Isnin, 28 Februari 2011

Reunion Sekolah

Tanggal 26 Februari 2011 yang lalu, penulis telah menghadiri satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh rakan-rakan sekolah iaitu Majlis Reunion Pelajar-Pelajar 85/86 SMV Kelang. Majlis pada malam itu sangat meriah kerana kebanyakkan di antara kami baru berjumpa setelah 25 tahun terpisah. Penulis pula terlibat secara tidak langsung sebagai ahli jawatan kuasa. Episod bermula dari perjumpaan kecil yang diadakan di Kompleks PKNS, Shah Alam dua minggu yang lalu.

Pendeta Cafe House menjadi saksi reunion kami.

Guru Kelas dan Ketua kelas bersalaman ketika bertemu.

Bersalam-salaman setelah 25 tahun terpisah.

Perancangan hanya dibuat selepas perjumpaan pada hari itu. Pada mulanya kami menjangkakan untuk 30 mantan pelajar sahaja. Tetapi, tidak disangka-sangka pada minggu terakhir sebelum majlis ini berlangsung, kami menerima tempahan seramai 45 mantan pelajar lagi yang ingin hadir ke majlis ini. Ya! ini sesuatu yang di luar jangkaan kami.

Cikgu Janum bertemu kembali muridnya yang sudah 25 tahun terpisah.

Suasana ketika menanti rakan-rakan yang lain tiba.

Majlis reunionpun bermula.

Keadaan Pendita Cafe House memang memuaskan dari segi keluasan tetapi kurang memuaskan dari segi kekemasannya sahaja. Makanan yang disediakan memang banyak, tetapi penulis hanya senpat menjamah sedikit lauk pauk yang disediakan memandangkan kesibukan menjadi jurugambar dan keterujaan berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah lama terpisah.

Makan malam bersama cikgu Tuah dan Cikgu Janum.

Masing-masing nampak berselera denagan makanan yang disediakan.

Bergambar kenangan setelah sekian lama terpisah.

Untuk perjumpaan kali ini, boleh dikategorikan sangat meriah kerana telah mencapai matlamat untuk mengumpul seberapa ramai rakan-rakan dalam jangka masa kurang dari dua minggu ini. Ini semua adalah hasil kerja keras en. Syed Hafiz yang selama ini memang berura-ura hendak membuat reunion sekolah. Tanpa en. Syed Hafiz, segala yang berlaku malam pada malam itu hanyalah khayalan sahaja. Hasil kerja keras beliau dan rakan-rakan, menjadikan majlis reunion ini sebagai satu realiti.

Bergambar ramai-ramai bersama Ckgu Tuah dan Cikgu Janum.

Rakan-rakan mantan pelajar perempuan yang hadir.

Sebelum pulang, mantan pelajar pepasangan elektrik sempat bergambar kenangan dengan Cikgu Janum.

Ini adalah perjumpaan yang pertama dan julung-julung kali diadakan, maka kekurangan pasti ada. Semoga hubungan ini tidak berakhir hanya di sini sahaja. Semoga akan ada majlis atau perjumpaan sebegini pada masa-masa hadapan. Terima kasih pada semua yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis reunion tersebut.

Tiada ulasan: