Isnin, 13 Julai 2009

Apabila Kawan tidak Mengenali Kawan!

Semalam penulis berkesempatan menonton perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Malaysia melawan pasukan kebangsaan Zimbabwe di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur. Kuputusan perlawanan tersebut sungguh mengembirakan penulis tetapi yang amat mengecewakan ialah sikap seorang rakan kelab yang buat-buat tidak kenal kawan. 

Penulis telahpun menyapa seraya mengangkat tangan terhadap rakan tersebut. Tetapi malangnya beliau menoleh ke arah lain dan mengarahkan penyokong-penyokong Malaysia supaya masuk ke stadium mengunakan pintu sebelah. Mungkin beliau takut penulis meminta masuk secara percuma ke dalam stadium. Sebenarnya penulis tiada niatpun hendak masuk percuma kerana telahpun membeli teket yang berharga RM10. 


Kami pernah bersama-sama menyokong atlit Malaysia di Sukan Sea Manila, Filipina pada tahun 2005.

Pada pandangan penulis, mustahil beliau tidak mengenali penulis kerana kami pernah bersama- sama menyokong atlit Malaysia di Sukan Sea Manila dan sering pula terbabit dengan aktiviti Kelab Famemas. Janganlah kerana isu yang agak remeh ini sehingga sanggup hendak membuang kawan kot.... Sungguh menyedihkan.


Teket perlawanan persahabatan bolasepat antara Malaysia dan Zimbabwe malam tadi.

Penulis cukup terkilan, baru sahaja diberi kuasa oleh FAM menjaga pintu utama stadium sudah bersikap sombong dan sudah tidak mengenali rakan-rakan. Penulis sudah dapat bayangkan jika beliau memegang jawatan tertinggi di FAM, tentunya bertambah sombong lagi. Jika beginilah sikapnya, saranan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib supaya mengamalkan konsep “ Satu Malaysia ” tidak akan berjaya jika masih ada segolongan rakyat Malaysia yang bersikap sedemikian. 

Namun kekecewaan penulis sedikit terubat apabila pasukan bolasepak Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-0. Tahniah! pasukan bolasepak Malaysia.

Tiada ulasan: