Jumaat, 28 Januari 2011

BADMINTON TERBUKA MALAYSIAN 2011

Hari Sabtu dan Ahad yang lalu merupakan hari yang terindah dan terbaik kerana penulis dan rakan-rakan kelab ke Stadium Putra untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir dan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011. Kami sangat gembirat kerana dapat bertemu dengan pemain pemain yang bertaraf antarabangsa. Bukan mudah hendak menyaksikan mereka beraksi di hadapan mata kita sendiri. Hanya setahun sekali sahaja mereka dapat beraksi di kejohanan Super Series seperti ini di Malaysia. Pada keseluruhannya kami dapat menyaksikan hampir 15 perlawanan badminton di peringkat separuh akhir dan akhir.

Gelanggang di perlawanan separuh akhir.

Penulis sempat bergambar kenangan dengan billboard Lee Chong Wei dan Chin Jin.

Kami tiba di stadium lebih kurang pada jam 2 petang. Perlawanan badminton dijalankan secara serantak memandangkan terdapat dua gelanggang pada perelawanan separuh akhir dan satu gelanggang pada perlawanan akhir. Semua ini disediakan bagi memudahkan perlawanan dijalankan dan diselesaikan dengan segera. Pada awalnya, perlawanan agak kurang menarik minat disebabkan bukan pemain negara yang beraksi.

Penulis sebelum memasuki stadium.

Kawan penulis, Ayu dari Singapura yang begitu fanatik dengan badminton Malaysia.

Niat di hati hendak menyaksikan pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei beraksi pada jam 6 petang, akhir telah BERJAYA!. Kepenatan setelah menunggu hampir 4 jam akhirnya terbalas apabila Lee Chong Wei mula berjalan keluar ke arah gelanggang satu. Tidak sabar menanti untuk menyaksikan Lee Chong Wei beraksi. Pada mulanya Lee Chong Wei keluar tanpa jurulatihnya Misbun sidek seperti ramai yang sedia maklum akan keadaan yang terjadi.

Penulis dan Presiden kelab, Lee Hui Seng.

Penulis ketika menanti kemunculan Lee Chong Wei.

Namun selang beberapa minit, penonton mula bersorak tanpa sebab. Rupa rupanya kelibat Misbun Sidek berjalan ke arah gelanggang 1 yang menyebabkan suasana stadium menjadi gamat dengan sorakan daripada penonton. Terasa kelainannya apabila berada di stadium tersebut. Tidak dapat digambarkan perasaan waktu itu. Kehadiran Misbun menaikkan semangatnya untuk beraksi dengan bersungguh sungguh.

Perlawanan akhir antara Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat.

Penulis dan rakan-rakan begitu gembira apabila Lee Chong Wei menjuarai kejohan super series kali ini.

Apa yang mengecewakan setelah menunggu hampir 4 jam, Lee Chong Wei hanya memerlukan tidak setengah jam sahaja masa untuk menewaskan pihak lawan dari China di separuh akhir dan Indonesia di perlawanan akhir. Tidak boleh disangkal lagi kehebatan Lee Chong Wei. Tidak hairanlah dia mampu menewaskan pihak lawan dalam masa yang singkat.

Setelah itu kami pulang dengan penuh kegembiraan dan semangat kesukanan.

Tiada ulasan: