Khamis, 7 Januari 2010

Sehari di Bangkok

Oleh kerana teket penerbangan Air Asia dari Vientiane ke Kuala Lumpur telah habis ditempah, kami terpaksa melalui Bangkok untuk pulang ke tanah air. Kami ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Udon Thani yang terletak di sempadan Thailand - Laos. Kami ke Bangkok mengunakan pesawat yang bersaiz sederhana, Nok Air. Kami berlepas pada jam 2.00 petang dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Don Muang, Bangkok, pada jam 3.00 petang. Di Lapangan terbang Don Muang, kami dijemput oleh seorang rakan kepada En. Nordin dan membawa kami terus ke hotel penginapan.

Terima kasih rakan kepada en. Nordin kerana belanja kami makan sea food.

Makan capati di restoran India di tengah-tengah bandaraya Bangkok.

Menurut En. Nordin, bandaraya Bangkok ini adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand. Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Namun, masalah kekurangan infrastruktur dan gejala sosial yang meningkat menghambat kemajuannya sebagai sebuah pusat ekonomi terpenting di Asia Tenggara. Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di dunia.:

Penulis merakamkan kenangan berlatar belakangkan rel keretapi yang tertulis Bangkok.

Penulis ditengah-tengah bandaraya Bangkok.

Pengalaman berada di negara orang pastinya menggamit seribu kenangan pahit manis yang sukar dilupakan. Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kesempatan berada di Bangkok Thailand membuatkan penulis berasa begitu enjoy sekali walaupun adakalanya agak memeritkan disebabkan masalah mendapatkan makanan halal di hotel dan kawasan sekitarnya. Namun begitu, kesukaran mendapatkan makanan halal bukanlah penghalang bagi penulis untuk menjelajah sekitar bandar Bangkok bagi menghidu udara luar.

Hotel penginapan kami.

Penulis berada di hadapan Masjid Darul Aman, Bangkok.

Namun begitu, beberapa perancangan kami untuk melawat ke beberapa tempat pelancongan menarik agak terbantut disebabkan masa yang terlalu terhad. Kami hanya ada sehari sahaja berada di bandaraya ini. Nasib baik ada rakan kelab, en. Nordin. En. Nordin yang berketurunan Siam dan masih mahir berbahasa Thailand. Beliau jugalah yang menjadi pemandu pelancung dan membawa kami melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar Bangkok.

Lebuhraya di Bangkok.

Shoping Complex, MBK Bangkok.

Dari segi kebersihan, agak mengecewakan. Anak-anak sungai sekitar Bangkok kelihatan seperti air kopi. Amat kotor sekali. 

Kesempatan penulis melawat Shoping complex MBK, pasaraya terbesar di Bangkok dengan lebih 8000 kedai yang amat menarik sekali. Shoping Complex MBK ini amat sinonim dengan para pelancong serata dunia. Berbagai keperluan pakaian serta macam-macam lagi boleh didapati di sini. Memang berbaloi-baloi berbelanja di sini. Tetapi, penulis rasa, harga barang-barang di Bangkok agak mahal juga berbanding di Hadyai.

Bandaraya Bangkok di malam hari.

Alamak! penerbangan kami ke Kuala Lumpur, delay sehingga dua jam.

Apabila malam menjelma, kota Bangkok ternyata berubah wajah apabila setiap sudut bangunannya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan di sana sini. Setiap perjalanan kita pasti diganggu oleh ‘kaki-kaki’ pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan yang ‘terbaik. Pengalaman singkat di bandar Bangkok memang sukar penulis lupakan berbanding seminggu berada di bandar Vientiane. 

Betullah kata orang, Thailand bagaikan syurga dunia... hehe..


Tiada ulasan: