Khamis, 3 Mei 2012

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Aroma menyelerakan nasi lemak di Det Station menusuk hidung saat penulis melangkah masuk ke premisnya yang terletak di Avenue Ampang. Aromanya boleh terhidu dari kediaman penulis. Sememangnya restoran ini sangat berhampiran dengan kediaman penulis. Hanya sepuluh minit jika berjalan kaki.

Charkuetiau yang berharga RM4.00.
Tidak sia-sia memesan sepinggan nasi lemak ayam goreng berempah kerana nasi, sambal dan ayamnya mempunyai rasa tersendiri yang pasti akan membuat pelanggan tidak sabar untuk berkunjung ke sana sekali lagi.

Bil.
Rasa sambalnya yang pedas diseimbangkan dengan manis gula dan ayam goreng berempahnya pula tidak berminyak tetapi sungguh ranggup dengan salutan adunan biji ketumbar, jintan manis serta jintan putih.

Soasa yang selesa.
Pemilik restoran teryata tidak lokek dengan nasinya yang bukan semata-mata gabungan nasi, santan, halia dan daun pandan, tetapi turut ditambah dengan marjerin, bunga lawang dan kayu manis bagi membangkitkan aroma serta menambahkan rasa berempah.

Nasi lemak ayam goreng berempah berharga RM5.00.
Pilihan burger yang disediakan tidak kurang hebatnya dengan pelbagai pilihan selain daging ayam dan lembu iaitu rusa, kambing, arnab, ikan dan udang.

Masih ramai pelangan walaupun mendapat saingan dari restoran mamak sekitarnya.
Tidak kira kalau anda memesan burger biasa, istimewa, keju istimewa atau lada hitam, setiap daging akan dibelah tengah dan diletakkan rempah istimewa iaitu gabungan serbuk lada hitam, mustard, mayonis, serbuk lada putih dan thousand island yang memberi kenikmatan pelbagai rasa di setiap gigitan.

Restoran Det Station Bandar Baru Ampang.
Selain itu, oblong, sosej dan benjo turut berada dalam senarai menu Det Station yang berusia tidak sampai setahun. Jangan lupa mencuba charkuetiau yang boleh tahan lazat dengan sedikit rasa manis udang segar. Bagi yang memesan menu istimewa, telur mata turut ditambah di atasnya.

1 ulasan:

amz berkata...

Det station cawangan ampang avenue ni baru jer bkk.kedai die yg paling lama kt taman seraya ampang...berhampiran dengan shell.kt situ lg sedap...