Jumaat, 10 Jun 2011

Ibu Tiri

Sepanjang cuti persekolah ini, rakan sepejabat penulis, Kak Mis membawa anak tirinya kepejabat setiap hari. Penulis perhatikan, Kak Mis amat menyayangi anak tirinya dan anak tirinya pula begitu manja terhadapnya. Begitu berbeza semasa penulis di zaman kanak-kanak dahulu. Ibu tiri penulis agak garang tetapi tidaklah kena dera seperti dalam kisah-kisah lagenda lama seperti dalam filem Bawang Merah dan Bawah Putih.

Filem Bawang Putih, bawang Merah.

Seperti kisah ibu tiri Cenderella yang zalim, sanggup melayan cenderella bagaikan hamba. Sedangkan dua orang anak kandungnya dilayan seperti menatang minyak yang penuh. Kisah Bawang Merah, Bawang Putih, juga memaparkan jalan cerita yang hampir sama. Bawang Merah dilayan bagaikan puteri, tetapi Bawang Putih menjadi hamba. Akhirnya, yang betul-betul jadi puteri ialah Bawang Putih dan emak Bawang Merah juga yang mengigit jari....hehe....

Ini kisah-kisah lagenda lama yang sangat popular. Semuanya menggambarkan tentang kezaliman ibu tiri terhadap anak-anak tiri mereka. Kisah kezaliman ibu tiri ini menjadikan masyarakat kita telah ter’set’kan ke dalam minda mereka bahawa ibu-ibu tiri ini sememangnya garang dan zalim. Maka mula menghalang golongan kaum bapa yang kematian isteri hendak berkahwin semula. Mereka bimbang jika sikap ibu tiri itu akan garang dan zalim seperti kisah-kisah lagenda yang ada.

Sekarang sudah 2011. Masihkan kisah-kisah lagenda ini diterima pakai?

Seri Tanjung Perak membawa watak ibu tiri yang garang.

Zaman Cenderella telah berubah. Zaman Bawang dan Merah Bawang Putih juga begitu. Kini, sikap ibu tiri juga turut berubah. Mereka menyayangi anak tiri bagaikan menyayangi anak kandung mereka sendiri. Malah ada yang lebih baik lagi. Ini kerana sosial kehidupan kita telah berubah. Kebanyakan mereka sudah berpelajaran tinggi dan bergaji lumayan di dalam karjaya masing-masing.

Kisah lagenda ini sudah lama berubah. Kini, yang sebaliknya telah berlaku. Yang jahat dan zalim itu adalah ibu kandung sendiri. Mereka sanggup mendera malah yang paling dasyat, sanggup membuang bayi mereka ke dalam longkang atau ke tong sampah!

Tiada ulasan: