Jumaat, 1 Julai 2011

Makan Buah Durian di PD

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cuba lihat foto-foto di bawah. Pasti ada antara kita yang terliur apabila melihat gambar buah durian dengan ulasnya yang kuning keemas-emasan, tetapi ada juga yang menutup hidung kerana baunya.

En. Taib, pakar memilih durian.

Editor yang belanja kami makan durian.

Selepas selesai berbengkel, kami dipelawa makan durian oleh editor di pasar malam Teluk Kemang. Penulis bukanlah pengemar buah durian tetapi sukalah juga makan buah durian. Almaklumlah kadar peningkatan darah menyebabkan penulis lebih berhati-hati untuk mengambil makanan yang berisiko tinggi.

Buah durian yang en. Taib pilih.

Susah hendak cari durian di KK.

Di pasar malam Teluk Kemang sahaja, terdapat ramai penjual buah durian dengan harga yang agak berpatutan. Sebenarnya membeli buah durian di pasar malam ini memerlukan teknik bagi memastikan kita tidak mudah tertipu. Jika tersilap, buah durian yang dipilih dalam keadaan yang tidak elok. Tetapi, kami bernasib baik kerana salah seorang rakan kami iaitu en. Taib Supandi merupakan pakar dalam memilih buah durian yang terbaik.

Membuka buah durian juga memerlukan teknik yang betul.

Manisnya durian itu.

Alhamdulillah, petang itu kami dibelanja oleh editor-editor dari Negeri di Bawah Bayu. Oleh kerana agak sukar mencari buah durian di Sabah, kebetulan mereka berada di semenanjung, merekapun memborong sebakul durian dan mengajak kami makan beramai-ramai. Kami makan durian di pasar malam itu juga. Terima kasih puan Anita dan rakan-rakannya kerana belanja kami makan buah durian sehingga puas dan kenyang.

Makan durian hingga kenyang.

Oleh kerana tidak mahu membazir, en. Taib menghabiskan durian yang ada.

Setelah kenyang dan puas makan buah durian, kami ke Tanjung Biru, Port Dickson untuk melihat keindahan matahari terbenam di pantai tersebut.

Tiada ulasan: