Jumaat, 22 Mei 2009

Bermasyuarat dan Berehat....

Masa yang terhad tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kami bermasyuarat Kesatuan dan seterusnya bercuti.

Kami inginkan bermasyuarat dan berkelah dalam suasana selesa di kawasan air terjun yang dingin yang terletak jauh di tengah-tengah hutan belantara, jadi kami mengunjungi Air Terjun sungai Inki di Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.


Para peserta sedang bermasyuarat sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

Kawasan ini dimajukan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor, (MDHS) Air Terjun sungai Inki terkenal sebagai sebuah kawasan air terjun yang serba lengkap dan sering dikunjungi terutamanya pada setiap hujung minggu.

Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna yang bernilai tinggi, kami dapat merehatkan minda sambil menghirup udara segar setelah seharian bermasyuarat kesatuan di resort berhampiran. Kami juga dapat mendengar suara unggas dan bermandi manda di anak sungai jernih dan dingin.


En. Anuar dan en. Yusuf sedang meninjau kawasan tapak perkhemahan.

Percutian kami menjadi lebih menarik apabila berpeluang memancing ikan di anak Sungai Inki dan kolam yang disediakan bersebelahan kawasan resort tersebut.

Kawasan air terjun ini menyediakan ruang santai yang luas, beberapa wakaf, bilik persalinan selain tempat berbeku membakar daging atau ikan untuk santapan kami setelah penat bermandi-manda.


Sebahagian pemandangan indah anak Sungai Inki.

Penulis dapati tapak perkhemahan yang luas juga membuka ruang terbuka kepada lebih ramai kumpulan remaja, pelajar dan dewasa untuk berkhemah pada setiap masa.


Siganaga sedang merakamkan keindahan flora dan fauna di kawasan ini.

Kepada keluarga-keluarga yang sibuk membakar ikan air tawar yang dipancing di sini ataupun makanan laut yang dibawa dari rumah, jangan alpa untuk mengawasi anak-anak bermain air kerana air sungai di sini agak deras dan dalam.


En. Anuar dan Siganaga yang tidak sabar-sabar menikmati kesejukkan air Sungai Inki.

Bagi penulis yang sememangnya meminati fotografi alam semula jadi dan ingin berkongsi segala keindahan tersebut bersama rakan-rakan kesatuan, capai sahaja kamera dan rakamkan segala keindahan flora dan fauna di kawasan tersebut.


Penulis sedang menikmati kedinginan air Sungai Inki.

Di satu sudut pula, kami dapat berjalan di atas sebuah titi gantung sepanjang kira-kira 50 meter merentasi anak sungai jernih sambil menikmati dari dekat keindahan alam semula jadi di kawasan berkenaan.


Rakan-rakan Kesatuan yang begitu teruja untuk mandi anak sungai ini.


Rakan-rakan Kesatuan sedang memilih batang pancing yang disediakan oleh pengurusan resort.

Pada kami, soal keselamatan tidak perlu bimbang kerana titi gantung ini diselia dengan baik oleh MDHS.


En. Zulakmal sedang tekun memancing di anak Sungai Inki.


Siganaga dan rakan-rakan sedang siap sedia untuk berangkat pulang.

Bagi kami, Air Terjun sungai Inki ini memberikan kenangan terindah percutian dalam negara yang mendamaikan dan jauh dari kesibukkan kota.

3 ulasan:

A. H berkata...

wahhh..mcm menarik jer tempat tuh cik zul! besh tak mandi sungai tuh ek.

ZulDeanz berkata...

hehe... memang best Alang... bila kita naik Myvi gi sana...

A. H berkata...

insyallah! ader rezeki, panjang umur.. ahaha