Selasa, 7 Jun 2011

Mee Rebus En. Rosli

Hari ini, selesai sahaja berurusan dengan EON bank di Jalan Raja Laut, tiba-tiba sahaja penulis teringatkan Mee Rebus en. Rosli di Jalan Tuaku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Apabila sebut sahaja mee rebus tentu ada kalangan kita yang mengemari menu ini.

Gerai Mee Rebus en. Rosli.

En. Rosli sedang merebus mee.

Pemandangan gerai mee rebus ini agak tersorok dari Jalan Tengku Abdul Rhaman. Apabila kita melalui hadapan pasaraya Mydin, anda akan ternampak kedai Hanifah Textile dan masuk ke lorong di sebelah kiri. Di situ kita akan ternampaklah banyak deretan gerai makan. Dalam banyak-banyak gerai, terselit sebuah gerai en. Rosli yang menjual mee rebus dan tauhu goreng.

Mee Rebus.

Waktu tengahari, gerai en. Rosli sentiasa dipenuhi pelanggan.

Difahamkan en. Rosli sudah 20 tahun berpengalaman berniaga mee rebus di sini. Mee Rebus en. Rosli menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Mee rebus ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti mee kuning, taugeh, telur rebus, bawang goreng dan cili hijau. Tetapi bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.

Deretan gerai yang terdapat gerai en. Rosli.

Puan Asmiah sedang menikmati mee rebus.

Apabila terhidu sahaja haruman kuah mee rebus ini, penulis sudah tahu betapa enaknya rasa mee rebus ini. Menurut en.Rosli, ramuan lain yang ada dalam kuah ini ialah taucu, keledek serta kacang tanah yang telah dikisar. Selain itu gerai ini juga menjual tauhu goreng yang berkuahkan kacang.

Jika sesiapa yang hendak membeli belah di Jalan Tuaku Rahman, jangan lupa singgahlah ke gerai Mee Rebus en. Rosli ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam, tuan, adakah kedai tersebut masih beroperasi?