Khamis, 5 Disember 2013

Nasi Lemak Kg Melayu Ampang

Pada akhir tahun 80an dahulu, hampir setiap hari penulis menaiki bas dari rumah ke tempat kerja di Muzium Negara. Maka setiap harilah penulis berada di perhentian bas di hadapan Kompleks Kotaraya. Sementara menanti bas tiba, penulis membeli nasi lemak yang gerainya terletak di bawah tangga jambatan Kompleks Kotaraya.
Gerai Nasi Lemak Kampung Melayu Ampang.
Pakcik ini berniaga nasi lemak di bawah tangga yang berhampiran dengan Kompleks Kotaraya. Orang ramai terutama yang sedang menunggu bas (bas Sri Jaya dan bas Mini) adalah pelanggan utama yang membeli nasi lemak di gerai pakcik ini. Gerai pakcik ini menjadi tumpuan orang ramai kerana nasi lemaknya yang banyak dan lauk pauknya yang sedap dengan harga yang agak murah ketika itu.
Gerai ini dibuka setiap hari. Dari pagi hingga ke malam.
Tetapi, apabila berlakunya perubahan kemajuan di bandaraya Kuala Lumpur pada sekitar tahun 90an, gerai pakcik ini pun menghilang begitu sahaja. Semenjak itu penulis hanya membeli dan makan nasi lemak di kantin Muzium Negara sahaja. Beberapa bulan selepas itu, penulis tidak lagi menaiki bas kerana sudah memiliki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.
Ramai pelanggan disebelah pagi.
Rupa-rupanya, gerai ini masih berniaga sehingga kini. Gerai ini terletak di persimpangan lampu isyarat di Kampung Melayu Ampang iaitu berhadapan dengan bangunan Wisma Saudagar, Public Bank dan LRT Ampang. Secara kebetulan pula, hampir setiap hari penulis akan melalui jalan ini untuk ke tempat kerja.
Antara lauk pauk nasi lemak yang menyelerakan. Lauk seperti ini hanya disebelah pagi sahaja.
Gerai nasi lemak 70an International ini dibuka setiap hari dari pagi hingga ke malam. Penulis juga ada sekali sekala membeli nasi lemak di gerai ini. Terutama pada hari cuti iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi, baharu sahaja penulis mendapat tahu bahawa Gerai Nasi Lemak 70an International ini adalah warisan pakcik yang berniaga nasi lemak di bawah tangga jambatan Kompleks Kotaraya suatu ketika dahulu.
Sebelah petang, gerai ini hanya menyediakan lauk ayam goreng dan sambal sotong sahaja.
Nasi lemak di gerai ini sangat istimewa terutama aroma ayam goreng berempahnya boleh membangkitkan selera penulis. Jika disebelah pagi, lauk pauknya memang ada pelbagai variasi seperti Kari Ayam, Rendang Ayam, Sambal Sotong, Rendang Kerang, ikan bilis Goreng, Sambal ikan bilis, Telor Goreng Mata Kerbau, Telor Rebus dan Hirisan Sayuran Mentimun. Walaupun tidak banyak pilihan tetapi lauk pauknya amat menyelerakan
Nasi lemak Sambal Sotong berharga rm4.50.
Tetapi disebelah petang hingga ke malam, gerai ini tiada extra lauk lain, So specialties nya hanyalah Ayam Goreng dan Sambal Sotong sahaja. Ayam Gorengnya memang sangat menggoda, garing dan besar. Rempah pada ayam tersebut tidak terlalu banyak dan sesuai untuk dimakan bersama nasi lemak. Tapi ingin diingatkan disini bahawa citarasa penulis mungkin berbeza dengan anda semua. Kerana, ada yang mengatakan ayam gorengnya biasa-biasa sahaja.
Nasi Lemak Ayam Rendang rm5.00.
Kepada pelanggan yang gemar makan nasi lemak dengan bersambalkan pedas, minta maaflah. Sambal disini dibuat memang tidak pedas. Mungkin perkataan “international” itu yang membuatkan mereka maintain sambalnya tidak pedas. Mungkin ada permintaan dari pelanggan-pelanggan mereka. Pelanggan mereka adalah 1 Malaysia dan ada juga dari kalangan pelanggan mereka adalah pelancung asing. Maklumlah pelancung asing terutamanya dari negara barat memang tidak suka dengan masakan pedas. 
Nasi Lemak Kerang Rendang rm3.50.
Walaupunbagaimapu, penulis tetap puji gerai nasi lemak ini kerana quality control nya sangat superb. Walaupun sudah lama berniaga, dari turun temurun dari ibu bapa sehingalah ke anak cucunya tetapi rasa nasi dan lauk-pauknya masih tetap sama seperti di bawah tangga di jambatan Kompleks Kotaraya dahulu.

Rabu, 4 Disember 2013

Nasi Lemak Layan Diri Pandan Indah

Kadang kala penulis pergi kerja melalui Lebuh Raya Pandan Indah. Apabila sampai sahaja di bangunan bank CIMB, penulis akan singgah ke satu gerai di tepi jalan untuk membeli nasi lemak. Sebut sahaja gerai nasi lemak di hadapan bangunan bank CIMB, pastinya penduduk 1 Malaysia di sekitar Pandan Indah sudah mengatahui kewujudan gerai nasi lemak popular ini.
Gerai nasi lemak di tepi jalan Pandan Indah.
Nasi lemak di gerai ini memang diakui sedap, panas dan segar. Walaupun lauk-pauknya tidak banyak pilihan tetapi sungguh menyelerakan. Apa yang istimewanya tentang nasi lemak di gerai ini adalah sambalnya. Terutama Sambal Sotong dan Sambal Kerangnya. Sambalnya tidak terlalu pedas. Ada rasa manis yang secukup rasa dan sambalnya tidak terlalu pekat. Tetapi yang uniknya mengenai gerai ini ialah pelanggannya kena layan diri 100% .
Gerai nasi lemak terletak di hadapan bank CIMB.
Tuan punya gerai hanya berkerja seorang diri sahaja. Tiada pembantu. Dialah tauke dan dialah kuli. Jadi, para pelangganlah yang membantunya. Kerja kakak tuan punya gerai ini hanya mengira kiraan harga, mengambil duit dan memulangkan baki duit kepada pelanggannya sahaja. Jika ada pelanggan yang meminta atau memerlukan perkidmatannya, alamat berjanggutlah pelanggan tersebut menunggu. Servis nya agak lambatlah!
Tuan punya gerai sedang melayan tetamu.
Sebenarnya kakak tuan punya gerai nasi lemak ini tidak memaksa pelanggan buat sendiri atau layan diri. Tetapi kebanyakkan pelanggan seperti sudah tidak sabar menunggu. Maka, pelanggan dengan rela hati mengambil kertas pembungkus dan mencedok nasi sendiri. Setelah selesai memilih lauk pauk, pelanggan kena tunjuk pula kepada tuan punya gerai untuk kiraan harganya pula. Kakak tuan punya gerai hanya membungkus dan memasukkan ke dalam beg plastik sahaja.
Antara lauk pauk nasi lemak yang menyelerakan.
Ada baik dan buruknya untuk sistem yang digunakan ini. Baik untuk tuan punya gerai ialah boleh berjimat cermat. Kakak tuan punya gerai tidak perlu mencari pekerja untuk membayar gaji. Manakala baik untuk pelanggan pula ialah mereka dapat personalise apa yang hendak dimakan. Kebanyakkan regular customer di gerai ini kelihatan sangat gembira kerana dapat mencedok nasi dan mengambil lauk pauk sesuka hati seperti di dapur rumah mereka sendiri!
Nampaknya pelanggan kena layan diri sendiri.
Manakala yang buruknya pula, dalam situasi kelam kabut sebegini, mungkin ada pelanggan yang mengambil kesempatan untuk makan free! (Mengelat bayarlah tu!) Dan bagi yang pelanggan baharu, suasana sebegini agak merimaskan! Terutama pada pekerja yang bertaraf executive yang sedang memakai pakaian blazer atau koporat dan terpaksa pula menceduk nasi lemak dan memilih lauk sendiri... hehehe...
Nasi lemaknya memang panas, segar dan sedap.
Anyway, gerai nasi lemak ini sudah well established berbanding semasa kakak ini baharu membuka gerainya dahulu. Penulis masih ingat, apabila nasi lemak sudah kehabisan, kakak ini akan mengangkut bakul nasi lemak yang baharu dengan menggunakan basikal tuanya sahaja. Tetapi itu dahulu, kini penulis ternampak ada sebuah kereta Wira Eeroback baharu berwarna hitam di sebelah gerainya. Katanya, dia membeli kereta tersebut dari hasil jualan nasi lemak ini sahaja... perghhhh

Selasa, 3 Disember 2013

Meriahnya Karnival Jom Heboh?

