Selasa, 14 April 2009

Anak Masuk Wad


Nur Atikah setelah beberapa hari menjalani pembedah di Hospital Ampang

Alhamdulillah, dalam satu proses pembedahan yang bemula dari Jam 2.00 petang hingga 6.00 petang, anak perempuan penulis iaitu Nur Atikah 12 tahun, kini berada di dalam keadaan stabil dan kini memerlukan rehat yang agak panjang untuk pulih sepenuhnya.

Pada malam Jumaat yang lalu, anak penulis mengadu sakit perut yang amat sangat. Jam 1.30 pagi penulis membawa beliau ke sebuah klinik yang dibuka 24 jam di Taman Putra, Ampang untuk mendapatkan rawatan. 

Setelah 15 minit menunggu, anak penulis telah dirawat oleh seorang doktor India. Setelah beliau menekan beberapa bahagian diperut, doktor tersebut memberitahu bahawa anak penulis hanya sakit perut akibat tersalah makan

Keesokkan harinya anak penulis masih lagi sakit malah bertambah teruk sehingga muntah-muntah. Melihat keadaan tersebut, isteri penulis cuba mengurut perut anakda dengan menggunakan minyak gamat. Kami agak terperanjat, apabila disentuh, anakda menjerit kesakitan.

Memandangkan keadaan anakda kami semakin serius, penulis membawanya ke klinik lagi sekali. Kali ini penulis membawanya ke Klinik Fauziah di Taman Watan, Ampang pula. Apabila menerima rawatan di klinik tersebut, doktor diklinik tersebut mengesahkan anakda mengidap penyakit Apendix dan terus merujuk ke Hospital Ampang. Tanpa berlenggah lagi, kami menghantarnya terus ke Hospital Ampang yang kebetulan sudah berhampiran dengan kediaman kami.

Hasil pemeriksaan pihak Hospital, anak penulis telah disahkan terkena appendix yang sudah dua hari telah pecah dan memerlukan pembedahan bagi memastikan penderitaan beliau dapat diatasi secepat mungkin. Walaupun pihak hospital mengambil masa agak lama sebelum melakukan pembedahan dan ini menimbulkan kebimbangan kepada kaum keluarga terutama ibunya, namun segalanya kini telah sempurna.

Walaupun anak penulis kini memerlukan rehat yang agak panjang, namun pembelajarannya tetap diteruskan seperti biasa. Beliau tetap meneruskan mengulang kaji pelajaran secara bersendirian sehingga keadaan Nur Atikah kembali sehat dan pulih untuk meneruskan seisi persekolahannya. Tambah-tambah lagi tahun ini anakda akan menghadapi peperiksaan UPSR.

Berkat doa keluarga, guru-guru sekolah, kakitangan hospital dan rakan-rakan sekolah beliau, semoga Allah memelihara kesejahteraan adik Nur Atikah hendaknya. Bagi pihak keluarga penulis, ucapan terima kasih atas kunjungan dan ziarah dari semua yang bersimpati.

4 ulasan:

su berkata...

Moga cepat2 sembuh!

kuatkan smgt yer!

~tice su~

Princess Buttercup berkata...

semoga anak penulis cepat sembuh..amin...

S.YanaZ berkata...

Ya, sama spt yg lain2...
Moga cepat sembuhhh...!

Rahimin Idris berkata...

moga cepat sihat!