Khamis, 28 Ogos 2008

Melawat Pyramid di Giza


Penulis bergambar berlatar belakangkan tiga buah pyramid

Hari kedua kami meneruskan lawatan tempat-tempat kesan peninggalan pemerintahan Firaun. Ini termasuk Pyramid di Giza. Seperti yang di ketahui, pyramid merupakan satu-satunya tujuh binaan yang paling ajaib di dunia yang kekal tempat pertama hingga sekarang. Binaan yang sangat hebat ini merupakan salah satu kesan tinggalan Firaun.


Penulis begitu kagum dengan binaan pyramid ini

Dikatakan pyramid dibina sebagai lambang kebesaran pada zaman tersebut. selain itu, apabila seseorang raja meninggal dunia segala barang kebesaran milik peribadi akan dikumpulan di dalam bilik mayat tersebut yang terletak di tengah-tengah sesebuah pyramid . Di dataran pyramid yang terletak di Giza terdapat tiga 3 buah pyramid yang besar. Setiap pyramid telah dibina oleh Firaun yang berlainan mengikut zaman masing-masing. Tatkala berada di dalam pyramid, kita dapat melihat dan merasai bagaimana raja dahulu memperhambakan rakyat semata-mata untuk mencapai cita-cita peribadi berdasarkan teguhnya pyramid ini berdiri meskipun telah berusia hampir lima ribu tahun dahulu.


Betapa tingginya pyramid ini

Sudah pasti ribuan orang rakyat yang menjadi buruh kerahan telah dipergunakan oleh raja ketika itu dan banyak yang mati ketika berkerja akibat kelaparan. Kini binaan tersebut masih lagi wujud sebagai pengajaran kepada manusia lain agar tidak lalai dengan kesenangan dunia. 


Penulis bergambar berlatar belakangkan Pyramid Giza

Dahulunya semua Raja Firaun yang hidup bersikap bongkak dan zalim. Mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa peduli perasaan dan nasib rakyat. Bahkan rakyat telah dijadikan hamba abdi untuk merealisasikan impian kotor mereka. Tapi, di mana semua itu sekarang?. Di mana harta mereka yang melimpah ruah?. Di mana pengawal yang dahulunya menjaga keselamatan diri mereka?. Semuanya telah hilang dan lenyap. Yang kekal hanya Allah yang Maha Hidup. 

Selepas melawat pyramid, kami meneruskan perjalanan ke Alexander pula.

Bersambung...

2 ulasan:

Denanz ... berkata...

awekz egypt mana. takda gamba dgn awkkz egyp pun. ish ... rugiiii.

ZulDeanz berkata...

laaaa en. Nandz, minah arab pakai purdah laaa...