Khamis, 5 Februari 2009

Kemahiran yang dilupakan


Fius utama


Dulu aku pernah belajar teori dan amali Pepasangan dan Penyenggalaraan Elektrik selama dua tahun di SMV Klang. Setelah tamat belajar, aku pernah berkerja secara sambilan membaiki alatan elektrik di kampung-kampung berhampiran di sekitar Sungai Besar.

Tetapi setelah berhijrah ke ibu kota, aku terus meninggalkan kerjaya kerjaya tersebut. Di ibu kota, aku pernah berkerja sebagai pengawal keselamatan di sekitar Petaling Jaya dan menjadi pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka. Segala pengalaman ini pernah aku ceritakan di entry terdahulu.

Kini aku bertugas sebagai Pereka Grafik di sebuah syarikat penerbitan buku yang beribu pejabat di Hulu Kelang, Selangor. Aku sungguh seronok dan selesa dengan kerjaya ini kerana melukis dan membuat kerja-kerja grafik adalah hobi aku sejak dari kecil lagi (buat masa inilah. Masa akan datang tidak tahu lagi. Politik sentiasa berubah-ubah. Seperti politik di negeri Perak he...he). Kini, setiap hari aku mengadap komputer membuat kerja-kerja grafik untuk buku-buku dan majalah di pejabat.


Penulis dan rakan-rakan sekelas semasa belajar Pepasangan dan Penyenggalaraam Elektrik di SMV Klang

Hendak dijadikan cerita, malam kemarin, di rumah aku telah mengalami ganguan elektrik. Berlaku satu litar pintas. Fius utama mengalami kerosakan teruk. Semua alatan elektrik di rumah aku tidak boleh berfungsi. Semalaman juga kami bergelap.

Keesokan harinya, akupun dengan bangganya cuba membaiki dengan sebatang testpen. Hampir berjam-jam lamanya aku berpeluh, cuba membaikinya, namun tidak juga berjaya.

Aku terima kenyataan, kemahiran yang aku miliki dulu telah hilang begitu sahaja. Maklumlah hampir 20 tahun aku tidak melakukan kerja-kerja seperti ini.

Untuk menyelesaikan masalah, akupun menghubungi juruteknik TNB. Dengan hanya tidak sampai setengah jam sahaja juruteknik tersebut telah berjaya membaiki kerosakan tersebut.

Tidak pasal-pasal aku melayang rm500!.... huhuhuhhh

3 ulasan:

Unknown berkata...

Sedekah sahajalah...Haha.

mie3425 berkata...

Ilmu yang ada jangan dibiarkan sampai berkarat dan itulah sebabnya RM500 sudah melayang. Kalau belanja kami ada gak seronoknya. Hehehe

K-ReXz berkata...

kakakakakakak!!!...berpelohlah ko yer malam tu...apersal tak call aku..bole aku buat..tapi buat bodo jerlah..aku pun mana tau repair lektrik, repair file kat photoshop bleh lah.