Entry kali ini penulis hendak berkongsi pengalaman tentang aktiviti dihujung minggu kelmarin, agak kepenatan juga kerana telah meredah lautan manusia dan kepanasan mentari.
Shopping sakan nampak?
Gerai HotLink.
Rasanya sudah beberapa kali karnival ini sudah diadakan tetapi inilah kali pertama penulis menjejakkan kaki ke Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil. Walaupun penulis gemar berjalan, karnival Jom Heboh bukanlah dalam senarai tempat yang ingin dikunjungi. Kunjungan penulis ke sana pun secara kebetulan sahaja kerana dalam perjalanan pulang dari berbengkel buku teks di hotel Seri Petaling. Hotel ini berdekatan dengan tapak Karnival Jom Heboh ini.
Kepenatan selepas membeli belah.
Meriah dengan hasil belian masing-masing.
Semasa penulis berada di pintu masuk karnival, penulis dapati sudah ramai pengunjung yang datang berpusu-pusu sejak dari awal pagi lagi. Sehingga parkir di stadium yang amat luaspun sudah hampir dipenuhi dengan kenderaan pengunjung. Jenuh juga penulis hendak menapak dari parkir ke tapak Karnival ini. Agak meletihan kerana agak jauh juga jaraknya. Tetapi tidak mengapalah, boleh juga mengeluarkan peluh dan membakar lemak yang sudah banyak terkumpul di dalam badan penulis ini.
Berehat di bawah panas terik sinar mentari.
Pengunjung semakin ramai walaupun cuaca semakin panas.
Semasa penulis berada di tengah-tengah tapak karnival, betapa ramainya manusia sedang berkumpul terutama di tempat adanya siaran langsung program Melodi. Begitu juga di tempat siaran langsung Buletin Tengahari TV3. Pengunjung tidak berganjak apabila hendak melihat salebriti TV3 malah semakin ramai dan bersesak-sesak walaupun di bawah cuaca yang panas gila.
Lelongan jam tangan dua pasang RM15.
Makanan seperti ini agak mahal di Jom Heboh.
Terdapat pelbagai jenis promosi oleh beberapa jenama terkemuka seperti Lady’s Choice, ayam A1, Mamee, Brands, Mister Potato, Silver Bird, Mummy Poko, Hotlink dan beberapa lagi. Bukan itu sahaja, peniaga kecil juga tidak melepaskan peluang memasarkan produk mereka.
Gerai anak patung yang besar-besar juga jadi tumpuan.
Lautan manusia di Karnival Jom Heboh.
Di Karnival ini, anda boleh membeli belah barangan dengan harga yang agak murah. Contohnya, seperti Sabun Boom yang berharga RM15 sekotak jika berada dipasaran. Tetapi jika anda membeli sabun tersebut di sini, berserta dengan beg promosi yang comel dengan harga hanya RM10 sahaja. Begitu juga dengan produk makanan-makanan yang lain.
Shopping-shopping juga kebersihan perlu dijaga.
Gerai beg yang berwarna warni.
Bayangkan, penulis boleh dapatkan air kotak yang berjenama dalam 3 beg dengan harga RM10 sahaja. Begitu juga dengan produk makanan yang lain, jangan cakaplah, memang murah gila. Tetapi penulis kena juga berwaspada. Jika satu beg sudah berharga RM10, cuba anda bayangkan jika penulis membeli berbeg-beg, memang akan menghancurkan bajet penulis haha..
Gerai kasut dan selipar yang beranika corak dan warna.
Gerai handpone Samsung menjadi tumpuan ramai.
Pada mulanya penulis hanya merancang untuk jalan-jalan sambil mengambil gambar dan mencuci mata melihat awek-awek seksi di karnival ini sahaja. Tetapi, terpaksa membeli juga beberapa beg yang berisi beberapa botol/kotak minuman  dan makanan segera akibat tergoda dengan pujuk rayu dari jurujual yang comel-comel lagi seksi itu... hehehe....
Meriah dengan hasil shopping.
Penuh sesak dengan pengunjung.
Pada kaum ibu yang suka bershopping memang sangat teruja apabila melihat pelbagai corak dan fesyen pakaian terkini seperti baju-bajunya yang cantik-cantik dengan harga yang tip top. Pelbagai design, fesyen dan pilihan ada. Memang boleh rambang mata dibuatnya. Tetapi, penulis sendiripun tidak dapat menghabiskan melawat kesemua gerai kerana sudah penat dan ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas terik.
Beratur hendak makan maggi percuma.
Sungguh nikmat apabila menikmati aiskrim didalam cuaca panas terik.
Yang ada anak-anak kecil sudah tentu seronok apabila singgah di sini. Ada banyak makanan, permainan dan pakaian untuk kanak-kanak terjual di sini. Lagipun penulis sangat respect dengan ketabahan keluarga yang membawa dan menjaga anak-anak kecil ini. Jika anda orang yang tidak tabah, jenuhlah menjaga dan mengejar anak-anak mereka yang berlari ke sana ke mari. Jika terlalai kemungkinan besar budak-budak ini boleh hilang ditengah-tengah lautan manusia yang sangat ramai. Maybe, anda boleh menjadi haru biru jadinya.
Gerai seperti produk dari Nestle memanga menjadi tumpuan orang ramai kerana dapat minuman percuma..
Lepas melawat gerai ni.... penulis pun balik.
Semasa penulis hendak on the way hendak pulang, sempat juga penulis snap gambar pengunjung yang semakin ramai datang walaupun cuaca agak panas pada masa itu. Penulis hanya satu jam sahaja berada di karnival ini. Lagipun penulis terpaksa balik awal kerana takut RM akan mencurah lagi hehehe. Ramai sangat promoter yang sedang mengoda pelanggan tu. Penulis kena mengelak dari mereka untuk selamatkan duit dalam poket dulu.... hehehe...

