Jika Anda berada di Kota Kinabalu dan secara kebetulan pada pagi hari minggu, jangan lupa mengunjungi Pasar Tamu Jalan Gaya. Buat pertama kalinya penulis berkunjung ke Pasar Tamu Gaya, Kota Kinabalu. Matlamat utama penulis untuk mencari keistimewaan pasar ini. Di sini penulis cuba merakamkan beberapa keping foto untuk kegunaan buku teks Kadazan Dusun.
Menurut rakan penulis, Puan Anita, asalnya Jalan Gaya ini dikenali sebagai Jalan Bond. Jalan Gaya terletak di dalam Pusat Perniagaan Daerah Kota Kinabalu yang telah menjadi pusat perniagaan selama lebih seratus tahun. Kedai beratap nipah telahpun pupus akan tetapi di sini keluarga peniaga generasi lama masih menjalankan perniagaan mereka, mewariskan perniagaan mereka daripada bapa kepada anaknya.
Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalu lintas untuk memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya. Belilah apa sahaja barangan di bawah teduhnya pepohon dan payung besar, umpamanya sarung batik, buah-buahan dan bunga-bungaan, lukisan dan kraf, kasut, barangan antik dan cenderamata, kuih-muih, malah ada juga haiwan belaan dan herba!. Tetapi, penulis hanya membeli daun herba dan minyak urut sahaja.
Shoping dalam suasana hujan renyai-renyai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan