Krisis sedang berlaku di Mesir sekarang, adalah yang terhebat untuk tahun ini. Krisis ini, seperti akan berlakunya peperangan besar. Ini berkaitan dengan pemeritahan presiden mereka iaitu Hosni Mubarak. Adakah Israel dan Amerika Syarikat akan mengambil kesempatan di atas krisis yang sedang berlaku ini?
Foto Sumber Internet.
Apabila penulis melihat foto dan membaca artikel mengenai krisis ini, tidak dapat bayangkan nasib rakyat Malaysia yang sedang belajar dan bertugas di sana. Kebanyakkan kenalan penulis telah menamatkan pengajian tetapi ada juga anak rakan-rakan penulis yang sedang menuntut universiti di Cairo dan Alexandria. Bagaimana keadaan mereka ketika ini?
Beberapa tahun yang lalu, penulis pernah melawat ke Mesir iaitu ke Cairo, Alexandria, Aswan dan Luxor. Walaupun negara mereka cantik dan banyak kesan sejarah, namun penulis kurang selesa dengan suasana di Mesir kerana sikap rakyat mereka yang meminta-minta kepada pelancung. Tambahan pula krisis kali ini, yang tiada penghujungnya. Adakah Hosni Mubarak akan meletak jawatan ataupun meminta bantuan dari Israel atau Amerika Syarikat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan