Isnin, 16 Disember 2013

Nasi Ambeng

Semalam hari minggu, penulis pergi ke Pasar Tani di Taman Datuk Ahmad Razali. Ampang yang berdekatan dengan Bank Rakyat Ampang. Memang setiap minggu penulis ke pasar tani ini untuk membeli ikan, sayur-sayuran dan barang keperluan dapur.
Pasar Tani Taman Datuk Ahmad Razali Ampang.
Penulis sampai di pasar tani ini memang awal pagi. Sebab itu jam pukul 7 pagi penulis telah terpacak di sana. Penulis kena datang awal pagi kerana hendak dapatkan ikan-ikan dan sayur-sayuran yang masih segar. Selain membeli barangan keperluan dapur, kali ini penulis membeli makanan untuk serapan pagi. Kebetulan penulis ternampak Nasi Ambeng yang dibungkus seperti nasi lemak tetapi bersaiz besar. Penulis dapati Nasi Ambeng ini macam best sahaja lagipun saiznya agak luar biasa. Penulispun beli dua bungkus.
Nasi Ambeng Bungkus.
Nasi Ambeng ini makanan tradisi orang Jawa. Dihidang semasa kenduri kahwin ataupun kenduri lain. Diletakkan satu hidang dalam dulang, untuk empat orang. Nasi diletak ditengah-tengah dan lauk kelilingnya. Jadi, duduklah bersila, bersimpuh seramai empat orang. Biasanya disediakan juga beg plastik untuk bungkus jika tidak habis sebab portion nya banyak.
Nasi Ambeng
Ini pun kali pertama penulis hendak merasa Nasi Ambeng. Nasi ini pun boleh dimakan untuk dua orang, banyak sungguh nasinya siap ada beehoon goreng lagi. Lain kali boleh lah beli lagi Nasi Ambeng ini. Sebungkus pun baharu RM5.00 sahaja.

Tiada ulasan: