Jumaat, 10 Julai 2009

Intan yang Tercanai

Semalam penulis ke Balai Tun Syed Nasir untuk menyaksikan Teater Perdana DBP yang bertajuk Intan yang Tercanai. Teater ini adalah hasil karya Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan dan diarahkan oleh Saudara A.Wahab Hamzah. Manakala pelakonnya pula dibarisi oleh Mardiana Alwi, Arwindran Kalaivanan, Greethanjali Gausillia, Rasdi Daud serta penampilan istemewa pelakon popular Norzizi Zulkifli, Juhara Ayub dan Fauziah Ahmad Daud.


Pas masuk.


Suasana pada jam 8.00 malam di ruang legar Tun Syed Nasir.


Penonton semakin ramai ketika teater hendak bermula.

Antara kata-kata Dato' Noordin Hassan,

" Menulis drama dan mementas teater berasaskan jiwa fitrah manusia yang menerima adanya Tuhan ialah sekadar suatu pendekatan yang boleh memberi dan menunjukkan salah cara bagaimana drama dan teater apabila dibantu oleh teknik  penulisan yang berpandukan sastera Islam, mampu menjadi alat untuk beribadat. Wallaualam."

Dato' Noodin Hassan, 2002



Penampilan istemewa Fauziah Ahmad Daud.


Pelakon utama, Mardiana Alwi.


Penampilan istemewa Fauziah Ahmad Daud.

Sinopsis "Intan yang Tercanai"

"Intan yang tercanai adalah karya terkini Sasterawan Negara Noordin Hassan. Drama ini mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis. Dia bersahabat dengan Danial Sundaram sejak di bangku sekolah  lagi dan terus akrab semasa di luar negara. Danial yang pernah belajar perbandingan dan psikologi agama di universiti sedang dalam pencarian sebenarnya. Keperibadian Ungku Anis yang luar biasa yang sanggup datang bersama-sama dengan kawan-kawanya pada hari Danial menanggung kavadi serta terlibat dalam kerja-kerja sosial, membantu orang miskin di kampung hingga ke Guatemala dan negara-negara Afrika telah menyentuh dan mengharukan hati Danial. Dalam usia muda Ungku Anis ke Mekkah, tetapi Ungku Anis telah hilang dalam peristiwa Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji. Kehilangannya telah mendorong Danial kemudiannya ke Mekkah untuk mencari sahabat yang sangat dikasihi itu. Danial bertemu seorang lelaki, Haji Fadzil yang mengatakan dia pernah membantu Ungku Anis semasa peristiwa Terowong Al-Mu'aysam. Haji Fadzil telah membawa Danial ke Gua Hira'  untuk menemui Ungku Anis."


Mardiana Alwi sebagai Ungku Intan Anis.


Rasdi Daud membawa watak sebagai Haji Fadzil.


Danial dan Shadha 

Drama ini mengupas isu kemanusiaan dengan halus dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan. Drama ini juga mengangkat nilai dan sifat kemanusiaan ketika musibah menguji mereka.


Penampilan istemewa, Norazizi Zulkifli.


Salah satu babak dalam teater "Intan yang Tercanai"


Mardiana Alwi sebagai Ungku Intan Anis.

Teater ini masih lagi dipentaskan di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sehingga 12hb Julai 2009 ini dengan teket berharga rm 20.00 seorang. Datanglah beramai-ramai untuk menonton kerana teater istemewa ini kerana ia membawa persoalan yang serius yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan.

Tiada ulasan: