Selepas mewawancara Tuan Guru, Kami terus check in hotel Seri Malaysia di Kuala Terengganu. Selepas berehat sebentar di bilik hotel, kami bertiga mengambil kesempatan pergi ke Masjid Kristal. Kami menaiki Proton Gen-2 yang dipandu oleh en. Rosli. Jika hendak menaiki bot, dikenakan bayar tambang RM5.00 seorang. Lebih kurang 30 minit sampailah ke Pulau Wan Man ini. Apabila sampai, kami tergamam dengan keindahan dan kecantikan masjid Kristal ini, dengan kubah kristal berwarna hijau memang menarik.
Tetapi yang menghairankan kami, yang ada di pulau ini cuma masjid sahaja. Tiada perkampungan. Jika hendak datang ke pulau ini juga kena menaiki bot dengan tambang yang boleh dikatakan mahal. Ada jalan darat tapi jauh dan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai.
Kami juga berkesempatan masuk ke dalam masjid. Masjidnya tidaklah besar sangat. Tempat solat orang perempuan pun boleh memuatkan lebih kurang 80 - 100 orang sahaja. Lampu ceilingnya tersangatlah besar dan cantik. Kemudahan tandas dan tempat wuduk yang canggih. Mula-mula terasa kagum tetapi selepas itu saya terfikir berapalah agaknya kos buat masjid ini. Mestilah beratus juta Ringgit Malaysia.
Selepas itu saya terfikir pula, siapa yang hendak datang sembahyang di masjid ni? Sudahlah kena menaiki bot dan dikenakan bayaran tambang sebanyak rm 5 sehari. Sehari ada 5 waktu x rm 5 = rm 25.00. Eemmm banyak juga. Sayang sungguh dengan masjid ini yang canggih dan cantik tapi membazir. Semasa kami di sana ramai juga pelancong. Ada satu group pelancong cina yang memakai seluar short paras lutut sambil mengambil gambar beramai-ramai. Sedih saya melihatkan keadaan itu. Masjid ini hanyalah masjid hiasan dan sebagai tarikan pelancong sahaja
Di Terengganu sendiri masih ada lagi rakyat yang miskin. Sebagai contoh masih terdapat nelayan-nelayan yang hidup susah yang menyara hidup dengan menangkap ikan dan membuat keropok lekor di Seberang Takir. Alangkah bagusnya kalau duit beratus juta yang digunakan untuk membuat Masjid Kristal itu digunakan untuk membantu mereka yang hidup susah.
Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid. ’Keterangan Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina.
Masing-masing negara merasa bangga dan megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta.
Lalu kita renungkan dengan hadith yang tertera di atas.... Di manakah kita ...’ di petik dari Buletin Online. Net
Pada pandangan saya, motif utama masjid ni dibina bukan untuk menjadi tempat solat, dan pulau ini memang tiada berpenghuni pun. tiada jambatan, dan saya rasa mungkin ada perkhidmatan bot untuk hantar orang bersolat di situ apabila masjid itu siap nanti.
1 ulasan:
ada gambar nan tu...
Catat Ulasan