Khamis, 10 Februari 2011

Pelajar MSU Datang Melawat ...

Seramai 30 penuntut Management and Science University (MSU) melawat pejabat penulis hari ini untuk meninjau prospek industri kreatif khususnya reka bentuk, grafik dan fotografi. Pelajar dari jurusan grafik, animasi dan multimedia ini turut didedahkan dengan peluang kerjaya dalam cabang seni ilustrasi, grafik dan kartun.

Ilustrator Mag sedang menerangkan cara-cara melukis ilustrasi buku teks sekolah.

Ilustrator Gopa sedang menerangkan cara-cara melukis kartun di majalah.

Walaupun pejabat penulis terkenal sebagai pernerbitan buku teks sekolah namun elemen kreatif tetap ada peranan dan fungsinya. Elemen ini penting untuk menarik perhatian murid dan memudahkan mereka memahami sesuatu mata pelajaran, fakta atau kejadian. Rangkuman ilustrasi, foto dan teks menjadi tarikan utama medium ini. Seiring kemajuan teknologi masalah capaian bukan lagi menjadi isu.

Ilustrator Meo sedang menerangkan bagaimana melukiskan menggunakan komputer.

Pelajar-pelajar MSU terpegun melihat ilustrator Khuzaie mewarna kulit buku.

Kreativiti dan inovasi adalah isu utama yang perlu diberi perhatian utama oleh pelajar yang ingin menceburi bidang ini. Hal ini kerana perisian dan perkakasan sedia ada memungkin segala bentuk idea diterjemah kepada realiti mengikut gambaran atau imaginasi masing-masing.

Ilustrator Kak Zie sedang menerangkan pembikinan buku kanak-kanak.

Pelajar-pelajar ini tertarik dengan karikatur yang ilustrator Awie hasilkan.

Semoga lawatan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Mungkin selepas ini, kami pula akan membuat lawatan ke Management and Science University (MSU). Mungkin ada sesuatu yang dapat kami pelajari daripada Management and Science University (MSU).

Tiada ulasan: