Apabila bengkel buku teks tamat pada jam 4.30 petang, penulis terus sahaja ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki-AFF 2010, di antara Malaysia dan Indonesia.
Jam 5 petang, penyokong Indonesia semakin ramai datang.
Ketika penulis sampai, suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sudah gamat dengan sorakan serta tiupan “Vuvuzela” dan pukulan gendang oleh penyokong-penyokong pasukan Malaysia dan Indonesia, yang beraksi dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki-AFF 2010, malam itu.
Apabila penulis memasuki stadium pada jam 6 petang, bahang kehangatannya semakin terasa kerana kira-kira 30,000 penyokong kedua-dua pasukan telah mengisi tempat duduk Stadium Nasional yang mula dibuka seawal pukul 3 petang, dan perlawanan bermula pukul 8 malam.
Penulis, rakan-rakan dan penyokong Malaysia, rata-rata di kalangan kami mengenakan jersi pasukan kebangsaan “Harimau Malaya”, mengibarkan bendera Jalur Gemilang serta sepanduk yang tertera kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat pasukan.
Penulis dapati di kawasan luar stadium pula, suasana seolah-olah suatu karnival apabila para peniaga mengambil kesempatan mencari rezeki daripada kebanjiran peminat-peminat bola sepak di sini.
Apabila perlawanan dimulakan pada jam 8 malam, stadium telah dipenuhi dengan kedua-dua penyokong. Penulis sendiri hampir sesak nafas apabila berhimpit-himpit dengan orang ramai. Sudahlah berhimpit-himpit, hendak melihat perlawananpun agak susah kerana terlindung penonton yang berdiri di hadapan penulis. Penulis terpaksa menonton game di celah-celah mereka. Walaubagaimapun penulis berasa seronok berada live di stadium kerana merasai sendiri suasana meriah kejohanan Piala AFF Suzuki kali ini.
Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan. Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya leser ke arah pemain Indonesia.
Sudah lama stadium tidak penuhi seperti ini apabila pasukan Malaysia beraksi.
Apabila wisel penamat dibunyikan, keputusan muktamadnya adalah MALAYSIA 3-0 INDONESIA. Alhamdullilah.. tahniah buat pasukan Harimau Malaya Malaysia yang mendahului Garuda Indonesia dalam Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala Suzuki AFF-2010 di Stadium Bukit Jalil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan