Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan anak perempuan cikgu penulis di Serkam Darat, Melaka. Majlis begitu meriah sekali, lebih-lebih lagi pada masa inilah untuk penulis bertemu kembali dengan rakan-rakan yang pernah bersama-sama menuntut ilmu, sewaktu ketika dahulu. Bila dikenangkan kembali cukup nostalgik sekali.
Dalam perjalan ke Tol Ayer Keroh, Melaka.
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Tuah kerana menerima menantu pada majlis perkahwinan yang berlangsung di kediamannya. Juga diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nur Hasni Tuah bersama pasangannya Fadri Sulaiman, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Majlis berlangsung dengan suasana meriah dari pagi sehingga petang. Selepas Asar, kebanyakan tetamu sudah pulang, hujanpun turun...
Ramai rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa ditemukan serentak pada majlis perkahwinan anak cikgu Tuah pada hari itu. Maka kecohlah juga dengan aksi masing-masing. Uihh Rahmat pun ada, rakan penulis. Beliau merupakan mantan pegawai undang-undang di Dewan Bahasa dahulu. Sudah lebih sepuluh tahun tidak ketemu, rupa-rupanya Rahmat merupakan saudara sepupu kepada cikgu Tuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan