Isnin, 28 Februari 2011

Reunion Sekolah

Tanggal 26 Februari 2011 yang lalu, penulis telah menghadiri satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh rakan-rakan sekolah iaitu Majlis Reunion Pelajar-Pelajar 85/86 SMV Kelang. Majlis pada malam itu sangat meriah kerana kebanyakkan di antara kami baru berjumpa setelah 25 tahun terpisah. Penulis pula terlibat secara tidak langsung sebagai ahli jawatan kuasa. Episod bermula dari perjumpaan kecil yang diadakan di Kompleks PKNS, Shah Alam dua minggu yang lalu.

Pendeta Cafe House menjadi saksi reunion kami.

Guru Kelas dan Ketua kelas bersalaman ketika bertemu.

Bersalam-salaman setelah 25 tahun terpisah.

Perancangan hanya dibuat selepas perjumpaan pada hari itu. Pada mulanya kami menjangkakan untuk 30 mantan pelajar sahaja. Tetapi, tidak disangka-sangka pada minggu terakhir sebelum majlis ini berlangsung, kami menerima tempahan seramai 45 mantan pelajar lagi yang ingin hadir ke majlis ini. Ya! ini sesuatu yang di luar jangkaan kami.

Cikgu Janum bertemu kembali muridnya yang sudah 25 tahun terpisah.

Suasana ketika menanti rakan-rakan yang lain tiba.

Majlis reunionpun bermula.

Keadaan Pendita Cafe House memang memuaskan dari segi keluasan tetapi kurang memuaskan dari segi kekemasannya sahaja. Makanan yang disediakan memang banyak, tetapi penulis hanya senpat menjamah sedikit lauk pauk yang disediakan memandangkan kesibukan menjadi jurugambar dan keterujaan berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah lama terpisah.

Makan malam bersama cikgu Tuah dan Cikgu Janum.

Masing-masing nampak berselera denagan makanan yang disediakan.

Bergambar kenangan setelah sekian lama terpisah.

Untuk perjumpaan kali ini, boleh dikategorikan sangat meriah kerana telah mencapai matlamat untuk mengumpul seberapa ramai rakan-rakan dalam jangka masa kurang dari dua minggu ini. Ini semua adalah hasil kerja keras en. Syed Hafiz yang selama ini memang berura-ura hendak membuat reunion sekolah. Tanpa en. Syed Hafiz, segala yang berlaku malam pada malam itu hanyalah khayalan sahaja. Hasil kerja keras beliau dan rakan-rakan, menjadikan majlis reunion ini sebagai satu realiti.

Bergambar ramai-ramai bersama Ckgu Tuah dan Cikgu Janum.

Rakan-rakan mantan pelajar perempuan yang hadir.

Sebelum pulang, mantan pelajar pepasangan elektrik sempat bergambar kenangan dengan Cikgu Janum.

Ini adalah perjumpaan yang pertama dan julung-julung kali diadakan, maka kekurangan pasti ada. Semoga hubungan ini tidak berakhir hanya di sini sahaja. Semoga akan ada majlis atau perjumpaan sebegini pada masa-masa hadapan. Terima kasih pada semua yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis reunion tersebut.

Sabtu, 26 Februari 2011

Terbang Bersama FireFly

Penulis baru balik menghadiri taklimat dan bermesyuarat dari Kuching kelmarin. Penulis menggunakan pesawat Firefly, anak syarikat penerbangan MAS. Perkhidmatan penerbangan Firefly ke Sabah dan Sarawak mula beroperasi sekitar awal Januari 2011 yang lalu. Pastinya selepas ini, syarikat penerbangan Firefly akan berlumba dengan syarikat penerbangan AirAsia bagi menarik bilangan penumpang kerana kedua-duanya menyediakan perkhidmatan tambang yang murah.

Pesawat Firefly.

Tiket penerbangan Firefly.

Maklumlah, syarikat penerbangan MAS lebih sesuai untuk golongan yang berduit dan inginkan keselesaan, jadi ramai yang akan berebut-rebut untuk menggunakan perkhidmatan tambang yang lebih murah. Terus terang penulis katakan, setakat ini penulis lebih selesa dengan syarikat penerbangan Firefly. Ruang tempat duduknya yang selesa serta makanannya lebih menyelerakan dan banyak pilihan.

Kacang yang berharga Firefly.

Pramugari Firefly.

Cuma kita tiada pilihan untuk menolak menu makanan jika mempunyai bagasi kerana perkhidmatan bagasi merangkumi sekali dengan makanan. Jika syarikat penerbangan Airasia, kita boleh memilih samada mahu makanan atau tidak walaupun mempunyai bagasi.

Anak-anak kapal sedang melayan penumpang yang memesan makanan.

Berserapan dengan nasi lemak.

Yang parahnya jika hendak menaiki pesawat Airasia, bersiap-sedialah dengan menimbang berat bagasi anda. Jika melebihi berat yang ditetapkan, anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM15.00!. Bayangkan, setelah puas membeli belah, ketika hendak chek in, bagasi anda terlebih berat dari anggaran.

Makan tengahari dengan nasi beriani.

Penumpang sedang menikmati makan tengahari di dalam pesawat Firefly.

Harap-harap Firefly menyediakan semua perkhidmatanini bukan sekadar gimik untuk menarik ramai penumpang. Apabila sudah mempunyai berjuta-juta penumpang, mulalah menaikkan caj bagasi, mengenakan caj kad kredit yang tinggi, mempromosi tambang murah di media massa tetapi sebenarnya tiada dan bermacam-macam ragam lagi.

Penulis dalam perjalan pulang dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Pemandangan dari tingkap Firefly.

Dengan adanya perkhidmatan syarikat pernerbanagan Firefly ke Sabah / Sarawak, memudahkan lagi pengguna untuk membuat pilihan samada ingin menggunakan pesawat MAS, Airasia ataupun Firefly. Persaingan sihat ini sangat baik kerana memudahkan pengguna untuk melancong atau melawat orang tersayang di mana-mana destinasi.

Jumaat, 25 Februari 2011

Kuching Water Front

Petang itu kami ke Kuching Water Front. Penulis sudah lama mengidam-idamkan untuk ke sini. Puan Edit Sulie rakan penulis di Kuching sudah menceritakan betapa indahnya sekitar Kuching Water Front ini. Dari kejauhan lagi kami sudah boleh melihat tersergam indahnya Dewan Suarah (Syura) tempat berlangsungnya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ia terletak betul-betul di tebing Sungai Sarawak.

Dewan Suarah tersergam indah di tebing Sungai Sarawak.

Perahu tambang di Sungai Sarawak.

Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di bandar Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada berhadapan dengan Sungai Sarawak. Di sepanjang pesisir sungai ini juga dibina pesiar kaki yang memang menggamit kita untuk melewatinya. Untuk mereka yang suka kepada aktiviti cruise, anda boleh merasainya di sini. Namun harganya agak mahal, RM60 bagi seorang dewasa.

Penulis sempat berposing di Kuching Water Front.

Penulis berlatar belakangkan mercu tanda bandaraya Kuching.

Di sini juga terdapat gerai gerai makan yang dibuka setiap petang. Gerai ini menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Oleh kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong, maka harga makanan di sini agak mahal berbanding di tempat lain. Jika di tempat lain, sepinggan laksa Sarawak berharga RM3.50 tetapi di sini harganya sekitar RM6 sehingga RM7 sepinggan. Kami sempat menikmati Teh Tarik Dangdut yang berharga RM3.00 segelas. Teh Tarik Dangdut agak unik dan kreatif kerana kelihatan berlapis-lapis seperti Kek Lapis Serawak.

Teh Tarik Dangdut di Water Front Kuching.

Pemandangan Astana pada waktu malam.

Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat, pejabat polis serta tourist information centre.

Khamis, 24 Februari 2011

Restoran Barok Bistro

Sepanjang berada di Kuching, selepas menghadiri taklimat dan mesyuarat b. teks, kami di bawa oleh seorang rakan iaitu encik Rizal untuk jalan-jalan cari makan di sekitar bandaraya Kuching. Encik Rizal yang sering berkunjung di Kuching, sememangnya mahir dengan jalan-jalan serta lokasi-lokasi menarik di sekitar bandaraya ini. Maka dengan itu en. Rizal membawa kami ke tempat makan yang sangat popular di sekitar Kuching, Serawak.

Restoran Barok Bistro di waktu malam.

Persekitaran yang nyaman dan tenang.

Antara tempat menarik untuk jalan-jalan cari makan, kami ke restoran Barok Bistro. Restoran Barok Bistro merupakan antara tempat menjamu selera yang popular di Kuching. Ianya terletak di seberang Kuching Waterfront. Pelawat boleh menaiki perahu tambang untuk ke sana ataupun menggunakan jalan darat jika takut menaiki perahu.

Menu kami malam ini.

Makanan sudah sedia dihidang.

Persekitaran restoran ini yang menarik, nyaman dan tenang seolah-olah menyambut kedatangan kami untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai menu yang bersesuaian dengan selera kami di sini, iaitu;
  • Mee kolok Sarawak
  • Nasi Ayam Penyet
  • Nasi Goreng Enjen
  • Tom Yam
  • Ikan Bakar
  • Nasi Ayam Paprik

Nasi Ayam Penyet.

Makanan yang amat menyelerakan.

Terima kasih kepada en. Rizal kerana menjadi pemandu pelancung kami sepanjang berada di Kuching ini. Terima kasih kasih juga kepada rakan-rakan dari BBT kerana menaja kami makan yang sedap-sedap sepanjang berada di bandaraya ini. Sesungguhnya kenangan di Kuching memang sukar dilupakan. Terima kasih daun keladi.

Selasa, 22 Februari 2011

Menghadiri Taklimat di Kuching

Penulis sedang mengikuti Taklimat Umum dan Taklimat B. Teks bagi Mata Pelajaran Bahasa Iban dan Kadazan Dusun selama tiga hari di Hotel Grand Continental, Kuching Sarawak. Oleh kerana taklimat ini kadang kala menggunakan bahasa Iban dan Kadazan, penulis terasa agak bosan kerana kurang faham. Walaubagaimanapun taklimat ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan di dalam jadual.

Di bawah ini ada beberapa keping foto yang sempat penulis rakamkan:

Hotel tempat kami berbengkel.

Editor Bahasa Kadazan dan Iban sedang berbincang.

Penyelaras Projek.

Penerangan dari pegawai kementerian.

Masa rehat.

Editor Bahasa Iban.

En. Rizal Menerangkan sesuatu tentang grafik.

Orang kuat buku Bahasa IBan dan Kadazan.

Suasana di bilik taklimat.

Perbincagan kumpulan Bahasa Kadazan.

Esok, berakhirnya taklimat ini, maka kamipun akan mendapat tugasan baru dan bermula bulan Mac ini kami akan kembali sibuk mengejar dateline. Namun begitu, designer dan ilustrator buku ini kelihatan tenang cuma yang sedikit merisaukan kami kerana masa yang diperuntukkan agak singkat.

Isnin, 21 Februari 2011

Hari Jadi di Perantauan

Sedar tidak sedar semakin bertambah usia penulis semalam. Dari umur setahun hinggalah ke 42 tahun, bertambah lagi angka di ruangan umur. Semakin tua dan semakin berkurang ruang masa untuk berada di muka bumi ini.

Hanya komputer riba ini yang menjadi peneman penulis di perantauan.

Penulis berada di tengah-tengah bandar Kuching.

Masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Apa pun ucap selamat hari lahir pada diri sendiri kerana penulis keseorangan di bumi Sarawak ini. Penulis seminggu berada di Kuching kerana menghadiri taklimat untuk persediaan pembikinan B. Teks Bahasa Iban dan Bahasa Kadasan Dusun untuk Tahun 1.

Sambut hari lahir di Waterfront Kuching, Sarawak.

Hanya air meneral sebagai kek hari jadi penulis tahun ini.

Semoga penulis terus maju untuk mencapai cita-cita. Jika anda menyambut hari lahir, apa yang anda buat?

AMIN.

Khamis, 17 Februari 2011

Masyuarat dengan BBT

Pada hari Isnin yang lalu, penulis dan rakan-rakan telah menghadiri Masyuarat b. teks untuk Pruf Muka Surat 100% di BBT, Puterajaya. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi ada juga pemurnian untuk grafik, foto dan gambar rajahnya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan

Bersemangat untuk bermasyuarat.

Bangunan Bahagian Buku Teks, Puterajaya.

Suasana di bilik masyuarat.

Masyuarat dengan Pengarah BBT.

Mendengar taklimat dari Tuan Pengarah.

Ambil gambar sendiri.

En. Mazlan sedang menyemak pembetulan Pruf Muka Surat.

Perbincangan Pruf Muka Surat pun bermula.

Makan tengahari yang sungguh menyelerakan.

Mari kita pulang...

Berakhirnya masyuarat ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan dan seterusnya dihantar ke pihak kementerian untuk tindakan seterusnya.