Kali ini penulis hendak berkongsi cerita mengenai sebuah kedai makan yang menu istimewanya Mee Udang. Mee Udang ini kegemaran keluarga penulis. Kami pasti akan ke kedai makan ini apabila pulang ke Sungai Besar. Kedai makan ini popular dengan Mee Udangnya. Bagi penulis, kedai makan ini di antara tempat terbaik untuk menikmati Mee Udang selepas Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang. Maklumlah, jika penulis hendak ke Pulau Pinang, setahun sekali pun belum tentu sampai. Jadi, dapat menikmati Mee Udang di Sungai Nibong ini pun sudah cukup berbaloi.
Kedai makan Mee Udang di Sungai Nibung.
Penulis mula mendapat tahu kedai makan ini apabila abang ipar membawa kami belanja makan Mee Udang beberapa tahun yang lalu. Semenjak itu, setiap kali penulis pulang ke kampung pastinya singgah ke kedai makan ini. Kedai makan ini terletak di tepi laut. Di depan kedai makan ini terdapat jeti nelayan yang menaikkan hasil laut setiap hari. Penulis rasa, Mee Udang ini agak istimewa kerana udangnya besar dan segar yang datangnya khas dari jeti nelayan ini... hehe. Jika kami ke kedai makan ini, kami sering kali memesan Mee Udang Special Campur Telur dan Air Laicikang. Fuh! terasa laparlah pula.
Jika anda menggunakan jalan lama iaitu dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam, cubalah merasai Mee Udang ini. Insyaallah, pastinya memuaskan hati anda. Direction nya mudah sahaja, selepas 15 kilometer melalui pekan Sekinchan, cuba anda lihat di sebelah kiri sehingga ternampak tembok batu yang bertulis angka 23 (menunjukkan Kampug Batu 23, Sungai Nibong), anda belok ke kiri dan jalan terus sehingga ke tepi pantai.
Apabila ternampak pantai, terus jalan sehinga ke jeti nelayan. Di situ akan kelihatan deretan kedai makan, carilah kedai makan yang paling kiri, dengan kerusinya yang berwarna merah. Anda boleh meletakkan kenderaan di hadapan kedai makan itu. Itu lah kedai makan yang penulis sudah cuba. Dengar khabar ada kedai makan Mee Udang Banjir di Tanjung Karang yang lebih popular. Kedai makan ini dikatakan pernah keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3 beberapa bulan yang lalu. Jika penulis pulang ke kampung, penulis pasti akan menjamu selera di sana!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan