SYUKUR ALHAMDULILLAH, pada 3hb Mei yang lalu, aku telah selamat mengadakan Majlis Hari Jadi anak tunggalku, genap usianya 12 tahun.
Happy Birthday to you my daughter ~ Nur Atikah.
Nur Atikah dikelilingi rakan-rakan sekolahnya
Sebenarnya majlis ini dirancang pada tarikh kelahirannya pada 4hb April yang lalu. Tetapi malangnya, pada ketika itu, anakda masih lagi berada di wad Hospital Ampang. Alhamdulillah kini Nur Atikah kembali sihat dan pada hari minggu lalu, majlis hari jadinya berjaya dilaksanakan.
Majlis yang diadakan begitu sederhana, namun meriah, ini kerana pada permulaanya, aku hanya merancang untuk mengadakan birthday party itu dalam lingkungan keluarga terdekat sahaja, namun ibunya, mahu mengadakan majlis kesyukuran dan do'a selamat, maka majlis itu digabungkan sekali, Alhamdulillah, segala perancangan yang diatur, berjalan dengan lancar.
Nur Atikah sedang melayani tetamu yang hadir ke majlisnya
Cuaca pada hari itu begitu redup sejak dari pagi hingga petang, selesai bacaan doa oleh paksunya, hujan gerimis pun turun, masing - masing mengucapkan kesyukuran yang teramat sangat kehadrat Illahi.
Wajahnya kelihatan seperti hendak menangis kegembiraan, dek kerana suasana riuh rendah dan begitu gamat, oleh rakan-rakan yang datang, menyanyikan lagu "Happy Birthday to you".
Kelihatan gambar-gambar di atas, anakda sedang memotong kek.
Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.
Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.
3 ulasan:
besaq dah anak dara hang brader..
Happy Birthday Ika! :D
Bro.,
Bebudak sambut besday pastinyaaa meriaaaahhhhh.
Catat Ulasan