Isnin, 2 Disember 2013

Bengkel B. Teks PMS 100%

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks untuk PMS 100% pertama di Seri Petaling Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan melalui kamera handphone sahaja.
Hotel Seri Petaling.
Bilik Bengkel.
Bengkelpun bermula.
Suasana bengkel.
Minum pagi.
Hari-hari terakhir berbengkel.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan dan permurnian untuk bengkel pembetulan PMS 100% pula.

Pekena Ikan Bakar Jalan Bellamy

Minggu lalu, tertunailah hasrat di hati untuk singgah di Gerai Ikan Bakar di Jalan Bellamy, Istana Negara. Tempat ini sememangnya popular di kalangan wargakota kerana menyediakan hidangan Ikan Bakar yang menyelerakan ketika makan tengahari dari hari Isnin sehingga Sabtu.
Jalan Bellamy.
Warung ikan bakar Jalan Bellamy.
Pasti ramai yang sudah tahu Gerai Ikan Bakar di Jalan Bellamy ini. Selalunya di waktu puncak, gerai ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan ikan bakar dan lauk-pauk yang lain. Untuk mengelakkan kesesakan, anda dinasihatkan datang sebelum atau selepas waktu puncak iaitu waktu makan tengahari.
Sotong dan ikan bakar.
Sabar menanti ikan masak di bakar.
Rasanya ada lima buah gerai ikan bakar di Medan Selera ini. Tetapi, gerai di nombor 3 menjadi pilihan penulis kerana paling ramai perlanggan di dalamnya. Ditambah pula dengan rekomen/cadangan dari rakan-rakan sepejabat, gerai di no. 3 ini adalah di antara gerai yang paling sedap menyediakan hidangan ikan bakarnya.
Pelanggan kena layan diri untuk memilih ikan bakar.
Pelanggan memang ramai diwaktu puncak.
Oleh kerana penulis sampai sebelum waktu puncak, maka ikan, sotong, udang dan kerang sedang dibakar. Aromanya membangkitkan selera penulis. Pucuk dicita, ulam mendatang, rezeki jangan ditolak walaupun kena bayar sendiri...he..he.. Sotong Bakar, Ikan Bakar. Sotong bakar didalam lingkungan harga RM8-20 bergantung kepada saiznya. Ikan pula dari RM10-30 bergantung kepada size dan jenis ikan yang dipilih.
Gerai nombor lima.
Pekerja sedang membakar kerang.
Gerai-gerai di sini mengamalkan konsep layan diri, maka anda tidak perlu tunggu lama untuk dapat menikmati hidangan yang dipilih. Selain ikan bakar, terdapat juga lauk-pauk lain yang dihidangkan bersama nasi. Antara hidangan yang popular di sini ialah ikan pari bakar, ikan terubuk bakar, ikan keli bakar, ikan kembung bakar, sotong bakar, kerang bakar dan ayam kampung goreng. Setiap hidangan ikan bakar ini boleh dinikmati dengan kuah cicah kicap, air asam dan sambal.
Sotong rm12 seekor?
Semua tempat duduk penuh.
Setelah penulis mengambil pesanan, alhamdulillah, kebetulan ada satu tempat duduk. Menjelang waktu puncak memang penuh dikerumuni orang ramai yang berkunjung datang untuk makan tengahari. Jika diwaktu puncak, memang sukar mencari tempat duduk untuk makan di gerai ini. Kesemua mejanya telah penuhi dengan pelanggan. Anda hanya perlu bersabar, kerana tunggu pelanggan tersebut menghabiskan makanan mereka dan beredar dari meja tersebut.
Katanya gerai nombor tiga jadi pilihan ramai.
Ikan terubuk dan Pari bakar menjadi pilihan ramai.
Jika sesiapa yang ada urusan di DBP atau kawasan sekitarnya jangan lupa singgahlah ke gerai ikan bakar ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.