Isnin, 12 Januari 2009

Nenek Maimun


Malam tersebut kami tidur lena di hotel Seri Malaysia. Selepas berserapan pagi, kami bercadang-cadang ke rumah Maimun Yusuf. Oleh kerana kami tidak tahu lokasi, kami perlu bertanya beberapa orang penduduk di sekitar Kuala Terengganu. Namun begitu kami masih keliru dengan lokasi rumah Puan Maimon ini. Mujurlah ada seorang kakak memandu kami menggunakan motosikalnya terus ke halaman rumah Maimun di Kampung Pasir Panjang.

Ketika Sampai, Maimun sedang mandi. Sementara menunggu, jurugambar encik Rosli mengambil gambar di sekitar rumah Maimun manakala wartawan kami iaitu encik Adnan Abd. Jamil mewawancara beberapa orang jiran terdekat Maimun. Menurut jirannya, wanita yang bergelar nenek ini bukanlah orang ternama. Malah hidupnya sebagai penjual kain, penuh dengan kepayahan. Namun sejak penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu, nama Maimun begitu dikenali di seluruh negara.

Ikuti wawancara ringkas Wartawan Dewan Masyarakat, Adnan Abd. Jamil, dengan Maimun atau lebih dikenali “Tuk” pada 6 Mac 2008, dua hari sebelum PRU ke-12 berlangsung

Mengapa Tuk bertanding?
Tuk tengok sekarang banyak orang tua dan orang muda menghisap dadah. Orang melayu sekarang hanya memikirkan wang. Dahulu tidak begini, kita kena berjuang pada sunah Rasulullah. Tuk mesti berjuang. Orang lain tidak percaya, tidak apa-apalah.

Banyakkan orang yang menyokong perjuangan Tuk?
Ada orang yang lari apabila Tuk pergi ke rumah mereka untuk berkempen. Mereka tidak mahu langsung mendengar kempen Tuk.

Dalam hati Tuk sekarang, agak-agak Tuk boleh menang atau tidak?
Tuk tidak berani mahu mengatakan menang atau kalah, tetapi dengan pertolongan Tuhan, insya-Allah, Minta-minta biarlah jumlah undi menyebelahi Tuk.

Bagaimana dengan duit percalonan RM10 000?
Tidak usahlah tanya soalan itu.

Bagaimana kalau Tuk hilang wang pertaruhan?
Tidak boleh kata apa-apa sebab Tuk pun tidak tahu, tetapi tidak usah kira hal itu, Tuk rela dan ikhlas berjuang untuk bangsa. Tak bagi balik pun tak apa. Tuk berjuang untuk anak cucu akan datang.

Kawan-kawan tahu Tuk jadi calon?
Tahu. Banyak juga menolong Tuk. Mereka rela dan ikhlas mahu tolong.

Apakah matlamat perjuangan Tuk?
Perjuangan kita mesti ikhlas. Kita tidak boleh melibatkat orang asing. Tanah Melayu ialah hak orang Melayu. Inilah yang Tuk mahu perjuangkan.

Sejak bila Tuk minat politik dan kenapa?
Sejak muda-muda dulu lagu Tuk sudah minat politik. Tuk rasa semua perkara yang dibuat oleh kerajaan tidak betul. Kalau Tuk tidak buat sesuatu, Tuk rasa berdosa. Tuk perlu berjuang!

Apakah yang tidak betul?
Tuk rasa mereka tidak mengambil berat hal golongan muda. banyak anak muda terlibat dengan perkara negetif, banyak yang menghisap dadah.

Kalau Tuk menang, apakah perancangan Tuk?
Itu kuasa Tuhan. Tuk hendak terus berjuang supaya banyak perkara dapat diperbetulkan.

Perjuangan PAS tidak betulkah?
PAS guna lambang apa? Lambang mereka bulan atau matahari? Kalau Tuk cakap nanti, orang marah. Jadi lebih baik Tuk buat tidak tahu, Tuk lawan sahaja.

Jadi, mereka pun tidak betul?
Tidak tahulah. Fikirlah sendiri. Masing-masing makan nasi, boleh berfikir. Semua sudah besar-besar. Buat anak pandai!

Wawancara di atas, di petik dari Majalah Dewan Masyarakat Edisi khas PRU ke-12.

4 ulasan:

fazemy berkata...

Nenek ni dh kalah la..sian nenek.

Unknown berkata...

Reprint balik ya kisah ini?hoho

su berkata...

tp smgt nenek tuh yg patut dcontohi..menang atau kalah blkg kirakan....

Denanz ... berkata...

zul, ingat tak waktu aku mintak tuk mun bergambar dengan basikal. dia kata, "tak po la. tuk penak ni." huh ... eksen jugak dia ...