Khamis, 1 Julai 2010

Jatuh Motosikal

Lutut penulis tercalar sedikit.

Semalam, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, penulis terjatuh dari motosikal. Ketika memandu di jalan yang penuh sesak dengan kenderaan, penulis terlanggar sebuah Proton Wira dari belakang. Alhamdulillah, penulis masih lagi bernasib baik kerana...
  • penulis tidak membawa komputer riba.
  • penulis tidak membawa peralatan dan kamera DSLR.
  • penulis memakai helmet, walaupun helmet seperti cengkerang kura-kura
Sebab-sebab terjatuh...
  • penulis tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu.
  • tayar belakang agak botak sikit .
  • break depan tidak berfungsi.
Akibatnya...
  • lutut penulis calar sedikit.
  • cermin sisi pecah.
  • break belakang rosak (jem).
  • Penulis terpaksa menggunakan khidmat tukang urut.
Keseluruhannya, easy rider penulis tidak rosak dan hanya cedera ringan. Dengan machonya penulis bangun dan angkat motosikal dan tolaknya ke tepi jalan.

Ini saja pengalaman yang boleh penulis dapat kongsikan bersama.

3 ulasan:

Princess Buttercup berkata...

Hati-hati ketika menunggang motosikal. Semoga cepat sembuh.

ageip berkata...

Salam Zul
Aku Azzizi..aku rasa ko dulu sama cos PPE ngan aku masa kat SMV..kitaorg nak carik kenkawan lama...ko add la FB nie..http://www.facebook.com/group.php?gid=136980226314006...kalu ko ader jumpa lg sesapa yg satu SMV dulu...sebar2 kan lan..ko tengok lah gambar lelama dlm FB tu...aku rasa mesti ader yg ko kenal....sabtu nie sahrul ajak jumpa kat rumah dia...

ageip berkata...

semuga ko cepat sihat