Sabtu, 31 Disember 2011

Fatamorgana

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Lagu: Hijjaz

Bahagian Reka Bentuk DBP di zaman kegemilangannya.

Lagu Fatamorgana ini pernah penulis nyanyikan bersama rakan-rakan sepejabat semasa perhimpunan bulanan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002. Penulis sudah lupa perhimpunan bulan berapa, tetapi di saat-saat perswastaan semakin hampir.

Ketika itu Bahagian Reka Bentuk dalam keadaan huru hara kerana orang atasan menindas orang bawahannya. Manakala kakitangan bawahan cuba memberontak kerana tidak berpuas hati. Bodek-membodek dan fitnah-memfitnah semakin menjadi-jadi dan penulis sendiri tersepit dalam suasana seperti itu.

Akhirnya Bahagian Reka Bentuk ini berkubur pada 1hb September 2002 kerana pengarah-pengarah DBP yang bijak pandai ketika itu telah menjual kami kepada Syarikat Dawama. Kini, Syarikat tersebut sedang menjual kami kepada syarikat lain pula...

Tiada ulasan: