Rabu, 15 Oktober 2008

Bersatu Membawa Berkat.


Seisi fotografi di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Midah, Cheras.

Pada tahun 2006/2007, aku ditugaskan mereka bentuk buku teks PJPK tahun 06. Pada mulanya aku berat juga menerima tugas ini kerana dari pengalaman tahun yang sebelumnya, mereka bentuk buku ini terlalu banyak masalah dan karenahnya. Lagipun ketika itu aku sudah seronok mereka bentuk buku teks jawi. Demi tugas aku terpaksa menerima tanggunjawab yang berat ini dengan perasaan agak gementar juga.


Seisi fotografi di Stadium UPM Serdang.

Kali ini aku ditugaskan bersama ilustrator yang cukup berpengalaman dan berbakat iaitu en. Rosli Hamid sementara editornya pula ialah en. Khairol Eruwan dan puan Nor Azita dari bahagian buku teks DBP.

Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang Pendidikan Jasmani iaitu en. Dzulkifli yang merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah di Bangi manakala puan Jamaliyah dan en. Aris pula merupakan seorang penyarah Pendidikan Jasmani di sebuah maktab di Kuala Lumpur.

Sepanjang aku design buku teks PJPK ini, tiada masalah besar yang berlaku dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini adalah kerana ada kesefahaman antara ilustrator, editor, penulis dan ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu. Mereka bersatu dan telah mencapai kata sepakat demi kebaikan buku teks ini. Segala masalah yang timbul, kami berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Aku cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor dan Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu cukup hormat menghormati diantara satu sama lain. 

Diharap pada masa akan datang, aku dapat bertugas lagi seperti kumpulan seperti ini. 

Bersatu membawa berkat.

Tiada ulasan: