umum.