Rabu, 19 Oktober 2011

Wadai Kipeng

Haaa.. ini cara-cara maulah wadai kipeng, warisan urang banjar. Nyaman. Arohan kita.


Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)
  • 500 gm tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu teh air kapur cair
  • 2 -3 cawan air suam- ikut jenis tepung
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 cawan air gula melaka/ gula merah (k.an masak 1 keping gula melaka dengan 2 cawan air)-tapis
  • 1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
  • 3-4 sudu besar gula putih- ikut citarasa
  • 2 cawan santan sederhana pekat

Cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung pulut, tepung beras dan garam ke dalam mangkuk. masukkan air kapur dan bancuh tepung bersama air suam sehingga menjadi doh lembut.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya doh tidak terlalu lembut atau keras. Sediakan talam besar yang ditabur dengan sedikit tepung gandum atau pulut.
  3. Cubit doh dengan hujung jari sebesar duit 5 sen dan bulatkan. tekan bebola dengan dua jari menjadi sedikit leper seperti dalam gambar. Letakkan ke dalam talam. Buat hingga habis.
  4. Didihkan air gula melaka bersama daun pandan di dalam periuk. Masukkan kepingan kuih yang telah siap ke dalam periuk. Perlahankan api. Kacau sentiasa hingga kuih timbul (menandakan telah masak) Masukkan santan.
  5. Tambahkan gula putih dan garam secukupnya. Didihkan dan tutup api. Wadai kipeng sedap dimakan 3 jam selepas dimasak ketika kuahnya telah meresap ke dalam kuih.
Sumber: Internet

Tiada ulasan: