Minggu ini, entah kenapa entri penulis banyak bercerita tentang makanan sahaja. Makan nasi berianilah, makan nasi arablah dan entri kali ini pun penulis hendak bercerita tentang makanan juga. Sebelum itu, penulis hendak minta maaf kepada kalian yang sedang berpuasa sunat jika entri ini tidak sesuai untuk anda kalian.
Restoran My Rice. |
Rasanya baharu sahaja penulis makan nasi arab. Baru-baru ini, ada lagi seorang lagi sahabat hendak belanja kami makan nasi arab. Katanya dia dapat rezeki lebih pada masa tersebut. Beliau ingin berkongsi rezeki tersebut bersama kami. Kali ini kami diberi pilihan restoran nasi arab yang manakah yang hendak beliau belanja. Kamipun bersepakat mencari restoran yang paling hampir dengan pejabat kami iaitu Restoran My Rice.
Nasi Arab Kambing Damsyik. |
Walaupun restoran ini berhampiran dengan pejabat kami. Tetapi, inilah kali pertama kami makan nasi arab di Restoran ini. Penulis sendiri tidak tahu hendak menyatakan ianya sedap atau tidak. Cuma ia memang mengenyangkan kami. Jika anda kalian penggemar nasi arab datanglah ke restoran ini. Nama restoran ini ialah My Rice. My Healthy Restaurant. Pelbagai jenis menu nasi arab disediakan. Diantaranya ialah Nasi Arab Damsyik, Nasi Arab Saudi, Nasi Arab Kaherah dan pelbagai menu masakkan arab yang lain. Menu masakan tempatan pun ada. Anda hanya perlu order sahaja.
Boleh dihabiskan ker? |
Jika anda memesan nasi arab, jangan terkejut kerana nasinya yang banyak. Nasinya satu pinggan penuh. Anda juga boleh memilih menu diantara nasi arab ayam atau nasi arab kambing. Pada mulanya kami jangkakan tiada lauk ayam atau daging kambing yang dihidangkan. Rupa-rupanya ada, ianya ada tersorok di dalam nasi yang banyak itu.
Nampak berselera. |
Lauk ayam dan daging kambingnya boleh tahan banyaknya. Kiranya, puaslah juga kami makan satu pinggan itu. Daging kambingnya memang lembut dan tidak berbau. Manakala lauk sampingannya ialah kuah kari dan acar. Kuah karinya agak sedikit dan tidak sepadan dengan nasinya yang banyak itu. Pada pandangan penulis, nasi arab di Jalan Reko lebih sedikit terasa keenakkannya.
Terima kasih pada sahabat yang belanja. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan